Dec 23, 2011

Rawatan Kecemasan Angin Ahmar / Stroke 101. DIY

"Aku terhutang budi pada kau sebab apa yang kau ajar pada aku telah berjaya menyelamatkan ayah aku daripada ajal, bro"

Itu ayat yang diucapkan oleh sahabat lama saya, Ikhwan Rosli, 24 tahun sewaktu dia memeluk saya dengan erat semalam. Rata rata orang ramai di kedai makan semalam memandang perlakuan kami seperti pelik.

"Woi kau ni, nanti orang ingat kita gay!"

"Oh, sorry bro." Katanya sambil tersengih.

Ikhwan menceritakan pengalamannya yang berlaku setahun yang lepas apabila ayahnya diserang angin ahmar (di dalam bahasa Inggeris ianya dipanggil sebagai 'stroke').

"Masa kejadian tu berlaku, aku tengah makan malam dengan keluarga dirumah. Tiba tiba ayah aku collapse dan mulutnya dah senget. Dia bercakap pun dah tak betul."

Sambil mendengar dia bercerita, saya mengisi paip saya dengan tembakau jenama Domingo's. Makin berusia, makin pelik benda yang diminati.

"Masa tu aku agak gelabah jugak la bro walaupun pernah berlaku dulu. Tapi aku terus ingat benda yang kau pernah ajar aku dulu. Lepas aku buat, dia sedarkan diri 10 minit kemudian sebelum aku hantar dia ke hospital. Keesokannya hospital bagi dia kebenaran untuk balik rumah".

Sambungnya lagi: "Yang bestnya bro, doktor Hospital Pantai tu tanya aku mana aku belajar rawatan tu. Katanya, kalau aku tak buat rawatan kecemasan tu masa peringkat awal, harapan untuk ayah aku survive memang tipis, bro."

Terdetik di hati untuk berkongsi kepada semua mengenai cara rawatan ini. Saya dulu mempelajari teknik rawatan tradisional Cina ini daripada seorang sensei. Caranya amat mudah sekali dan berguna kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang menghidap penyakit stroke / angin ahmar.

R̲a̲w̲a̲t̲a̲n̲ ̲K̲e̲c̲e̲m̲a̲s̲a̲n̲ ̲S̲t̲r̲o̲k̲e̲ ̲1̲0̲1̲

Barangan diperlukan:

Beberapa batang jarum. Seperti jarum menjahit.

Caranya:

- Pastikan pesakit berada didalam posisi duduk. Jangan dijatuhkan atau dibaringkan kerana khuatir kapilari darah di kepala pesakit pecah.

- Jangan menggerakkan pesakit kemana mana tempat lain. Misalnya, jikalau pesakit rebah di tandas, lakukannya di situ. Pergerakan badan boleh menyebabkan kapilari darah di otak pecah.

- Sterilkan jarum yang ada dengan api sebelum bermula untuk menghindarkan jangkitan kuman.

- Jarum yang telah disterilkan itu, cucuk setiap jari jemari pesakit sedalam 1mm sehingga mengeluarkan beberapa titisan darah. Jikalau tidak keluar, picit jarinya sehingga darah keluar. Cucuk seperti akupunktur.

- Jikalau berlaku perubahan bentuk mulut pada pesakit, tarik kedua - dua telinganya sehingga merah. Kemudian cucuk cuping telinganya sehingga keluar lebih kurang dua titisan darah.

- Selepas beberapa minit, pesakit akan mula sedarkan diri. Berikan dia rehat seketika dan berilah dia minum teh sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Penyakit angin ahmar / stroke merupakan antara penyebab utama kematian di negara ini. Majoriti tidak mengetahui cara - cara untuk mengendalikan pesakit apabila situasi seperti ini berlaku. Selalunya apabila ambulans sampai, banyak pergerakan akan berlaku dan masa akan dibazirkan untuk menunggu ambulans sampai sebelum rawatan dapat diberikan.

Diharap kaedah rawatan ini dapat dihebahkan kepada orang ramai agar dapat kita ingat dan praktikkan. Semoga dapat kita selamatkan orang yang tersayang dan mereka yang memerlukan bantuan.

Sepertimana Ikhwan dapat menyelamatkan ayahnya tempoh hari.

Untuk mendapatkan rawatan atau penjagaan dirumah untuk pesakit stroke atau apa jua penyakit, anda boleh layari laman Facebook syarikat kesihatan saya ELS Healthcare Services di sini ( klik http://bit.ly/veFkGe ).

Wassalam!


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Dec 16, 2011

Perkahwinan Gay Melayu Dan Eropah (Updated)

Selalunya apabila anak yang dikasihi dan dididik sejak kecil sehingga besar mendapat peluang untuk belajar di luar negara, ibu bapa sudah tentunya akan berasa amat gembira dan berbangga. Lebih lebih lagi apabila pengajian itu ditanggung sepenuhnya oleh sponsor seperti Petronas.

Semestinya ibubapa akan berkongsi berita gembira itu bersama sanak saudara dan sahabat mereka. Mereka akan sentiasa menunggukan berita dan khabar gembira daripada anak tersebut setiap hari.

Tetapi bagaimana pula jika anak tersebut membawa khabar berita 'gembira' versi lain pula?

Ariff bersama suaminya berbangsa Irish, Jonathan

Seronok dia dapat kahwin
Ariff Alfian Rosli (di dalam gambar), seorang lelaki tulen, pelajar tajaan Petronas di University College Dublin di Ireland baru baru ini yang dikhabarkan 'hilang' oleh bapanya, seorang pesara Tentera Laut dikhabarkan telah berkahwin semasa belajar disana. 'Suaminya' juga seorang lelaki berbangsa Eropah bernama Jonathan. Berikut adalah gambar diambil daripada rotikaya

Mereka melangsungkan perkahwinan bertemakan 'East Meets West'. Ariff lengkap berbaju Melayu manakala 'suaminya' Jonathan segak memakai tuxedo. Khabarnya perkahwinan tersebut diadakan di Dublin City Hall.

Gambar kenangan bersama keluarga Jonathan

Apa yang menarik disini ialah Ariff didakwa melarikan diri daripada pelajarannya dan sekaligus meletakkan hutang perbelanjaan pendidikannya keatas tanggungan ibu bapa dia yang kini berjumlah sebanyak RM890,000.

Ariff dilaporkan berkata didalam Irishtimes, “I have not converted to any religion, contrary to what has been reported. I was born a Muslim, I am still a Muslim and will remain a Muslim ’til the day I die. Nothing will shake me from my faith.”

Mengenai laporan 'kehilangannya', Ariff berkata “I had a disagreement with my father in 2009, after which he reported me missing . . . I’m not in communication with him, but I am in regular contact with my other family members,”

Ciuman pasangan 'tercinta'?

Tak habis lagi dengan isu lelaki gay menghina Tuhan dan Islam (klik di sini), keluar pula cerita Ariff ini.

Apa agaknya perasaan ibu bapa si Ariff selepas dapat tahu mengenai perkahwinan anak mereka, kena tanggung hutang anak mereka pula.

Wallahualam.

Dec 9, 2011

Rantai Burung Hantu Freemason Dan Merosakkan Akidah?

