Jun 14, 2013

Lima Filem Seram Yang Anda Wajib Tonton!

Salam.

Jikalau anda membuka entri ini, sudah tentunya anda meminati filem genre seram, bukan?

Ramai dikalangan masyarakat sekarang yang semakin mula meminati filem seram, aku sendiri juga tuidak dikecualikan. Dalam sebulan tu mesti dua kali aku tengok, paling busuk pun sebulan sekali. Paling lemau kalau takde langsung cerita seram yang menarik di pawagam, aku duduk rumah tukar rancangan antara HBO, Star Movies dan Cartoon Network.

Industri filem sekarang pun semakin rancak mengeluarkan cerita cerita berunsur seram ni. Mungkin sebab ramai diluar sana yang sebenarnya meminati filem berunsur seram. Kalau takde permintaan, masakan ada keluarannya kan? Ada jenis manusia yang suka dengar dan tengok cerita hantu, tapi takut nak mengalaminya sendiri.

Itu sebabnya cerita hantu tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang : Jauh di dalam sudut hati, manusia suka ditakutkan.

Tapi sedihnya amat jarang kita jumpa filem genre seperti ini yang bagus. Kebanyakannya banyak menunjukkan sekelompok perempuan berlari kena kejar sesuatu dan terpekik terlolong macam beruk kena belacan, buat penonton terkejut sana sini, tunjuk muka hantu berdarah senget sebelah la apa la.

Ini semua taktik lama. Dah basi. Bosan.

Mungkin disebabkan aku melakukan kerja kerja paranormal, maka ramai yang bertanya cerita hantu apa yang best aku pernah tengok? Ingin aku kongsikan bersama disini untuk tatapan ramai.

1. The Exorcist


Cerita ni aku first time tengok masa umur aku 7 - 8 tahun. Seram nak mampus (masa tu la..) sampai aku takut nak tidur malam sesorang. Masa kecik takut tapi bila dah tua bangka begini pergi mencari pula benda tu. 

Cerita ini yang diadaptasikan dari buku The Exorcist tahun 1971 merupakan satu kisah benar yang mengisahkan bagaimana seorang gadis muda dirasuk oleh syaitan. Seorang paderi kemudian dipanggil untuk melakukan upacara exorcism keatas gadis tersebut.

Aku suka cerita ni sebab cara dia berkomunikasi dengan syaitan tersebut serta caci maki dari syaitan tu sebenarnya sesuatu yang kerapkali berlaku ketika upacara membuang syaitan yang merasuk. Kalau korang nak tengok bagaimana keadaan sebenar exorcism tapi takut nak tengok dengan mata kepala sendiri, cerita ini korang kena tengok. 


 2. The Exorcism of Emily Rose

Jennifer Carpenter sebagai Emily Rose

Emily Rose yang sebenar
Cerita ini tetap didalam list aku sebagai satu cerita paranormal / thriller yang terbaik. Bukan sahaja dari segi special effects tetapi juga dari segi penceritaan. Selain itu ianya turut menunjukkan bagaimana upacara exorcism dilakukan di dunia nyata dari segi agama Kristian. 

Cerita ini diambil dari kisah sebenar dimana seorang gadis bernama Emily Rose diganggu oleh beberapa 'syaitan' di dalam hidupnya. Walau bagaimanapun Emily meninggal dunia setelah bertahun tahun dirawat oleh beberapa orang paderi.

Kisah sebenar ini merupakan salah satu kisah menarik di dalam dunia paranormal antarabangsa. Lakonan Jennifer Carpenter sebagai Emily turut mendapat anugerah Best Frightened Performance di MTV Movie Awards selain filem ini yang masih lagi tersenarai didalam Top 100 Scariest Film Ever Made.  


3. Mama




Filem seram ini yang dikeluarkan pada tahun Januari 2013 terus mendapat tempat didalam hati aku. Ketika dimana kebanyakan filem seram masih lagi menggunakan taktik kejutan dan special effects seram, filem Mama ini membawa nafas baru kepada genre horror.
  
