Jun 11, 2012

Risiko Bidang Paranormal

Baru baru ini krew 666 telah melakukan satu tinjauan paranormal di Klang, Selangor. Lokasi ini didakwa ramai penduduk Klang sebagai satu tempat yang menyeramkan dimana penagih dadah melepaskan gian dan pemujaan ilmu hitam berlaku.






 (Gambar dari blog Penyingkap Fakta 666 )

Kisah tinjauan tersebut boleh dibaca disini.

Didalam setiap tinjauan yang dilakukan oleh krew 666, kami amat menitik beratkan keselamatan setiap krew dari segi spiritual, mental dan fizikal. Bagi setiap krew Penyingkap Fakta yang mengikuti tinjauan kami, mereka dikehendaki mengikut setiap peraturan serta garis panduan yang diberikan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu di lokasi.

 Berkecimpung di dalam bidang paranormal ini memerlukan komitmen dan dedikasi yang tinggi selain dari memiliki minat yang sama di dalam mengkaji dunia dan ilmu mistik ini. Ramai diantara mereka yang telah saya lihat mudah berputus asa. Contohnya apabila tidak mendapat bahan bukti yang menarik apabila berada di lokasi siasatan / tinjauan, kekurangan kos untuk membeli equipment dan membiayai tinjauan krew dan sebagainya. Selain daripada itu, ketahanan diri dan stamina yang tinggi juga merupakan salah satu asas diri yang penting bagi setiap krew. Ini adalah kerana majoriti lokasi diklasifikasikan sebagai tempat yang bahaya.

Perkara perkara sebegini yang banyak membuatkan pengkaji paranormal menyerah kalah dan membuang minat mereka sebegitu sahaja.

Tidak lupa juga salah satu risiko besar yang perlu diambil kira di dalam bidang paranormal ini ialah risiko kecederaan di lokasi. Baru baru ini sewaktu tinjauan di Klang, Mazidul Akmal tercedera di kaki kirinya akibat terpijak cebisan kaca dari botol yang bersepah di celah timbunan sampah dan semak. Beliau terpaksa dikejarkan ke Tropicana Medical Center untuk diberikan rawatan.


Sewaktu diberikan rawatan
Serpihan kaca yang menusuk kaki









Posisi kaca tersebut ketika ia dijumpai
Syukur alhamdulillah tiada sebarang jangkitan kuman dan sebagainya. Walaupun begitu ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. 

Saya pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa Mazidul sebenarnya seorang penghidap diabetis. Segala apa luka sekalipun penghidap penyakit ini akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Apa yang membuatkan saya tertarik disini ialah semangat beliau yang tidak kenal dengan erti kekalahan. Jika tak silap saya ini adalah kali kedua beliau mengalami kecederaan sewaktu tinjauan dijalankan. 

Penyakit tersebut membuatkan beliau lebih cenderung untuk mengalami kecederaan yang lebih serius berbanding krew krew yang lain. Namun beliau tetap setia dan komited didalam setiap siasatan dan tinjauan. Ini adalah kerana minat beliau untuk menyingkap fakta di sebalik kejadian paranormal yang berlaku.

Ya, tujuan asal Penyingkap Fakta 666 ditubuhkan bukanlah untuk mewujudkan sesuatu yang tidak benar dan menakutkan para pembaca. Tujuan kami hanyalah untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kewujudan dan rahsia rahsia alam ghaib ini. Apa sahaja bukti yang kami dapat singkap, akan kami paparkan kepada semua sama ada ada bukti ataupun tidak. Kepercayaan masyarakat ramai bahawa kewujudan makhluk ini semua ialah tahyul dan tidak berasas kini boleh dibuktikan dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini. Segala apa yang dipaparkan adalah percuma dan untuk pengetahuan bersama, no charge at all. 

Kalau ingin ditakutkan, sila ke panggung wayang terdekat dan tengok cerita seram. Jikalau ingin memberikan komen yang berunsur negatif dan tidak membina, maka jangan lihat mahupun membaca apa yang kami paparkan. Tiada paksaan untuk anda membacanya. 

Islam menggalakkan umatnya untuk menimba ilmu dan menyebarkan ilmu. Islam menggalakkan umatnya membaca. Rukun Iman juga mewajibkan umat Islam untuk percaya kepada Malaikat dan alam ghaib. Apa yang kami lakukan disini, saya lihatnya sebagai satu dakwah untuk masyarakat percaya bukan secara membabi buta, tetapi secara lebih berilmiah dan bijak.

Inilah salah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pengkaji paranormal. Setiap perjuangan pasti ada rintangannya.

Bagaimana pula dengan Mazidul?


Ya dia sudah berjalan seperti biasa walaupun baru sehari kakinya berjahit. Minggu depan katanya nak ke lokasi baru pula di Lembah Kelang. Mamat ni memang tak kenal penat dan sakit langsung, dia tarah je semua.

Semangat yang takkan luntur. Bagus untuk dicontohi oleh orang ramai.