Jun 17, 2013

Paranormal Interview With BFM Radio and Poskod Malaysia

A few weeks ago i was interviewed by the people from BFM Radio regarding the topic of paranormal activities in Malaysia for their I Love KL segment. It was a great interview where good questions were asked and personal experiences were shared among us.


Interviewed by Terence Toh and Shefah Szetu from BFM

A tweet from @BFMradio's twitter account

Half of the questions were about me and how i got into this spiritual consultancy business. My first encounter with a ghost, some of the haunted places i have been to and so on and so forth.

While the other part of the interview is about ghost hunting (what to do and what not to do), how paranormal / spiritual world has any relevance to properties in Malaysia and and the best place to explore and conduct paranormal hunts.





The interview is in the format of a podcast. You can listen to it either by downloading the podcast here or by listening to it online below. The player may not be available in some mobile browser, which i would recommend clicking on the link i have provided above. The interview is about 25 minutes.




Besides the interview, the journalist Terence Toh also wrote an article about his own short trip to the Bukit Tunku house, which can be read by clicking here. Head on over to the site to see what he found there.

I hope it could shed some light into the questions that listeners and readers may have about the spiritual world. If you have any questions, please feel free to contact me.

Enjoy!

Jun 14, 2013

9 Filem Seram Yang Korang Wajib Tengok!

Updated June 2017

Salam.

Jikalau anda membuka entri ini, sudah tentunya anda meminati filem genre seram, bukan?

Genre seram ini bukan bermakna ianya satu cerita hantu sahaja. Sejak kebelakangan ini kita melihat genre seram berevolusi menjadi lebih dari sekadar just another horror flick kepada sesuatu yang membuatkan kita takut untuk tidur malam. 

Industri filem sekarang pun semakin rancak mengeluarkan filem berunsur seram. Kalau tiada permintaan, masakan ada keluarannya kan? Ada segelintir yang suka dengar dan tengok cerita hantu, tapi takut nak mengalaminya sendiri.

Itu sebabnya cerita begini tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang : Jauh di dalam sudut hati, manusia suka ditakutkan.

Ada beberapa filem seram yang aku rasa bagus tetapi aku tidak khususkan kepada cerita hantu sahaja. Kerna bagi aku elemen seram ini terlalu luas. Everyone has their own interpretation of what Fear truly is. Apa yang aku nukilkan disini adalah berdasarkan jalan penceritaan, tema, sinematografi, musik, sejarah, logik akal dan lain lain lagi di dalam sebuah filem tersebut yang aku rasa bagus.

I hope you will enjoy these movies as much as i did.

1. The Exorcist


Pertama kali menonton cerita ini ialah semasa aku berumur 7 - 8 tahun. Seram nak mampus (masa tu la..) sampai aku takut nak tidur malam sendiri. Masa kecik takut tapi bila dah tua bangka begini pergi mencari pula benda tu. 

Cerita ini diadaptasikan dari buku The Exorcist tahun 1971 hasil karya William Peter Blatty dan merupakan satu kisah benar yang mengisahkan kesengsaraan seorang gadis muda yang dirasuk syaitan. Seorang paderi kemudian dipanggil untuk melakukan upacara exorcism keatas gadis tersebut.

Aku suka cerita ni sebab cara dia berkomunikasi serta caci maki dari syaitan itu sesuatu yang kerapkali berlaku ketika upacara membuang syaitan yang merasuk badan pesakit. Kalau korang nak tengok bagaimana keadaan sebenar exorcism tapi takut nak tengok dengan mata kepala sendiri, cerita ini korang kena tengok. 


 2. The Exorcism of Emily Rose

Jennifer Carpenter sebagai Emily Rose

Emily Rose yang sebenar
Filem tahun 2005 ini tetap di dalam list aku sebagai satu cerita paranormal yang baik dari segi special effects dan penceritaan. Selain itu ianya turut menunjukkan bagaimana upacara exorcism dilakukan di dunia nyata dari segi agama Kristian. 

Cerita ini diadaptasi dari kisah sebenar dimana seorang gadis bernama Emily Rose diganggu oleh beberapa 'syaitan' di dalam hidupnya. Walau bagaimanapun Emily meninggal dunia setelah bertahun tahun dirawat oleh beberapa orang paderi. Cara penceritaan yang cuba disampaikan melalui kes mahkamah Emily Rose ini juga membuatkan filem ini lebih menarik.

Kisah sebenar ini merupakan salah satu kisah menarik di dalam dunia paranormal antarabangsa. Lakonan Jennifer Carpenter sebagai Emily turut mendapat anugerah Best Frightened Performance di MTV Movie Awards selain filem ini yang masih lagi tersenarai didalam Top 100 Scariest Film Ever Made.  


3. Mama




Filem seram ini yang dikeluarkan pada tahun Januari 2013 terus mendapat tempat didalam hati aku. Ketika dimana kebanyakan filem seram masih lagi menggunakan taktik kejutan dan special effects seram, filem Mama ini membawa nafas baru kepada genre horror.
  
Ia mengisahkan dua orang kanak kanak yang ditinggalkan di sebuah rumah usang di dalam hutan dan kemudiannya dijaga oleh satu 'makhluk halus' yang dipanggil Mama. Beberapa tahun kemudian mereka berdua ditemui semula oleh pakcik mereka dan dibawa tinggal bersama, tetapi mereka tidak mengetahui yang Mama turut mengikut mereka kemana mereka pergi.

Jikalau anda meminati filem berunsur old school horror, anda wajib menonton filem ini.


4. The Conjuring



Pertama kali filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, ramai yang memuji dan sibuk bercerita mengenainya di socmed. Salah satu sebabnya ialah pengarahnya James Wan berasal dari Sarawak, Malaysia.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa James Wan juga pernah mengarahkan filem filem seram yang bagus seperti Insidious, Saw dan Dead Silence.

Cerita ini mengisahkan pasangan Ed dan Lorraine Warren yang juga ghost hunters atau pengkaji paranormal menolong sebuah keluarga yang diganggu entiti paranormal di rumah baru mereka. Walaupun ianya berdasarkan kisah sebenar, tetapi kebanyakan fakta didalam kisah ini telah diubah untuk diselaraskan dengan genre seram. 

Pengarah filem The Conjuring - James Wan

Filem ini menduduki tangga keempat didalam carta personal favorite aku. Review yang lebih lanjut mengenai filem ini boleh dilihat di blog sahabat aku Feris Othman Yunos. Klik disini untuk membaca review filem ini (tiada spoiler!)


5. Ju - On : The Grudge



Aku masih lagi ingat waktu pertama kali aku menonton cerita ini ketika ianya keluar pada tahun 2002. Jam menunjukkan 2.30 pagi dan aku di dalam sebuah bilik gelap di kampung. Selepas sejam menonton cerita ini aku terdengar ketukan di pintu bilik sebanyak tiga kali. Ketika pintu dibuka, tiada sesiapa pun diluar bilik - cuma kegelapan.

Filem ini muncul ketika genre seram / horror masih lagi belum mendapat sambutan ramai di Malaysia. Ia turut memecahkan persepsi masyarakat bahawa filem seram mampu dimanipulasikan dengan berbagai cara baru. Sebuah nafas b
aru bagi genre horror, kejayaan Ju On turut membuka ruang kepada filem seram dari Jepun untuk mula bertapak di seluruh Asia dan juga Barat sekaligus menaikkan nama filem ini mencapai Cult status.

By the way, hanya filem Ju-On pertama je yang best. 



6. The Wailing


Apabila kita membicarakan mengenai satu filem seram yang bagus dari pelbagai aspek, filem The Wailing dari Korea ini pasti menjadi tajuk bualan. Filem ini mengisahkan seorang anggota polis bernama Jong-Goo yang terpaksa menyiasat beberapa kes pembunuhan dan penyakit misteri di dalam kampung kecil jagaannya. 