Ia mengisahkan dua orang kanak kanak yang ditinggalkan di sebuah rumah usang di dalam hutan dan kemudiannya dijaga oleh satu 'makhluk halus' yang dipanggil Mama. Beberapa tahun kemudian mereka berdua ditemui semula oleh pakcik mereka dan dibawa tinggal bersama, tetapi mereka tidak mengetahui yang Mama turut mengikut mereka pulang.

Jikalau anda meminati filem berunsur old school horror, anda wajib menonton filem ini.


4. The Conjuring



Ketika pertama kali filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, ramai yang memuji dan sibuk bercerita mengenainya di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Selain dari jalan ceritanya yang menarik dan teknik yang seram dan bukan kejutan digunakan untuk menakutkan para penonton, salah satu sebabnya ialah pengarahnya James Wan yang juga berasal dari Sarawak, Malaysia.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa James Wan juga pernah mengarahkan filem filem seram yang bagus seperti Insidious, Saw dan Dead Silence.

Cerita ini mengisahkan pasangan Ed dan Lorraine Warren yang juga ghost hunters atau pengkaji paranormal menolong sebuah keluarga yang diganggu entiti paranormal di rumah baru mereka. Walaupun ianya berdasarkan kisah sebenar, tetapi kebanyakan fakta didalam kisah ini telah diubah untuk diselaraskan dengan genre seram. 

Pengarah filem The Conjuring - James Wan

Filem ini menduduki tangga keempat didalam carta personal favorite aku. Review yang lebih lanjut mengenai filem ini boleh dilihat di blog sahabat aku Feris Othman Yunos yang juga seorang produser rancangan tv di Malaysia. Klik disini untuk membaca review filem ini (tiada spoiler!)


5. Ju - On : The Grudge



Aku masih lagi ingat waktu pertama kali aku menonton cerita ini ketika ianya keluar pada tahun 2002. Jam menunjukkan 2.30 pagi dan aku di dalam sebuah bilik gelap di kampung. Selepas sejam menonton cerita ini aku terdengar ketukan di pintu bilik sebanyak tiga kali. Ketika pintu dibuka, tiada sesiapa pun diluar bilik - cuma kegelapan.

Filem ini muncul ketika genre seram / horror masih lagi belum mendapat sambutan ramai. Filem ini juga turut memecahkan persepsi masyarakat bahawa filem seram tidak bosan dan klise seperti sebelumnya. Sebuah nafas baru bagi genre horror.
Kejayaan Ju On turut membuka ruang kepada filem seram dari Jepun untuk mula bertapak di seluruh Asia dan juga Barat.


Tambahan : A Haunted House

Sebagai tambahan, jangan lupa juga menonton filem berjudul A Haunted House lakonan Maelon Wayans. Filem genre komedi seram ini wajib ditonton oleh semua peminat filem horror. Aku pun kebetulan sebenarnya terjumpa movie ini. Aku agak skeptik juga sama ada filem ini mampu membuatkan aku gelak sebelum aku menontonnya, tapi selepas menontonnya sekali aku gelak tak henti henti.

Masuk semalam, dah 58 kali aku tengok filem ini..




Kalau korang berminat dengan dunia perfileman, boleh layari blog sahabat baik aku Feris Othman di link disini. Berbagai review menarik mengenai filem antarabangsa dan tanah air terbaru yang ditulisnya.

Kalau tak tahu nak buat apa di hujung minggu atau nak tengok cerita apa di waktu malam, pergi dapatkan filem filem diatas. Beli yang original.

Dan jangan lupa tutup lampu sewaktu menonton!

1 comment:

Yogi Marsahala said...

dari lima film horor tersebut film mama yang paling menyeramkan, mampir juga ya ke blog saya www.goocap.com