Aug 17, 2012

Memagar Dan Melindungi Rumah

Beberapa hari yang lepas aku mendapat satu tugas untuk memagar rumah dan sebuah kawasan pejabat di Sungai Petani, Kedah. Menurut pengalaman tuan rumah, kawasan rumah dan pejabatnya kerap berlaku kejadian kejadian pelik. Setelah dihubungi aku terus kesana untuk memberikan khidmat bantuan yang sepatutnya.

Selalunya tugas memagar rumah ini adalah satu perkara yang amat mudah. Tiada banyak komplikasi dan mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan. Upacara / tradisi memagar sesuatu kawasan ini masih lagi dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tujuan utama upacara memagar ini ialah untuk menghalang perkara perkara yang berunsur sihir dan jahat daripada memasuki kawasan rumah dan kawasan perniagaan.

Salah satu persoalan yang diajukan oleh tuan rumah kepada aku pada hari itu ialah: "Kenapa dah banyak kali saya pagar dua dua kawasan ni tapi lepas dua tiga bulan jadi balik ye bang?".

Ini sebenarnya satu persoalan yang kerapkali aku terima. Boleh dikatakan antara soalan Top Ten juga.

Memagar kawasan ini bukanlah hanya sekadar memagar sahaja, ianya ialah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan. Sama seperti kita memasang pagar rumah dengan menggunakan pagar besi. Lama kelamaan semestinya pagar tersebut akan runtuh dan rapuh dimamah usia. Jadi kita harus memanggil pakar memasang pagar untuk membaik pulih semula pagar tersebut.


Pagar biasa yang mudah dibengkokkan

Sama juga dengan kualiti pagar tersebut. Kalau pagar yang dipasang tersebut ialah pagar besi biasa, orang berbaan besar sudah semestinya akan dapat mematahkannya dengan mudah. Kualiti dan keteguhan pagar tersebut juga harus diambil kira. Kalau ianya kualiti rendah dan tidak pernah diperbaiki maka lama lama roboh juga.

Itu pagar biasa yang selalunya akan dipasang dirumah untuk kegunaan keluarga dan peribadi. Manakala pagar untuk kawasan pejabat, kedai, restoran dan sebagainya pula lain daripada yang telah aku beritahu sebentar tadi. Ada sesetengah pengamal perubatan akan menggunakan teknik pemagaran yang bukan sahaja akan menghalang benda benda sihir dan buruk memasuki kawasan perniagaan mereka, malah turut akan menghalang rezeki untuk masuk.


Kalau pagar begini jenuh nak merobohkannya

Ingin aku sentuh sedikit disini mengenai memagar kawasan dengan menggunakan ilmu sihir, dah alang alang kita sentuh mengenai isu ini kan. Satu cara yang paling banyak digunakan pengamal ilmu hitam ialah dengan meletakkan khadam mereka di kawasan tersebut sebagai 'pagar'. Ilmu seperti ini amat mudah dipatahkan bergantung kepada tahap / level khadam tersebut.

Tetapi itu terpulang kepada permintaan client tersebut kepada perawat / pengamal perubatan tersebut. Lain orang lain caranya. Bak kata orang: Rambut sama hitam, hati lain lain kaler. Ada hati warna biru tenang macam air laut, ada hati warna hitam seperti kelam malam, ada juga hati kaler pink sebab berjiwa kuntum.

Kalau ini diletakkan depan rumah, bapak setan pun lari
Harus diingatkan bahawa perlindungan tetap datangnya dari Tuhan. Walaupun tahap dan cara setiap perawat itu berbeza, ada yang hebat dan ada yang tidak, kita hanya berusaha dan tawakal kepada Nya. Sama aplikasinya jika kita memasang pagar berduri di sekeliling rumah. Kita mengupah orang untuk memasang pagar tersebut, ianya merupakan satu usaha dari kita. Yang selebihnya terpulang kepada Tuhan untuk melindungi kita. 

Aku harap entri ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan persoalan anda mengenai isu memagar rumah dan harta benda. Jikalau memerlukan khidmat bantuan saya atau sebarang persoalan anda boleh email saya di adamvaimetal@gmail.com

By the way, Selamat Hari Raya Aiilfitri 2012.

Aug 1, 2012

Gangguan Paranormal Di Bulan Ramadhan

Saya kerapkali mendapat soalan yang sama dari orang ramai mengenai kejadian paranormal di bulan Ramadhan. Kadangkala dah naik muak menjelaskannya berpuluh puluh kali sampai berbuih mulut menjawabnya. Maka di sini saya ingin menjelaskan mengenai kewujudan dan kejadian paranormal yang berlaku di bulan Ramadhan.

Once and for all, saya ingin menyatakan disini bahawa "Ya, masih ada jin dan syaitan yang tidak dirantai di bulan Ramadhan". Oleh kerana itu kita masih melihat pusat pusat rawatan tradisional Islam penuh dengan pesakit yang diserang histeria, gangguan makhluk halus dan sihir. Selain itu dapat juga kita perjelaskan mengapa masih berlaku lagi kejadian paranormal di negara negara bukan negara Islam seperti Eropah di bulan Ramadhan ini.