Filem tahun 2016 arahan Na Hong Jin ini umpama sebuah kotak misteri apabila kita mula menontonnya. Tempo cerita ini mungkin agak perlahan dari biasa bagi sesetengah penonton dan plot cerita yang agak komplikated kadangkala membuatkan kita sukar memahami apa yang sebenarnya terjadi di dalam filem ini. 

Walaupun begitu persembahan dari setiap pelakonnya memang antara yang terbaik pernah aku lihat di dalam genre seram.  Dapat juga kita lihat upacara menghalau hantu dari sudut agama masyarakat Korea. Pengarah filem ini bagi aku, sengaja mencipta filem pelik dan komplikated seperti ini. Ianya satu filem yang membuatkan kita berkata "Oh ini rupanya! Patutlah muka dia camtu bila benda ni jadi.." bila kita menontonnya semula. 

Disebabkan filem ini, pengarahnya Na Hong Jin telah memenangi beberapa Award seperti Best Director dan Best Film bagi KOFRA Films Award dan Asian Films Award. 


7. The Autopsy of Jane Doe

 
Filem yang mengisahkan tentang satu mayat wanita misteri yang ditemui di lokasi kejadian jenayah. Mayat wanita tersebut kemudian dihantar ke pejabat koroner untuk dibedah siasat dimana ianya mengundang lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

Bagi aku ini satu filem menarik dan mempunyai jalan cerita yang fresh. Ia umpama drama CSI dicampurkan dengan elemen seram. Filem ini mengingatkan aku kepada kebanyakan kisah seram yang aku dengar dari kawan dan sahabat yang bertugas di hospital dan rumah mayat.

Filem yang amat sesuai ditonton bersama pasangan anda.


8. Evil Dead


Filem ni ada dua versi dan bagi aku kedua duanya mempunyai daya tarikan, penceritaan dan pembikinan yang tersendiri. Versi original tahun 1981 lebih banyak menjurus kepada makeup effect manakala versi baru tahun 2013 telah memberi filem klasik ini satu nafas yang baru. Lebih seram. Lebih menggerunkan.


Seperti biasa filem ini lebih enak dinikmati dalam keadaan gelap, baru effect seram tu sampai. Ada beberapa babak yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai ditonton oleh kanak kanak. Parental guidance is advised.


9. Emelie


Sebuah filem yang mampu menimbulkan perasaan takut jauh di dalam sudut hati, terutama sekali bagi mereka yang bergelar ibubapa. Adakah anda merasa selamat meninggalkan anak anak anda di tangan pengasuh mereka? Kesimpulannya, it is every parent's worst nightmare come true.

Harus diingatkan ini bukanlah sebuah filem hantu walaupun diklasifikasikan sebagai Horror / Thriller. Selalu dok layan cerita hantu pun boleh naik muak jugak kekadang, kan?
 

Tambahan : A Haunted House

Sebagai tambahan, jangan lupa juga menonton filem berjudul A Haunted House lakonan Maelon Wayans. Filem genre komedi seram ini wajib ditonton oleh semua peminat filem horror. Aku pun kebetulan sebenarnya terjumpa movie ini. Aku agak skeptik juga sama ada filem ini mampu membuatkan aku gelak, tapi selepas menontonnya sekali aku gelak tak berhenti.

Masuk semalam, dah 58 kali aku tengok filem ini..




Kalau korang berminat dengan dunia perfileman, boleh layari blog sahabat baik aku Feris Othman di link disini. Berbagai review menarik mengenai filem antarabangsa dan tanah air terbaru yang ditulisnya.

Kalau tak tahu nak buat apa di hujung minggu atau nak tengok cerita apa di waktu malam, pergi dapatkan filem filem diatas. Beli yang original.

Dan jangan lupa tutup lampu sewaktu menonton!