Hari ini sedang aku leka membaca timeline di twitter, satu isu yang menarik telah aku baca mengenai isu 'Rantai Burung Hantu'. Seorang blogger bernama Haiyum Haffiz menulis bahawa rantai burung hantu itu merupakan salah satu konspirasi Freemason dan boleh merosakkan akhlak dan akidah seorang Muslim. Sila klik link disini

Ustaz Hafiz Ahmad, tahfiz dan perawat Kasturi Syifa'

Tertarik dengan isu ini, aku menghubungi salah seorang sahabatku Ustaz Hafiz Ahmad (gambar) untuk mendapatkan ulasan serta pandangannya mengenai isu tersebut.

Katanya: "Memang betul pandangan Adam mengenai perkara itu. Sekiranya sesebuah barangan itu dipakai dengan niat untuk memuja maka ia sudah jatuh kepada syirik kerana menyekutukan Allah SWT. Tetapi jikalau ianya dipakai sekadar perhiasan tanpa mempunyai niat niat yang tertentu maka tidak mengapa".

Rantai burung hantu tersebut
Tambahnya lagi: "Cuma jikalau sesuatu barang perhiasan itu menimbulkan keraguan mengenai jantina seseorang maka ianya haram. Seperti sabda Rasulullah SAW: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)

Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Hafiz kerana memberikan penjelasan kepada isu tersebut. Selain daripada menjadi guru tahfiz, beliau juga merupakan salah seorang perawat perubatan Islam di Kasturi Syifa'.

Saya juga pernah mengkaji sejarah dan fakta mengenai Freemason ini. Tetapi saya sarankan agar jangan terlalu taksub sehingga fobia akan segala benda yang berkemungkinan ada hubungkait dengan Freemason, Illuminati atau konspirasi Yahudi. Kerana sudah tertera didalam Al Quran apa yang bakal berlaku di masa hadapan mengenai Yahudi, maka berpegang dan percayalah kepada apa yang ada didalam kitab Allah itu daripada hidup didalam ketakutan mental selain dari takut kepada Allah SWT.
Apabila umat Islam terlalu takut dan kutuk mengutuk agama lain, maka tidak menjadi kehairanan apabila agama lain juga mengutuk Islam, mencaci Islam, menindas Islam. Bak kata kumpulan Scorpions, "What you give, you get back".

"Everyone's God - given human dignity must be respected, regardless of their religion, race, ethnic origin, gender, or social status" ( Quran 17:70).

Terlalu banyak 'taksub' didunia sekarang ini. Seperti taksub kepada K - Pop. Hehe. Klik disini
 
Wallahualam.

Dec 8, 2011

Makanan Yang Anda Fikirkan Sihat, Rupa-rupanya Tidak.

Berikut adalah info yang saya dapat daripada seorang sahabat.
Anda ingatkan makan makanan ni, macam sihat.
Kerana ianya sudaah diiklankan sebegitu, bukan?
Saya sentiasa menambahkan ilmu yang dipelajari, terutamanya mengenai makanan, dari mana mereka datang, bagaimana mereka akan memberi efek, bukan sahaja pada tubuh dan kesihatan, malah pada rupa fizikal badan serta keupayaannya untuk disimpankan sebagai lemak di dalam tubuh. Saya mahu memberikan terbaik bagi client saya, oleh itu saya perlu tahu mengenai apa yang membantu dan apa yang tidak.
Tapi bagi anda yang tidak mempunyai panduan yang boleh memperbetulkan kesilapan, anda mungkin sering tertipu dengan pengiklanan media serta mengetahui apa yang sihat dan apa yang kononnya sihat tetapi sebenarnya tidak dalam dunia pemakanan sihat.

Terdapat banyak makanan di luar sana yang diiklankan sebagai sihat apabila hakikatnya tidak seberapa.

Dengan ini saya akan senaraikan beberapa makanan yang anda sangkakan sihat, tetapi tidak beberapa elok. Anda harus elakkan daripada jenis makanan ini sekiranya anda ingin tubuh badan anda membakar lemak dengan lebih efisyien.


Sebelum itu, anda boleh kenalpasti makanan ini melalui label:
  • Fat Free (Tanpa Lemak)
  • Reduced Fat (Kurang Lemak)
  • Sugar Free (Tidak Menggunakan Gula)
  • No Added Sugar (Tiada Tambahan Gula)
  • Diet


Ini adalah sebenarnya apa label tersebut maksudkan:
  • Tanpa lemak, tapi dipenuhi dengan gula dan bahan kimia
  • Kurang Lemak, tapi banyak karbohidrat
  • Kurang Lemak, tetapi mempunyai glisemik indeks tinggi (karbohidrat mudah disimpan dalam tubuh sebagai lemak)
  • Bebas gula, tetapi pelbagai perasa tiruan lain
  • Tiada gula tambahan, sebab dah cukup banyak gula, buat apa nak tambah gula lagi?
  • “Diet”, tetapi banyak bahan kimia dan perasa tiruan

Cuba fikirkan secara logik. Mereka menggunakan ayat ‘Fat Free’ untuk memancing anda, konon-kononnya makanan tersebut sihat. Kalau begitu anda makan seberapa banyak jelly beans dan gula-gula kapas sihat lah ye kerana makanan macam ni kan tiada lemak. 

Semestinya tidak. Jangan mudah terpedaya.

Mari kita lihat antara senarai makanan yang kononnya sihat.

  1. Diet Coke / Pepsi / Soda

Kebaikan: Konon-konon minuman sedap yang tiada gula dan sesuai untuk ‘diet’.

Kebenaran: Minuman berkarbonat adalah sangat tidak sihat. Versi diet pun sama kerana memang mereka tidak menggunakan gula, tapi mereka menggunakan pelbagai bahan kimia dan perasa tiruan yang lain, bercampur dengan pewarna, minuman ini adalah umpama, “Meminum kanser dalam tin”.

Gantikan dengan: Air suam, dan susu




 2. Reduced Sugar Peanut Butter


Kebaikan: Konon-kononnya kurang gula tu ‘menyihatkan’ pemakanan peanut butter.

Kebenaran: Kebanyakan peanut butter komersial menggunakan gula yang sama seperti gula yang membuat icing kek. Versi ‘kurang gula’ sebenarnya mengurangkan penggunaan gula tersebut dan ianya kemudian digantikan dengan perasa tiruan yang lebih teruk lagi.

Gantikan dengan: Makan kacang almond atau beli all natural peanut butter yang asli dan tidak diproses. Biasanya bila membeli peanut butter organik, ianya akan mempunyai lapisan minyak di atas. Tuangkan keluar dan buang lapisan minyak tersebut. Sekiranya ianya mengeras, tambahkan extra virgin olive oil. 



3. Minyak Masak Jagung (Corn Oil)

Kebaikan: Ianya diperkaya dengan Omega-6, sejenis lemak tidak tepu yang tidak meningkatkan aras kolesterol.

Kebenaran: Memang benar, minyak jagung diperkaya dengan Omega-6, tetapi ianya 60 kali lebih banyak daripada Omega-3.A  Omega-6 yang berlebihan boleh membawa kepada inflamasi yang boleh menyumbang kepada kanser, athritis dan obesiti. Oleh itu, anda perlu memilih makanan yang mempunyai kandungan Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang.

Gantikan dengan: Extra Virgin Olive Oil (minyak zaitun dara) dengan minyak kelapa dara.

4. Produk yang diperbuat dengan Soya




Kebaikan: Tiada kebaikan, tetapi untuk peminat soya, vegetarian bergantung pada soya untuk mendapatkan sumber protein mereka. Ianya rendah lemak, serta merupakan alternatif bagi mereka yang mempunyai ‘lactose-intolerant’ untuk meminum protein whey.

Kebenaran: Memang tinggi protein, memang rendah lemak, tetapi di dalam soya terdapat suatu yang dipanggil phytoestrogen yang meningkatkan aras hormon estrogen pada lelaki dan meningkatkan risiko kanser payu dara pada wanita. Kanak-kanak perlu dihindarkan daripada soya kerana perempuan mungkin matang dengan cepat, dan lelaki pula akan kurang matang dan pelbagai masalah pertumbuhan.

Gantikan dengan: Minuman diperkaya protein seperti susu lembu asli dan susu kambing asli.

5. Makanan Cereal / Bijirin

cereal_selection.jpg

 

Kebaikan: Senang nak sediakan dan sedap untuk dimakan

Kebenaran: Minta maaf kepada peminat cereal, tapi ianya tidak beberapa sihat seperti yang disangkakan. Yep, termasuk K, All Bran, atau apa saja super cereal yang menjanjikan anda turun berat badan dan lilit pinggang kerana makan dua mangkuk sehari. Selepas serat-serat tersebut diproses menjadi cecair, ianya akan melalui paip yang sangat panas serta tekanan tinggi, sebelum ianya disembur dengan kimia tiruan untuk mengeras dan kemudian dipotong ke bentuk yang dikehendaki. Proses ini dinamakan Extrusion, dan ianya membunuh kebanyakan nutrisi yang sedia ada dalam serta tersebut.

Gantikan dengan: Buah buahan. Senang dimakan juga, cuma perlu basuh dan makan


6. Low Fat Yoghurt (Yogurt Lemak Rendah)

images.jpg


Kebaikan: Mempunyai kandungan protein dan tinggi. Kadangkala rendah lemak, ada juga yang 0% lemak.

Kebenaran: Kebanyakan yogurt yang berperisa adalah sedap dan manis. Ianya adalah sangat berbeza dengan yogurt asli yang masam-masam rasanya. Apabila makanan manis atau sedap, ini bererti ianya telah diproses. Memang tiada lemak, tetapi mereka memaniskan produk dengan menggunakn sirap jagung yang berkalori tinggi dan mempunyai indeks glisemik yang tinggi.

Gantikan dengan: Yogurt asli all natural. Beli buah yang segar dan tambahkan ke dalamnya. Walaupun masam-masam tetapi yogurt asli adalah sangat sihat dan diperkaya dengan protein.

Jelas, terdapat pelbagai alternatif yang boleh digunakan oleh pengeluar makanan untuk memperdaya pengguna. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan kunci kepada diet yang sihat, dan kini anda sudah tahu bagaimana untuk ‘detect’ label yang konon-nya janjikan makanan yang sihat tetapi sebenarnya tidak. Minum air dengan mencukupi, tidur dengan cukup, makan makanan gandum penuh, kurang gula dan makanan asli.

Terima kasih, Ayez.  

Nov 30, 2011

Tanda Terkena Sihir - (Self Scanning 101) D.I.Y

Alhamdulillah semenjak mula berkecimpung didalam bidang rawatan alternatif ini saya berpeluang untuk bertemu berbagai jenis manusia. Sebilangan terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat tanpa mengira tua atau muda, berbangsa Melayu, India, Cina, Sikh, (kadangkala ada juga kaum Nepal, Bangla dan Indonesia).

Saya percaya bahawa ilmu yang dipelajari dan diperolehi adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa dan harus digunakan untuk menolong mereka yang berada didalam kesusahan.

Saya cuma berikhtiar dan berdoa, terpulang kepada 'Big Boss' Yang Maha Berkuasa untuk memperkenankan hasil usaha rawatan tersebut.

Walaupun ada juga para sahabat rapat yang tidak mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit biasa seperti demam, batuk atau selesema. Alasannya, bayaran ubat seperti demam berharga RM50 terlalu mahal.

"Baik aku jumpa kau je, Adam. Belanja kau makan lepas minta jampikan air ubat demam. Tak sampai pun RM10."

Alasan.

Sungguhpun begitu, saya menyarankan agar pesakit berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Selalunya penyakit pelik itu dapat diselesaikan dengan kaedah rawatan moden dengan mudah.

Jangan terlalu cepat menganggap sesuatu penyakit itu akibat sihir, gangguan syaitan dan sebagainya. Kesianlah pakar pakar dan doktor tu semua belajar tinggi tinggi, bersengkang mata dan habis berpuluh ribu ringgit untuk menjadi doktor.

Andaikata doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar penyakit dengan menggunakan teknologi serba canggih yang ada, maka rawatan alternatif bolehlah dicari. Nama pun 'rawatan alternatif', kan?
Ini adalah 'Guideline' / Crash Course untuk mengenalpasti sama ada anda telah terkena perbuatan sihir atau gangguan syaitan. Memandangkan ramai yang kerap bertanyakan kepada saya soalan yang sama.

S̲e̲l̲f̲ ̲S̲c̲a̲n̲n̲i̲n̲g̲ ̲1̲0̲1̲ :

1. Malas untuk melakukan rutin harian / amal ibadat / pekerjaan.

Perasaan malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat. Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti - aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

2. Tidak mampu untuk mengawal emosi.

Hilang kemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba - tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba.

3. Sentiasa mengalami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Bermimpi sesuatu yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

4. Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Kerapkali berasa gelisah dan takut terutama apabila berseorangan (anda tidak tahu apa sebabnya dan tidak boleh dikawal). Mat saleh cakap: Nervous.

5. Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

6. Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan suami – isteri yang baik tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

7. Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, sentiasa berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna dan tiada siapa peduli pasal anda.

8. Muncul kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha. Notis: pastikan bukan lovebite ya?

9. Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah. Kadangkala akan terasa seperti panas di beberapa tempat didalam rumah.

10. Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.

11. Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

12. Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah. Ini seringkali berlaku dikalangan segelintir masyarakat kini.

13. Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, bau wangian tanpa diketahui puncanya.

14. Sakit sakit badan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya

Seperti sakit tulang belakang, tapak kaki bagai menyucuk - nyucuk, lenguh badan disana sini.

Ada banyak lagi cara cara untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu terkena sihir atau gangguan syaitan. Tetapi saya hanya berikan yang biasa dihadapi sahaja. Senang untuk diingati ramai.
Maka itulah crash course untuk Self Scanning 101. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua, insya Allah.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Nov 15, 2011

Sembilan Jenis Sihir

Assalamualaikum. Sudah lama aku tak update blog ni. Minta maaf kerana sejak dua menjak ni agak sibuk dengan urusan duniawi dan akhirat.

Kali ini aku hendak berkongsi dengan para pembaca mengenai sihir dan jenisnya. Sepanjang pengalamanku menjadi seorang perawat tradisional, aku dapat mengklasifikasikan sebanyak sembilan jenis sihir. Mungkin ada lagi jenisnya yang tidak diketahui dan belum dikenalpasti, tetapi akan aku kongsikan disini untuk menambahkan pengetahuan orang ramai mengenai perkara ini.

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta'til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

Semoga ini dapat menjadi panduan kepada para pembaca untuk mengenalpasti dan mengklasifikasikan jenis jenis sihir dan fungsinya.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Nov 3, 2011

Isu Seksualiti: Fakta Perlu Diketahui

Kebelakangan ini terlalu banyak benci membenci berlaku di negara ini. Terutama sekali apabila membicarakan mengenai isu kebebasan hak individu di dalam orientasi seksual segelintir penduduk Malaysia.

Isu yang hangat menjadi buah topik perbualan: Seksualiti Merdeka ( klik di sini http://bit.ly/u4ac1j )
Komen komen yang dilontarkan oleh para ulama, ahli politik, penganut berbilang agama dan kelompok mereka yang berlainan orientasi seksual mereka, berbaur kebencian dan bertelagah diantara satu sama lain. Satu pihak menyentuh pasal agama, satu pihak menyentuh pasal hak asasi manusia dan ada juga yang terlalu ekstrim sehingga mempersoalkan kewujudan Tuhan.

Tidakkah sedih melihat ini semua berlaku?

Sebagai seorang Muslim, saya sedih melihat pertelagahan ini berlaku. Masing masing berkeras kepala, terlalu ekstrim, sehingga mengugut sana sini dan tidak melihat sesuatu isu dari berbagai aspek. Lebih teruk apabila isu tersebut dipolitikkan.

Saya berfikiran isu ini boleh diselesaikan apabila kita semua berfikiran secara terbuka, bertoleransi dan berdiskusi.

Bahagian selepas ini agak boring sikit, tapi saya ringkaskan.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa Malaysia adalah negara Islam, mari kita lihat apa Perlembagaan Malaysia Perkara 3 (1) kata:

3(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dan mari kita lihat pula kes Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988). Keputusan diberikan sebulat suara dan dibacakan oleh Tun Salleh Abas. Dia menyebut:

"However, we have to set aside our personal feelings because the law in this country is still what it is today, secular law, where morality not accepted by the law is not enjoying the status of law."

Dan juga:

"Until the law and the system is changed, we have no choice but to proceed as we are doing today".

Ada percanggahan disini mengenai status Malaysia sebagai negara Islam. Keputusan yang diberi dan kajian yang dilakukan lebih menyatakan bahawa Malaysia ialah negara sekular. Ini adalah perkara yang perlu diketahui kerana Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Kita harus ketahui fakta ini.

Malaysia juga adalah salah satu negara yang menandatangani Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Ini bermakna Hak Asasi Manusia adalah salah satu perkara yang kerajaan harus ambil kira didalam menangani isu ini.

Manakala dari sudut pandangan Islam pula, surah Al Araf didalam Al Quran ada menyebut:

And [We had sent] Lot when he said to his people, "Do you commit such immorality as no one has preceded you with from among the worlds? Indeed, you approach men with desire, instead of women. Rather, you are a transgressing people. - Al Quran ( 7:80 - 7:81 )

Terang terangan seksualiti songsang adalah haram dan tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Ya, kita semua mempunyai hak masing masing. Kita mempunyai agama dan kepercayaan masing masing. Tetapi janganlah kita melampaui batas sehingga mahu berjuang bermati matian untuk menegakkan apa yang salah disisi agama itu menjadi benar (ini saya stress kepada mereka yang beragama Islam).

Kebebasan untuk bersuara dan menggunakan laman web jangan disalahgunakan. Cukuplah sekadar anda sendiri tahu bahawa anda itu gay, lesbian, dan yang sewaktu dengannya. Ini menjadi satu isu apabila perlakuan sumbang dan tidak senonoh anda paparkan di laman web didalam bentuk video atau gambar. Klik disini http://bit.ly/sdZ9Ql untuk melihat isu yang dikupas oleh Mazidul Akmal Sidik mengenai aktiviti Sherita Aziz.

Bagi saudara Islam saya yang turut bersama mengambil serius mengenai isu ini, saya sarankan agar janganlah kita mengugut, memaksa atau membuli kelompok minoriti ini. Fahami mereka dan kehidupan mereka, mengapa mereka memilih jalan hidup tersebut. Islam adalah agama yang indah, jangan disebabkan perasaan amarah dan ekstrim agama kita dipandang membebankan, paksaan dan agama yang menyokong keganasan.

Firman Allah SWT didalam surah An Nahl (16:125) -

"Invite to the way of your Lord with wisdom (hikmah) and beautiful preaching and argue with them in ways that are best."

As for me, I still stand by my own words which I have said in my previous entry here http://bit.ly/sCiMb1
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan aman.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Menghalau Gangguan Entiti Dirumah (D.I.Y)

Kadangkala aku tak mempunyai idea untuk menulis didalam blog ni. Sesetengah penulis blog mungkin mempunyai masa dan cerita yang menarik untuk ditulis, tetapi aku tidak mempunyai peluang sebegitu.

Kalau aku fikirkan menarik, aku tulis dan kongsikan bersama. Aku lebih selesa menulis blog menggunakan telefon Blackberry ni. Mudah, cepat dan ringkas.

Kali ini aku cuma nak berkongsi sesuatu ilmu yang mudah dengan para pembaca yang sudi mengunjungi blog picisan aku. Mungkin berguna di kemudian hari jika ianya diperlukan. Tidak perlu membayar apa apa mahupun mengamalkan sebarang bacaan, sesiapa pun boleh buat.

Katakanlah rumah anda, saudara mara atau sahabat didakwa berlaku gangguan makhluk halus setelah ditinggalkan selama beberapa hari: apa yang sepatutnya dibuat? Nak menunggu perawat sampai, mungkin mengambil masa. Sementara itu, anak bini dah ketakutan diganggu. Tidur malam tak selesa, asyik diganggu.

Stress. Tension.

Tak tahu nak buat apa? Simple aje. Do it yourself.

1. Pergi ambil wudhuk

2. Berdiri di tengah tengah rumah, menghadap kiblat.

3. Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim, selawat Nabi sebanyak tiga kali dan bacaan surah Al Fatihah.

4. Laungkan azan sekuat mungkin agar boleh didengar seisi rumah.

5. Amalkan membaca surah Al Baqarah dari mula sehingga habis.

6. Lakukan selama 7 hari berturut turut dan habiskan membaca surah Al Baqarah.

Itu sahaja. Mudah mudahan dengan keizinan Nya masalah yang dihadapi akan selesai. Ini boleh dilakukan ketika waktu kecemasan, seperti First Aid Kit. Jikalau masih lagi berterusan, sila hubungi mana mana perawat yang ada untuk bantuan selanjutnya yang lebih terperinci.

Boleh juga menggunakan minyak wangi Kasturi Syifa yang telah diaurakan dengan bacaan Al Quran sebanyak 30 kali sebagai langkah tambahan. Kru 666 kami juga menggunakan minyak wangi ini didalam setiap tinjauan paranormal ( klik di sini http://bit.ly/sUjk64 ). Sila hubungi Puan Lin 012 6277 300 untuk mendapatkan bekalan minyak wangi.

Apa yang baik, kita kongsikan bersama. Tapi jangan la seperti rumah dibawah ini.

Banglo berkembar hak milik kekal. Siapa mahu?

Oct 26, 2011

Saya Islam Tapi Saya Gay!

"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?

Hampeh.


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Oct 25, 2011

Didalam Keranda 152

Tidak ramai yang mengetahui, tetapi hati ini kerapkali sayu. Maaf, mungkin perkataan 'sayu' itu tidak dapat memberikan gambaran sebenar perasaan yang terbuku di hati ini.

Mungkin ayat sayu DAN pilu sesuai memberikan gambaran sebenar perasaan ini.

Bukanlah sayu kepada komplikasi didalam hidup yang tidak akan putus. Jauh sekali pilu kepada mainan hati dan perasaan terhadap kaum Hawa kurniaan Allah SWT.

Tatkala membuka laman sesawang sosial, biarpun laman Facebook, Twitter, Tumblr, Blogspot dan yang sewaktu dengannya hati ini seringkali terkecamuk.

Izinkan diri ku yang serba kekurangan ini memetik satu rangkap daripada seorang hamba Allah di laman Facebook.

"nApeW la aWi niE paNaz Sgt?? ItteW nK g MamAm naCik pOwn x sNg."

Terjemahan bagi mereka yang tidak dapat merungkaikan maksud ingin disampaikan:

"Kenapa la hari ini panas sangat?? Kita nak pergi makan nasi pun tak senang".

Robek jiwaku tiap kali melihat bahasa ibunda yang indah dinodai sebegitu rupa. Perkara sebegini dipandang enteng, diambil mudah. Generasi Y menggelarkannya sebagai trend terkini, dilihat pada pandangan matanya seperti cantik dan lebih menarik dibaca orang lain.

Virus ini kian merebak pabila ianya dibiar berlanjutan. Bagai kuman didalam otak, memakan diri sedikit demi sedikit.

Ambil masa sejenak untuk menghayati pesanan dari Allahyarham Usman Awang didalam nukilannya Keranda 152.

Keranda 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

-Usman awang-
Tahun 1967

Maju kita dari segi teknologi. Tetapi majukah kita dari segi mentaliti?

Di manakah darjat bahasa Melayu?

Adakah masih didalam keranda?


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Oct 24, 2011

Pasal Apa Tarak Bagi Dia Makan Megi?

Awal pagi. Pukul 5.41 pagi. Hujan sepoi sepoi bahasa. Aku duduk menghisap rokok Dunhill merah sambil menikmati titisan hujan yang dibawa oleh deruan angin yang membasahi kulit wajahku.

Mataku terpaku pada satu objek tidak jauh daripada ku. Lebih kurang 50 meter dari tingkap bilik ku sendiri. Sudah lebih 15 minit aku memerhatikan objek tersebut. Walaupun sudah berpuluh ribu kali aku saksikan perkara yang sama, tetapi aku tetap suka melihatnya tiap kali ianya berlaku.

"Tut tuuutttt!!" Masuk satu message BBM dihantar oleh sahabatku sekaligus menghentikan fokus ku kepada objek tersebut.

Sambil membalas pesanan BBM rakan, mataku sekali sekala tidak lekang daripada menjeling kearah objek tersebut. Aku tidak mahu terlepas daripada melihat perkara yang aku tidak pernah lihat seumur hidupku!

Aku menekan butang 'send' di keypad. Aku menoleh semula, objek tersebut masih ada lagi disana dan tidak berganjak.

Legaaa..aku menarik semula asap Dunhill. Asap biru berkepul - kepul.

Angin pagi sudah mula berhenti digantikan dengan embun pagi. Maka jelaslah penglihatanku terhadap objek tersebut. Tidak seperti tadi, samar - samar kelihatan, mengaburi pengamatanku.

Jelas dapat kulihat satu susuk tubuh yang putih dan kaburan putih sedang duduk mencangkung di hadapan satu tokong Cina. Di hadapannya terletak berbagai jenis buah seperti buah oren, epal dan nenas. Terdapat 3 batang colok yang telah dinyalakan di hadapan buah - buahan tersebut. Matanya terbuntang luas tanpa berkelip melihat makanan yang dihidangkan diatas para tokong tersebut.

Flashback.

Masa kecik, pernah aku bertanya kepada keluarga Cina yang menetap dihadapan rumah nenek ku.

"Nyonya, apa pasal letak buah sama bakar lilin (colok) depan ini rumah kecik? Kasi makan kucing ka?"

"Aiyaa adik. Ini mau kasi makan nyonya punya atok nenek maaa. Nanti dia olang balik mesti cali makan."

"Apa macam dia sudah mati mau makan? Dia gigit ka? Kasi la makan megi baru dia kenyang!"

"Mana nyonya tau. Bukan bole nampak dia makan. Ini agama Cina maa. Kita musti pecaya sama agama."

End of flashback.

Tiap kali melihatkan fenomena ini berlaku, babak perbualan nyonya ini akan sentiasa aku ingat hingga ke hari ini. Tidak akan aku lupa perbualan tersebut. Pabila sudah besar dan dikurniakan Allah SWT untuk melihat perkara seperti ini, barulah aku faham bagaimana roh ini 'makan'.

Pengamatanku, roh - roh ini akan duduk mencangkung dihadapan makanan yang dihidangkan. Mereka akan serap segala zat yang ada didalam makanan tersebut secara batin. Bagi mereka yang pertama kali melihat kejadian seperti ini, memang agak menyeramkan tetapi menarik untuk dilihat.

Mengikut kajian sains, memang terdapat cas elektrik didalam makanan. Roh roh ini akan menyerap cas elektrik didalam makanan ini kedalam mereka. Harus diingat bahawa roh terdiri daripada neutron dan elektron. Hasilnya, makanan tersebut akan hilang separuh daripada rasa asal mereka.

Mana aku tahu? Kerana aku pernah cuba makan sebiji epal yang diambil daripada tokong rumah nyonya berkenaan. Memang rasanya kosong dan tawar. Maklumlah, masa tu kecik lagi, mana tau benda benda sebegini.

Tapi agak menarik kerana kepercayaan kaum Cina juga menyuruh mereka mempercayai kewujudan makhluk alam ghaib. Wujudnya tanda pertanyaan apabila umat Islam sendiri ramai tidak mempercayai kewujudan alam ghaib itu sendiri, walhal sudah termaktub didalam Rukun Iman.

Sedang aku leka menaip entry ini, aku menoleh semula kearah objek tersebut. Roh itu telah hilang. Sebenarnya aku teringin melihat bagaimana mereka memunculkan diri dan menghilangkan diri.
Mungkin belum rezeki aku lagi untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Wallahualam.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Oct 17, 2011

Mana Mak?

Ketika sedang merehatkan badan dirumah, saya menerima satu email yang dihantar oleh seorang sahabat.
Saya copy paste kan semula untuk tatapan dan bacaan anda semua yang mengunjungi blog saya disini. Semoga dapat kita mengambil iktibar daripadanya.

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, "Entah."
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Hargailah ibubapa anda sewaktu mereka masih lagi ada di dunia ini.

Salam.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Oct 5, 2011

Di Sebalik Tabir

Kadang kala ramai yang melihat mempunyai anugerah untuk menolong dan mengubat orang ni sesuatu yang sangat menarik, cool mahupun awesome.

"Weh, aku dengar kau tolong si Bedah tu buangkan saka tak elok dia. Gila gempak! Aku tak tau pun kau boleh mengubat orang. Mana kau belajar? Ajar aku boleh? Nampak macam awesome gila dan senang"

Masyarakat memikirkan kerja perubatan ini adalah sesuatu perkara yang mudah dan simple: orang minta tolong, pergi rumah pesakit, ubatkan, dan selesai.

Tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan.

Meskipun sudah bertahun berkecimpung didalam bidang perubatan tradisional ini, bermacam macam halangan dan rintangan terpaksa dihadapi setiap hari. Tanpa mengira waktu, tempat dan situasi. Kadangkala ada yang zahir, kadangkala ada yang tidak.

Ramai yang tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku disebalik tabir hidup sebagai seorang perawat tradisional ini. Meskipun ada ritual seperti solat 5 waktu, solat sunat, solat malam, doa doa, zikir zikir yang perlu diamalkan, perkara lain juga harus diambil kira apabila seseorang individu itu mengambil keputusan untuk menjadi seorang perawat. Perkara yang tidak diketahui orang ramai.

Perkara asas didalam ilmu agama Islam perlu dipelajari, dikukuhkan dan dipraktikkan sebelum menjadi seorang perawat. Ini adalah untuk mengingatkan anak murid supaya tidak riak, sombong, bongkak, tidak lupa pada ajaran Islam dan tidak lupa bahawa Allah SWT itu yang Maha Berkuasa.
Setiap anak murid wajib mempelajari dan mengkaji kitab Al Quran tersebut, beserta maksud setiap surah dan hadis. Tidak bermakna sesuatu ayat itu dibaca untuk tujuan perubatan walaupun sepotong jikalau maksudnya tidak dimengertikan. Setiap anak murid harus tahu potongan ayat mana harus digunakan untuk setiap satu masalah atau penyakit. Didalam sesetengah kes, anak murid perlu menyusun dan membina ayat Ruqyah tersendiri.

Setiap kes yang ada harus diteliti dengan terperinci. Apa sebenarnya yang berlaku, apa perlu dibaca, apa perlu dilakukan, apa perlu disediakan, cost and effect, keselamatan keluarga pesakit, keadaan persekitaran, dan lain lain lagi. Tidak boleh digunakan cara yang sama untuk setiap masalah dan penyakit.

Keselamatan diri sendiri dan keluarga juga harus dijaga apabila mula menjadi seorang perawat. Tidak guna apabila kita menjaga keselamatan dan menolong orang jika keluarga dirumah diabaikan. Itu adalah salah satu tanggungjawab utama dalam Islam. Ramai yang akan hasad dengki, ramai akan mahu test power, malahan bomoh dan pawang yang dicantas akan retaliate semula keatas keluarga jika mereka tidak berpuas hati.

Saya akui bahawa ada juga kenalan dan sahabat saya yang telah menjadi korban apabila berkecimpung didalam bidang perubatan ini.

Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah dan keluarga saya terjaga dan tidak pernah menjadi korban didalam bidang yang saya minati ini. Ini adalah kerana saya percaya hanya Allah SWT sahaja mampu melindungi saya.

Proses menjadi seorang perawat adalah perkara yang bukan mudah. Tanggungjawab menjadi seorang perawat, adalah amat besar.

Bak kata Spiderman, "With great power comes great responsibility"

WAJIB diingat, niat untuk menolong orang haruslah ikhlas dan bukan berdasarkan wang ringgit mahupun glamor. Ilmu yang diberi oleh Tuhan, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk menolong dengan ikhlas dengan nama Allah.

Kalau nak diceritakan semua perkara yang berlaku disebalik tabir hidup seorang perawat, setahun pun tak habis.

Lain hari lah kita sambung.

Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Oct 2, 2011

Kehulu Kehilir Tapi Hasilnya Takdak!

"Betul bang. Dah lebih kurang setahun saya ulang - alik membawa anak saya ke tempat tersebut untuk rawatan" jelas Zaini kepada saya.

"Takkan rawatan mengambil masa sampai setahun? Paling kuat pun 3 - 7 bulan" jawab saya.

"Entahlah bang. Kalau makin pulih, saya tak kisah. Ni tak ada perubahan pun saya lihat pada anak saya tu" keluhnya sambil menggaru kepala.

Zaini, 41 tahun, salah seorang kenalan saya sewaktu kami bersama bekerja di Maxis KLCC beberapa tahun lalu. Dia mempunyai 3 orang anak perempuan yang masih lagi kecil. Tetapi salah seorang daripadanya iaitu yang paling tua berumur 13 tahun menghidap masalah saka yang tidak elok.

"Si kakaknya tu dah menghadapi masalah saka tu sejak umur 11 tahun lagi. Mula mula saya tak peduli sangat sebab saya tak percaya sangat benda - benda camni. Tapi bila dah start jadi benda macam - macam kat rumah, saya mula la percaya".

Sahabat saya si Zaini memang begini orangnya. Dibesarkan di bandar, dia kurang mendapat pendedahan mengenai perkara mistik & ghaib seperti ini.

"Dirumah kakaknya asyik duduk seorangan dalam bilik, bercakap seorang diri, lepas tu waktu azan maghrib aje dia menjerit seperti histeria. Kakaknya dah 2 bulan saya tak hantar ke sekolah kerana kalau pergi sekolah je, rakan - rakan sekelasnya mesti diganggu atau disampuk" jelas sahabat saya itu lagi.

"Abang bayangkan, pernah satu pagi saya kejutkan kakaknya untuk ke sekolah, dia mengamuk dan tendang saya sampai melekat di pintu. Masuk akal tak kalau budak umur 13 tahun yang kecil susuk tubuhnya ada kekuatan sebegitu?"

"Dah anak kau kuat macam Superman, kau melekat kat dinding macam Spiderman. Apa nak heran?" Saya berseloroh.

"Ahh abang ni buat lawak pulak" gelak si Zaini.

Saya difahamkan Zaini telah membawa anak perempuan sulungnya itu ke beberapa pusat rawatan Islam yang ternama dan tersohor di tanahair sejak setahun yang lalu. Tetapi semuanya tidak membuahkan hasil langsung.

"Tu yang saya tak faham, bang. Pusat rawatan Islam yang saya pergi tu semuanya ternama, ramai kata yang bagus. Tapi kes seperti anak saya ni tiada perubahan dan mengambil masa yang lama sangat. Pergi sekali, anak saya tu akan okay dalam seminggu. Bila jadi balik, terpaksa ke pusat rawatan semula. Bila saya tanya berapa lama nak kena ulang alik seperti ini? Jawabnya: sehingga anak encik baik dan pulih. Kalau abang jadi saya, apa perasaan abang masa tu? Saya redha aje la bang" luah Zaini dengan perasaan yang sebak.

Kalau saya pun, saya mengaku saya akan kecewa dan marah tetapi redha aje lah kerana itu dah ujian dari Tuhan.

"Tiap kali pergi, diorang bagi benda yang sama: air untuk minum dan mandi" sambung Zaini lagi. "Seminggu lepas mandi, jadi balik. Pergi kesana balik, benda yang sama dia repeat cycle semula. Bila nak habis?"

"Disebabkan selalu ulang alik, saya sampai dah kenal beberapa keluarga lain yang menghadapi masalah yang sama. Mereka semuanya terpaksa berulang alik untuk mendapatkan rawatan susulan. Ada yang terpaksa menunggu dari jam 7 pagi sampai ke petang baru dapat terima rawatan kerana terlalu ramai manusia yang inginkan perkhidmatan ustaz ustaz tersebut" jelasnya lagi.

"Kalau pesakit bertambah baik dan ada improvement, kami tak kisah kalau terpaksa ulang alik 47 kali pun, walau harus beratur sejak pukul 7 pagi sampai ke petang. Tapi improvement pun takdak, penat ulang alik je lebih. Padahal pusat rawatan Islam tersebut dikatakan antara yang terbaik, tetapi semuanya sama je yang saya dah pergi. Macamana bang?"

Sabar ajelah Zaini. Cerita pun panjang, air teh aku pun dah habis segelas. Berehat seketika sambil aku order air teh segelas lagi sebelum kita sambung cerita dan aku perjelaskan mengapa ianya berlaku.


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Aug 18, 2011

Jin Makan Sup Tulang

Persepsi masyarakat melayu umum: "Jangan hisap rokok woi, asap tu makanan jin!". Ayat yang selalu kita dengar diucapkan oleh sahabat sahabat kita yang tidak menghisap rokok. Bila ditanya mengapa, jawabnya: "Kan ustaz dan ulamak semua kata jin makan asap, terutama asap kemenyan. Kau tak tahu ilmu agama ke?"

Ungkapan ayat sebegini yang menunjukkan betapa rendahnya mentaliti serta ilmu pengetahuan sebilangan besar manusia, justeru juga menaikkan darah aku dalam kadar yang cepat. Tetapi ianya juga menimbulkan kesedihan didalam diri aku. Manusia manusia yang diberi gelaran 'ustaz' dan 'ulama' ini semua tak kaji ke Al Quran serta hadis hadis yang ada sebelum mengatakan bahawa asap itu adalah makanan jin? Sedih aku melihatnya.

Apa yang dinyatakan mengenai jin dan pemakanan mereka? Kita rujuk semula kepada hadis yang ada. Contoh, shahih Al Bukhari mengenai salah satu hadisnya. Dipendekkan cerita didalam bahasa pasar: Nabi Muhammad SAW nak buang air besar, si Abu Hurairah bawakan batu, tulang serta kotoran haiwan pada Baginda tapi dia cuma mengambil batu. Kata Baginda: "Huma min thaamil jin (keduanya adalah makanan jin)".

Jin pun boring jugak makan tulang dengan najis. Jin pun ada makan pizza, nasi ayam, kari kepala ikan dan yang sewaktu dengannya. Ini adalah kerana: "Siapa yang makan dengan tangan kirinya, maka setan akan makan bersamanya" Hadis riwayat Imam Ahmad. Sebab tu nak makan, kita diajar supaya membaca Bismillah (dengan nama Allah) dan membaca doa makan! Ingat suka suka ye baca bismillah tu?

Bila sampai disini hujahku yang bertulang belakangkan hadis dan fakta yang soheh, orang selalu bertanya: "Habis tu asap kemenyan tu makanan jin kan? Sebab banyak dukun dan bomoh pakai asap kemenyan".

Allah SWT memberikan kita akal dan fikiran. Gunakanlah dengan sebaiknya. Sebelum membuat dakwaan sebegitu, kajilah sejarah, kajilah tamadun Islam sedunia, telaah sifat dan cara hidup Muhammad SAW. Jikalau kita hidup hanya mendengar dan mengikut seperti lembu diikat tali memanglah tak kemana hidup ni. Luaskan pemahaman dan pembelajaran kita, jangan hadkan hanya di dalam negara dan adat kita sahaja. Knowledge is power!

Adakah anda semua tahu bahawa Nabi Muhammad menggemari bau kemenyan? Ya, dicatat didalam mana mana sejarah kehidupan Muhammad bahawa Baginda menggemari bau bauan seperti kemenyan, kayu gaharu dan pembakaran bahan dupaan. Malah, Baginda mewariskan kegemarannya itu kepada para sahabat turun temurun. Sebab itu upacara membakar kemenyan masih lagi diadakan di tanah arab dan juga indonesia. Contoh? Di makam makam wali Islam selalu dibakar kemenyan dengan tujuan untuk kewangian. Upacara Islamik iaitu doa sembah bumi yang dikhususkan penggunaan ayat Al Quran juga menggunakan bauan kemenyan sebagai pewangi.

Tak payah tengok jauh la. Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pun ada ramai peniaga yang menjual kemenyan dan tempat pedupaan serta kayu gaharu. Diorang tak kecoh pasal syirik pun.

Persoalan: Kenapa Nabi Muhammad memilih kemenyan dan bau bauan begitu? Dan bila Baginda menggunakannya?

Bukalah buku sejarah. Baginda suka membakar kemenyan ketika ada kematian, majlis keramaian ataupun ketika Baginda sedang duduk berehat bersama sahabat. Kenapa? Sebab tanah Arab panas berdebu berpasir, orang Arab banyak berpeluh dan berbau maka mereka suka bau bauan. Nak mandi 4-5 kali sehari, air adalah sumber yang berharga disana waktu itu. Salah satu sebab mengapa Baginda kata jangan membazir air, sebab disana air susah nak dapat.

Tak semua pawang atau bomoh yang menggunakan kemenyan itu mengamalkan ilmu syirik atau ilmu hitam. Jangan terlalu mudah dan cepat untuk melatah. Persoalan ini akan saya kupaskan di tampalan akan datang.

Kalau jin makan asap, sudah tentu banyak jin yang melekat kat ekzos kereta, corong asap kilang, tempat dapur dimana mak atau isteri anda memasak, dan tempat tempat yang mengeluarkan asap. Tak masuk akal kan kalau difikirkan secara logik?

Sekarang anda sudah tahu, sebarkan kepada sahabat sahabat lain agar persepsi dan tanggapan yang salah ini diperbetulkan. Kita sama sama manfaat.

Allah Maha Besar

Sent from my BlackBerry® Torch 9800 smartphone

Aug 7, 2011

Pengeras Ribuan Ringgit

Terasa ingin saya berkongsi sebuah cerita disini, mengenai salah seorang pesakit saya (nama samaran Fahmi) meluahkan perasaan terkejut apabila dia bertanyakan soalan mengenai pengeras kepada saya 3 bulan dahulu.

Fahmi: Berapa pengeras yang harus saya bayar kepada Encik Adam diatas pertolongan yang encik berikan kepada saya dan keluarga saya?

Saya: Tak banyak. Belanja saya makan pun sudah lebih daripada mencukupi.

Fahmi: Hah?? Biar betul? Belanja makan sahaja? Susah nak percaya ni, encik!

Betul lah tu, Fahmi. Saya nak menipu awak untuk apa?

Saya difahamkan bahawa sebelum ini Fahmi dan keluarganya telah banyak mencari pertolongan daripada pengubat pengubat tradisional lain selama sembilan tahun. Dia yang dahulunya seorang millionaire berumah banglo mewah kini terpaksa menetap di flet perumahan kos rendah.

"Betul Encik Adam, saya dah beratus ribu ringgit berhabis untuk mengubatkan isteri saya kerana penyakit misteri. Segala doktor pakar kulit saya dah jumpa. Semua tak dapat mengesan apa punca penyakit dia. Saya cuba berubat kampung, dimana ada pengubat handal saya bawak bini saya. Masa tu duit banyak jadi wang tak menjadi masalah".

Sambungnya, "Ada satu pengubat di Kedah meminta saya membayarnya RM25,000 untuk cuba mengubati bini saya. Duit banyak dan isteri sakit punya pasal, saya pun bayar lah. Sakitnya tak hilang, makin teruk adalah. Duit pun burn".

Sebenarnya perkara perkara seperti ini telah banyak saya dengar daripada kebanyakan mulut pesakit pesakit saya. Ini bukan yang pertama dan sudah tentunya bukan yang terakhir saya dengar mengenai perkara ini.

Masyarakat yang tidak tahu menahu mengenai perkara perkara seperti ini selalu tertipu dengan pengubat pengubat seperti ini. Harus difahamkan disini bahawa banyak pengubat yang auta dan memakan duit sehingga ratusan ribu ringgit. Terdesak dengan keadaan yang kritikal, pesakit akan membayar dan memenuhi syarat syarat yang ditetapkan oleh pengubat penipu seperti ini.

Ilmu yang diberikan oleh Allah SWT ini adalah satu kelebihan yang harus digunakan untuk tujuan yang baik. Tidak sepatutnya digunakan untuk menipu atau mengaut keuntungan. Setiap perbuatan atau pertolongan yang ikhlas akan diberikan ganjaran yang lebih oleh Allah SWT, walau sebesar zarah pun. Yang penting, niat kita untuk membantu.

Jikalau pesakit mampu dan memberi sedikit wang atau makanan, terima sahaja. Jikalau pesakit tidak mampu, jangan meminta apa apa.

Bayangkan, bagaimana jika sebuah keluarga yang miskin dan daif diminta membayar upah yang melampau lampau? Bukankah itu sudah menjadi satu bebanan yang berlebihan kepada mereka?

Minggu lepas Fahmi menelefon saya. Katanya isteri dia sudah beransur pulih sikit demi sikit selepas sembilan tahun merana. Alhamdulillah. Bukan untuk membongkak, tetapi itupun saya meminta bayaran makan megi goreng sepinggan dan menanggung kos perbelanjaan saya kesana kerana Fahmi mampu menanggungnya.

Allah Maha Besar, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Sent from my BlackBerry® Torch 9800 smartphone

Jul 23, 2011

Ilmu Pelaris


Salah seorang sahabat bertanya kepada saya sewaktu kami sedang duduk menikmati minuman petang.

"Bro, kau rasa kedai ni ada menggunakan pelaris tak?"

Saya hanya melihat kawasan kedai dan menggelengkan kepala. Ternyata sahabat saya ini agak fobia dengan kedai kedai makan yang menggunakan pelaris.

Hakikatnya, kebanyakan kedai makan memang menggunakan ilmu pelaris. Tetapi harus saya nyatakan disini bahawa tidak semua ilmu pelaris itu bercanggah dengan ajaran Islam. Ada juga ayat ayat di dalam Al Quran itu boleh digunakan untuk tujuan melariskan sesuatu perniagaan dan membuat makanan menjadi sedap.

Amalan menggunakan pelaris ini sudah lama dipraktikkan oleh orang zaman dahulu kala. Cuma bezanya ialah orang dahulu tidak berapa mengendahkan sama ada ilmu tersebut baik ataupun tidak. Mereka mungkin kurang berpengetahuan didalam perkara perkara sebegitu. Maka ia terpulang pada kita untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Seorang lagi rakan bertanyakan kepada saya: "Bagaimana kita nak tahu bahawa sesuatu kedai tersebut menggunakan ilmu pelaris yang tidak elok?".

Ikutlah apa yang telah diajarkan oleh Nabi dan ajaran Al Quran. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan bacalah doa makan sebelum menjamu selera. Insya Allah kita akan dilindungi oleh Nya.


Sent from my BlackBerry® Bold 3 (9780) smartphone

Mar 9, 2011

Lumrah Kehidupan

Selalu orang bertanya pada aku, "kenapa perkara buruk seperti dengki mendengki, hasut menghasut, sihir dan sebagainya selalu terjadi pada orang yang baik?". Setiap kali aku berubat, sudah tentu aku akan diajukan soalan seperti ini.

Dengki mendengki ni merangkumi pelbagai perkara, aspek topik ini memang meluas! Tetapi selalunya perkara ini terjadi dikalangan kaum Melayu itu sendiri. Sedih tetapi benar. Ada yang dengki terhadap kejayaan seseorang didalam perniagaan, dengki terhadap kebahagiaan rumahtangga dan perhubungan orang, dan berbagai bagai lagi.

Apabila perasaan hasat dengki menguasai diri, maka bermulalah episod fitnah memfitnah, boikot, dan juga sihir menyihir. Kesannya, perniagaan akan hancur, mangsa akan sakit sakit dan tidak keruan, rumahtangga porak peranda dan yang sewaktu dengannya.

Adakah puas hati mereka apabila melihat kaum sendiri disakiti? Adakah terlunas nafsu mereka melihat penderitaan yang dialami mangsa akibat sifat jahanam mereka? Tidakkan mereka terfikir bahawa suatu hari nanti perbuatan terkutuk mereka ini akan dihitung dan dihukum oleh Allah SWT?

Memang tidak diketahui mengapa manusia mempunyai sifat busuk sebegitu. Tiada sesiapa yang sempurna, tetapi tidakkan memadai kita sebagai umat Islam mendoakan yang terbaik bagi orang lain walaupun bukannya daripada kaum dan agama kita sendiri?

Agaknya memang dah begitu lumrah manusia. Renungkanlah.


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

Mar 7, 2011

Gangguan Di Malam Hari

Aku nak perjelaskan disini mengenai satu gangguan yang sering dialami oleh majoriti manusia baik tidak mengira bangsa mahupun agama.

Pernah tak korang merasa seperti badan dihempap sewaktu tidur? Rasa tak boleh nak bercakap, susah bernafas, kesukaran untuk bergerak dan sebagainya? Kalau pernah, sambung baca.

Sukar untuk diperjelaskan disini sama ada itu adalah gangguan makhluk halus ataupun tidak. Aku tak pernah suka untuk bagi kata putus bahawa "kau ni sebenarnya dah kena gangguan makhluk halus!". Aku lebih suka 'debunk' segala apa yang berkaitan dengan benda benda sebegitu.

Kebanyakannya, manusia yang mengalami kejadian sebegitu melalui satu proses yang dinamakan sebagai 'somnambullisme' ataupun didalam istilah melayu, 'mengigau'.

Apabila seseorang tu terjaga secara mengejut, sistem saraf dan otak tidak akan 100% berhubung dan function semula. Maka tubuh badan tidak dapat berfungsi seperti biasa dan akan menimbulkan perasaan takut dan fobia kepada mangsa.

Jadi jangan lah terlalu cepat melatah pabila anda terasa seperti dihempap sesuatu ketika tidur malam. Seeloknya anda harus relax, ambik nafas dalam dalam dan cuba untuk bergerak perlahan lahan supaya badan dapat berfungsi secara normal.

Jikalau nak mengatakan betul betul terjadinya gangguan makhluk halus, ada sesetengah kriteria yang harus dipertimbangkan sebelum seseorang itu sahih diganggu makhluk halus.

Harap harap artikel yang pendek dan remeh temeh ini dapat membantu merungkaikan persoalan di benak fikiran anda.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone