Dec 16, 2011

Perkahwinan Gay Melayu Dan Eropah (Updated)

Selalunya apabila anak yang dikasihi dan dididik sejak kecil sehingga besar mendapat peluang untuk belajar di luar negara, ibu bapa sudah tentunya akan berasa amat gembira dan berbangga. Lebih lebih lagi apabila pengajian itu ditanggung sepenuhnya oleh sponsor seperti Petronas.

Semestinya ibubapa akan berkongsi berita gembira itu bersama sanak saudara dan sahabat mereka. Mereka akan sentiasa menunggukan berita dan khabar gembira daripada anak tersebut setiap hari.

Tetapi bagaimana pula jika anak tersebut membawa khabar berita 'gembira' versi lain pula?

Ariff bersama suaminya berbangsa Irish, Jonathan

Seronok dia dapat kahwin
Ariff Alfian Rosli (di dalam gambar), seorang lelaki tulen, pelajar tajaan Petronas di University College Dublin di Ireland baru baru ini yang dikhabarkan 'hilang' oleh bapanya, seorang pesara Tentera Laut dikhabarkan telah berkahwin semasa belajar disana. 'Suaminya' juga seorang lelaki berbangsa Eropah bernama Jonathan. Berikut adalah gambar diambil daripada rotikaya

Mereka melangsungkan perkahwinan bertemakan 'East Meets West'. Ariff lengkap berbaju Melayu manakala 'suaminya' Jonathan segak memakai tuxedo. Khabarnya perkahwinan tersebut diadakan di Dublin City Hall.

Gambar kenangan bersama keluarga Jonathan

Apa yang menarik disini ialah Ariff didakwa melarikan diri daripada pelajarannya dan sekaligus meletakkan hutang perbelanjaan pendidikannya keatas tanggungan ibu bapa dia yang kini berjumlah sebanyak RM890,000.

Ariff dilaporkan berkata didalam Irishtimes, “I have not converted to any religion, contrary to what has been reported. I was born a Muslim, I am still a Muslim and will remain a Muslim ’til the day I die. Nothing will shake me from my faith.”

Mengenai laporan 'kehilangannya', Ariff berkata “I had a disagreement with my father in 2009, after which he reported me missing . . . I’m not in communication with him, but I am in regular contact with my other family members,”

Ciuman pasangan 'tercinta'?

Tak habis lagi dengan isu lelaki gay menghina Tuhan dan Islam (klik di sini), keluar pula cerita Ariff ini.

Apa agaknya perasaan ibu bapa si Ariff selepas dapat tahu mengenai perkahwinan anak mereka, kena tanggung hutang anak mereka pula.

Wallahualam.

8 comments:

Zie said...

mudah2an negara kita ALLAH lindungi drp musibah angkara org2 spt ini.

nouri said...

minta izin untuk share yek..

Panglima-api said...

harus dipotong ANUnye kalau balik malaysia...dia tak layak bergelar islam pun, bila berkahwin ngan orang putih...so, sesat la dia, boleh jatuh murtad tu....wallahualam....

lynnepu3gp said...

nauzubillah....

aizamia3 said...

kenapalah perlu pakai baju melayu yang lengkap untuk tujuan sebegitu..?

kesian pada ibubapa dia terpaksa menanggung pula hutang yang sebegitu banyak..

diya said...

Yang paling kasihan mak ayah dia lah. kena tanggung RM890000. sampai bila nak habis bayar?

-Yani Empty Heart- said...

Astagafirrullahalhammzim.... Subahanallah... Sungguh Memalukan..

Nur Farina Abdullah said...

mohon baca dan ambil info untuk tujuan pemblajaran saya ya :) kebetulan saya sedang siapkan tugasan berkaitan dengan gay