Jan 3, 2012

Wujudkah Hantu?

Baru baru ini soalan yang sama diajukan kepada saya untuk entah keberapa ratus kali:

"Wujud ke hantu ni bang? Kalau wujud, kenapa saya tak pernah nampak pun?"

Tatkala ditanyakan soalan sebegini, terus terang saya nyatakan disini saya hanya mampu tersengih dan menggelengkan kepala. Lebih lebih lagi jikalau yang bertanya itu adalah seorang manusia beragama Islam. Tetapi pengalaman telah banyak mengajar saya untuk bersabar menghadapi soalan sebegini.

"Kenapa? Kau tak percaya ke hantu ni ada?" Seperti mengikut skrip dialog, soalan sama akan saya ajukan semula kepada sang penyoal, walaupun seribu orang datang bertanya.

"Sekarang kan zaman moden, bang. Mana la ada hantu hantu ni semua. Itulah dia orang melayu, masih lagi mempercayai benda benda tahyul camni. Hantu la, sihir la, jin la, camne masyarakat melayu nak maju?"

 "Jadi kau perlu melihat hantu hantu serta makluk ghaib ini dengan mata kasar untuk mempercayainya?" Soal aku kepadanya.

"Yes bro, because seeing is believing!"

Maka saya menyuruhnya menyenaraikan kesemua Rukun Iman. Tergagap gagap juga dia menjawab. Di sini saya senaraikan keenam enam rukun iman tersebut.

Rukun Iman:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi Nabi dan Rasul Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada dan Qadr
Bagi seorang Muslim, wajib bagi kita mempercayai Rukun Iman dan termasuk juga Rukun Islam. Itu adalah asas kepada pegangan hidup seorang Muslim. Salah satu daripadanya ialah percaya kepada malaikat. Kita percaya kepada malaikat, bererti kita juga diwajibkan percaya kepada perkara perkara ghaib seperti malaikat, jin dan makhluk halus.

Ada malam, ada siang. Ada kebaikan, ada kejahatan. Ada lelaki, ada perempuan. Ada positif, ada negatif. Ada normal matter, ada Dark Matter. Ada malaikat, ada jin. Kesemuanya berpasangan, baru ada balance dalam dunia. 

"Mengapa kau melakukan solat 5 kali sehari?" Tanya saya kepada sang penyoal.

"Kerana Allah mewajibkan kita untuk melakukan solat 5 waktu. Kalau tak, kita akan berdosa dan Allah akan memasukkan kita ke dalam neraka" Jawabnya.

"Aku musykil, kau tak pernah melihat Tuhan tapi kau takut pada Nya dan patuh kepada arahan Nya. Mengapa? Bukankah 'seeing is believing' ?"

Dia mendiamkan diri.

"Kau tak pernah melihat hantu maka kau tak mempercayainya. Tapi kau tak pernah melihat Tuhan dan masih mempercayai kewujudan Nya. Mengapa? "

"Jikalau kau hendak mengatakan bahawa kewujudan hantu atau makhluk halus di zaman yang moden dan serba canggih ini tidak relevan, maka secara tidak langsungnya kau mengatakan bahawa apa yang diajar di dalam rukun iman itu adalah tidak relevan. Apabila salah satu daripada rukun iman kau tidak patuh dan percaya, maka tidak sempurnalah rukun iman kau. Tetapi itu adalah pandangan daripada sudut agama."

"Apabila kita melihat daripada sudut pandangan saintifik pula, telah banyak bukti mengenai kewujudan makhluk halus, atau mengikut istilah masyarakat melayu itu ialah 'hantu', telah terbukti dan berjaya dirakamkan di seluruh dunia menggunakan teknologi yang ada pada zaman sekarang."


Contohnya seperti orbs yang dikaitkan dengan kehadiran entiti.

Gambar orbs di Highland Towers


Gambar ectoplasma (peringkat kedua selepas orbs)

Gambar diambil di Putrajaya

Dan juga beberapa bahan bukti lain yang lebih menarik seperti full bodied apparition, bunian, dan lain lain lagi dapat dirakamkan.


Gambar tangan saka



Entiti paranormal menyerupai haiwan



Entiti terbang di Highland Towers


Pintu ke alam bunian?


"Malahan kesemua peralatan yang digunakan di dalam usaha merungkai persoalan demi persoalan mengenai makhluk halus dan alam ghaib ini merupakan teknologi canggih pada masa kini. Contohnya seperti motion sensor, night vision camera, penyukat suhu, parabolic recorder, kamera pegun, dan sebagainya. Peralatan asas yang sama digunakan oleh setiap pengkaji paranormal di seluruh dunia."

Diantara peralatan basic yang digunakan:

Parabolic Recorder

Alat penyukat suhu

Camera sensor seperti digunakan dalam National Geographic

Night Vision Camera
*Kesemua gambar diambil daripada Kru Penyingkap Fakta 666 dan blog Bersama Mazidul

"Mengapa peralatan yang sama digunakan dan terbukti berkesan dan boleh diperjelaskan secara saintifik di setiap pelusuk dunia? Kerana alam ghaib dan makhluk halus ini wujud di seluruh dunia, walau dimana sekalipun. Bendanya sama, cuma nama je lain lain bro."

"Jikalau kita mengaplikasikan bukti dan penjelasan saintifik tersebut ke atas rukun iman yang ketiga, bukankah sudah terbukti apa yang ditulis di dalam Al Quran mengenai kewujudan makhluk halus dan jin itu benar? Contoh terbaik ialah Surah Al Jinn itu sendiri yang menceritakan mengenai kewujudan jinn dan makhlus halus. Surah Al-Quran itu diturunkan beratus tahun dahulu tetapi baru sekarang ianya dapat dibuktikan sedikit demi sedikit kebenaran setiap surah di dalam kitab Akhir Zaman itu."

"Pada pandangan aku intipati dalam agama itu akan sentiasa relevan sehingga akhir zaman, hanya ideologi dan cara hidup manusia yang membuatkan sesebuah agama itu berubah mengikut aliran susur masa. Asalkan kita sentiasa berpegang dan memahami asas ajaran agama, keimanan kita kepada Nya akan sentiasa teguh tidak bergoyah"

Dia hanya mengangguk tanpa berkata apa apa. Dibakarnya rokok John sebatang.

"Jadi kau masih lagi perlu melihat untuk percaya?"

"Oh, mengikut penjelasan kau dari sudut agama dan secara saintifik aku mula percaya sedikit demi sedikit. Tapi lebih mudah untuk percaya jikalau aku dapat melihatnya dengan mata kepala aku sendiri daripada melihat gambar."

"Begitu pulak? Setuju kah kau kalau aku mengeluarkan teori mengatakan kau tidak mempunyai otak?" Soal ku.

"Eh! Kenapa pulak??" Kelihatan dia agak terguris dengan kenyataan itu.

"Yelah, kau mendakwa kau mempunyai otak. Tetapi aku dan juga kau tidak pernah melihat otak kau dengan mata kepala aku sendiri, apatah lagi gambar otak kau. Jadi teori aku mengatakan kau tidak mempunyai otak itu, adakah ianya benar?"

"Ceh, kasar gurauannya tu bro. Kasar. Haha"

Kasar memandangkan kau degil dan keras kepala sangat. Bak kata M. Zain dalam cerita Seniman Bujang Lapok:


"Dia punya kepala, batu besar ada dalam duduk!"


Sekian.

2 comments:

zamie a.k.a az said...

genius bro...balik paku buah keras...:-)

anyss said...

Assalamualaikum,
Hu hu hu baru kena buku dan ruas