Ada yang mengatakan "Oh itu lain timezone dia, sebab tu masih ada lagi jin, iblis dan syaitan di negara sana". Sila ingat kita berpuasa selama sebulan, takkan tak masuk lagi timezone dia untuk bulan Ramadhan? Tidak lupa juga ada yang mengatakan "Itu semua jin dan syaitan yang kafir dan duduk di negara lain, mana nak sama dengan jin dan syaitan kita disini". Tak kira lah sama ada mereka itu jin berasal dari England, Ju - On dari Jepun, Nang Nak dari Thailand atau bermisai kontot seperti Hitler dari German. Pendek kata mereka masih lagi dari kategori jin, iblis dan syaitan dan masih lagi ada di bulan Ramadhan.

Sedutan filem Nang Nak

Scene epic dalam Ju On 2
Baiklah, mari kita membincangkan secara sekali imbas dari segi Islam pula. Petikan yang mengatakan bahawa syaitan dibelenggu dibulan Ramadhan bukanlah datangnya dari Al Quran tetapi dari hadith Nabi Muhammad SAW, sabdanya:


إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.”

Hadits di atas dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Shahih-nya kitab Ash-Shaum, bab Hal Yuqalu Ramadhan au Syahru Ramadhan no. 1898, 1899.

Daripada petikan ini, ramai yang berpendapat bahawa segala jenis jin, iblis dan syaitan telah diikat dan diseksa oleh malaikat sementara manusia aman, tenteram relax dan happy menghadapi kehidupan seharian tanpa risau diganggu oleh jin dan syaitan. Maka timbullah persoalan yang seringkali kita dengar di bulan Ramadhan. "Ada syaitan ke di bulan puasa ni?"

Para ulama bercanggah pendapat didalam perkara ini. Ada yang mengatakan bahawa semua jin dan syaitan diikat dibulan puasa dan yang tinggal hanyalah nafsu manusia itu sendiri. Ada juga para ulama mengatakan cuma syaitan yang ganas dan berpangkat 'General' sahaja yang diikat sementara iblis iblis yang kecil ini dibiarkan. Macam macam lagi pendapat didalam isu ini.

Tetapi apabila difikirkan secara logik akal, bagaimana ada hadith sahih yang mengatakan bahawa sekalian syaitan dirantai sedangkan kita masih lagi mendengar kes kes gangguan spiritual dan aktiviti paranormal masih berlaku di serata dunia di bulan Ramadhan?

Jadi apa sumber yang kita ada disini sekarang ini? Tiada sebarang rujukan di dalam AlQuran mengenai syaitan yang dirantai dibulan Ramadhan, cuma ada hadith sahaja. Kita juga ada mendengar cerita dan menyaksikan kes kes paranormal dan spiritual di bulan Ramadhan.


Syaitan yang menggoda ketika bersolat

Syaitan yang menjadikan kita lalai
I have always lived by this rule of thumb : Sometimes the simplest answer is the correct answer to the most complicated question. Pada pendapat saya: Syaitan, Jin dan Iblis masih lagi berkeliaran di bulan Ramadhan. Tidak kira dimana kita berada sekalipun. Manakala maksud hadith sahih yang mengatakan bahawa syaitan akan dibelenggu dibulan Ramadhan pula ialah lebih kepada kiasan. Maksud 'Syaitan' didalam hadith tersebut bermaksud hawa nafsu didalam manusia itu sendiri. Lagipun bulan Ramadhan ialah bulan dimana umat Islam mengawal hawa dan nafsu kita daripada berleluasa, maka kita harus membelenggu 'Syaitan' atau dalam ertikata lain 'Nafsu' kita daripada menguasai diri.

Itu sekadar pandangan dan pengamatan saya setelah bertahun berkecimpung didalam bidang ini. Tiada paksaan untuk anda mempercayainya kerana Islam bukanlah agama paksaan. Cuma ini ialah satu pandangan yang lebih simple daripada pendapat pendapat yang lain diluar sana.

Bukanlah maksud saya mempelajari mengenai alam ghaib ini tidak digalakkan, tetapi harus diseimbangkan dan dilogik akal kan. Apabila belajar dengan terlalu mendalam mengenai jenis jenis syaitan dan jin boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu taksub, gila atau hilang kepercayaan kerana sikap skeptik mereka. Bagi mereka yang berfikiran skeptik ini saya sarankan membaca entry saya sebelum ini yang bertajuk Wujudkah Hantu?

Oleh kerana itu kita masih mendengar kes paranormal berlaku, rumah masih berhantu, kes gangguan saka, kes dirasuk makhluk halus dan kes sihir dimana pengamal ilmu hitam menggunakan jin untuk melakukan kerja kerja kotor mereka di bulan Ramadhan. 

Sedangkan syaitan yang selalu kita lihat terpampang jelas di kaca televisyen tidak kita endahkan, ini pula syaitan yang kita tak boleh nampak.

Contohnya seperti : 

The Red 'Devils' / Syaitan Merah

Haha, aku memain saja. Tak boleh nak tahan gelak tengok logo ni sebentar tadi. Jangan kerana mereka menggelarkan pasukan mereka sebagai Red Devils orang ramai akan menyamakan mereka dengan syaitan. Untuk rekod, mereka mempunyai seorang manager terbaik abad ini dan pemain pemain bertaraf antarabangsa.

Walau apa pun, aku tetap dengan Liverpool. Mana mana syaitan pun takkan dapat menghasut aku untuk bertukar team. Walaupun di bulan Ramadhan.

Berbalik kepada topik, saya berharap semoga entry ini dapat memberikan gambaran jelas kepada persoalan yang bermain di benak fikiran anda.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia!