Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan

23 Apr 2013

Gambar Didakwa Syaitan Dalam Masjid

Baru baru ini saya lihat ramai yang menghebahkan sekeping gambar yang didakwa sebagai 'jin' atau 'syaitan' di dalam masjid. Tak kurang juga ada yang terlalu ekstrim hingga mengatakan ianya gambar 'malaikat maut'. Part terakhir tu yang paling kelakar sekali.

Disini saya kongsikan gambar yang dimaksudkan itu sekali lagi.








Inilah gambar 'hantu' yang dimaksudkan. Menurut apa yang aku dengar, dikatakan kita dapat melihat satu lembaga hitam besar sedang berdiri melihat seorang qariah masjid membaca Al Quran.

Seriusly.. apa benda ni? Walaupun telah diletakkan tiga batang anak panah untuk menunjukkan apa yang sepatutnya aku lihat, tapi aku tak nampak apa pun.

Mengikut pandangan aku, apa yang sedang aku lihat sekarang ialah sebatang tiang hitam di tepi mimbar. Boleh juga jadi stand untuk kipas dalam surau.

Kemudian posisi kamera yang nampak macam sengaja hendak merakamkan gambar tersebut supaya ianya nampak seperti satu lembaga hitam.

Pada pandangan aku, ini ialah sebatang tiang. Mungkin kipas. Mungkin apa apa sahaja. Asalkan ianya boleh disangkal, bagi aku ini bukan gambar paranormal.

Usah mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa sebagai 'hantu' atau 'paranormal'. Kaji dan singkap faktanya terlebih dahulu.

Sekian.


27 Mac 2013

Kisah Membuang Saka Seorang Imam (Part 3)

Kalau korang baru je baca mengenai kisah ini dan belum baca part sebelunya, boleh baca di link ini.

Mari kita habiskan kisah durjana ini.

Jadi keris yg dimatikan tu aku simpan elok elok. Itu dah jadi trump card aku melawan jembalang tanah tu. Kiranya dia dah takde tempat lagi utk bersantai dan charge energy sbb 'rumah' dia dah aku pagar.

Sedikit information kat sini utk korang. Jembalang tanah ni as u all dah tau by now ialah saka bro haji ni. Salah satu amalan utk menyimpan saka ni mengikut cara orang dulukala ialah 'menyimpan' jin / hantu / setan suruhan atau belaan mereka ni dalam barang lama yg melambangkan kekuatan dan sentiasa bersama mereka. Sebagai contoh ialah keris, lembing, tombak (bukan rancangan Tom Tom Bak kat Astro tue), cincin, pedang dan sebagainya.

Inilah yg dipanggil 'rumah' atau tempat 'persinggahan' makhluk belaan ini semua. Ada cara penjagaan yg tersendiri bagi setiap makhluk dan rumah mereka ini. Contoh, keris akan diperasap setiap sekali seminggu, dimandi limau, diberi bau-bauan spt minyak attar, dijampi, diseru dan sebagainya. Ini adalah tenaga bagi makhluk itu dan rumahnya. So sebab tulah aku bengang masa hantu pundek ni dok energize semula lepas dah kena pulun dari aku. Rupanya haji keris ni dipegang oleh seorang saudara haji ni dan diberi tenaga sekali seminggu. Menyirap darah aku bila aku dapat tau info ni. Takpe.. kerisnya dah aku pegang dan matikan. So jembalang tu memang dah takde chance nak re-energize balik dah. Kat bawah ni ada aku sertakan gambar keris tu sekali masa malam yg aku matikan tu. Korang sendiri la tgk. Aku dah puas tgk keris tu. Siap tido sebilik lagi dgn keris puaka tu sampai sekarang.


Keris Pusaka

Masih mempunyai kesan darah kering

Jadi timeline yg kitorang bagi sebelum buat closing utk haji ni adalah lebih kurang seminggu. Instructions dah diberi pada anak haji ni berkenaan apa yg perlu dibuat dgn barang barang yg aku bagi tu. So far diorang kata diorang dah buat semuanya. Alhamdulillah. Tujuan aku buat macam tu ialah utk tengok apa result yg akan terjadi lepas tu. Niat yg lain ialah utk balas dendam dan dera jembalang tue. Dera beb jangan tak dera.

Apa yg dia dera dan seksa keluarga haji tu, 10 kali lagi seksa aku counter balik. Itu belum Allah SWT punya seksa lagi pada dia. Allah SWT yg Maha Esa.. dia yg berkuasa di dunia dan di akhirat. Al maklum la, dia kan 'Big Chief'. Ilmu dan kuasa yg Dia beri pada aku ni pun dari dia.

Lepas 3-4 hari anak anak dia kata bro haji ni makin pulih, dah kurang meragam dan tak kecoh sangat. Kalau dia kecoh pun aku suruh diorg renjis air yg aku jampi tu. Kira mcm Holy Water versi Islam la tu. Apa, korang ingat org Kristian aje ke yg ada Holy Water? Islam pun ada la..

Satu lagi tips. Kalau korang taktau nak buat mcmana Holy Water Islam ni, dan tergagap gagap time terserempak dgn hantu pastu lupa segala mcm surah dan ayat suci Al Quran, korang ludah aje hantu tu 3 kali. Nanti lari la diorg tu. Setan ni sebenarnya amat takut dgn air liur manusia. Kalau korang tak percaya korang cuba la. Lain kali kalau nampak toyol, ludahkan aje kepala botak dia tu. Kalau ikut hati aku.. aku tendangkan aje. Bukan toyol tu boleh buat apa pun. Tapi jgn la korang tendang / ludah masa dia tgh relax and dok main main. Kurang ajar namanya tu. Buat time korang nampak dia nak mencuri aje. Eh..dah lari topik nie..sorry.

Jadi disebabkan jembalang tu dah takde tempat berteduh, nak lari sorok2 dalam rumah pun dah tak boleh (sebab aku dah pagar), dia merempat aje la dalam badan bro haji nie. Hantu tu dah lemah, makanan takde, siang malam dok kena tibai depan belakang kiri kanan, so as a last effort dia seksa la keluarga haji ni. Family dia tidor tak boleh, kena maki hamun, buat fitnah nak melaga - lagakan family haji ni, macam macam lagi la setan tu buat.

Kesian aku tgk family dia.. tapi aku cukup kagum dgn isteri bro haji ni. Tak kira apa yg setan tu buat kat dia, isteri dia tetap jaga bro haji ni siang dan malam. Tak ada dia mengeluh, takde dia putus asa, takde dia complain walau sikit pun. Setiap 5 minit bila haji tu suruh urut, dia urut. Suruh siap makanan, dia siapkan tapi haji tu tak makan. Suruh sapu minyak setiap lima minit, dia sapu tapi lepas tu haji tu suruh sapu lagi sebab nanti katanya "Bila kau sapu? Mana ada kau sapu?". Kena baling dgn bekas air kencing tu dah berapa kali dah, tapi dia sabar dan bersihkan. Selama aku tlg mengubatkan haji tu, tak pernah sekali dia menangis atau complain tak tahan dgn perangai haji tu. Padahal apa yg terjadi bukan salah isteri dia, tapi kesilapan haji tu sendiri. Isteri haji tu aku tengok banyak sabar, banyak berdoa dan sayang betul pada suami dia. Alhamdulillah.. bertuah bro haji tu dpt isteri sebegitu.

Susah nak cari bini mcm tu. Bukan aku nak kata semua kaum Hawa ni takleh jadi begitu.. memang boleh dan memang ada. Tapi tak ramai dan susah dicari. Bak kata kepala singa dalam citer kartun Lion King tu, "Diamond In The Rough"..

Wokeh.. sambung story. Lepas dengar citer dari anak anak haji ni yg haji makin ok dan banyak rest dan tido, aku dan mereka set date utk buat final cleansing, battle and closing. Lepas solat Zohor diorang datang jemput aku dirumah, dapat aku merasa makanan dirumah mereka. Rezeki beb, alhamdulillah. Sedap gak diorang masak rendang.. dah lama aku tak makan rendang. Rendang style kampung ni lain rasanya. Rendang yg kat bandar ni kebanyakannya datang daripada packet. Lain rasanya.

Ahhh... anyway. Time tengah makan tu aku tengok haji tu ada meragam sikit sikit. Aku pun gatal pegi bukak mata ketiga aku nak tengok benda tu. Nampak dia dok atas abang haji tu sambil buat muka seposen nak minta belas kesian, sebab taknak kena pukul lagi and kena buang. Padan muka kau.. aku tutup mata ketiga and sambung makan. Lagi best layan nasik dari layan jembalang tu. Huuhuu..kau tunggu.


Setelah barang barang utk start ritual cleansing dah siap prepare, proses pun dijalankan. Macam biasa, surah dan ayat suci seperti Al Fatihah dan selawat nabi dibaca utk mendapat berkat dari Allah SWT. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan tak ada halangan langsung, tak seperti masa berubat pertama kali hari tu. Hari tu bermacam halangan. Nak buat kerja pun susah and hard to concentrate. Semasa proses tu, aku minta anak lelaki dia tolong aku pagar rumah sekali lagi dgn garam yg aku sediakan dan tulis surah Qursy diatas sekeping kertas utk ritual lepas cleansing ni nanti.

Aku tgk udara dlm rumah dah makin sejuk, aliran udara pun semakin lancar dlm umah, tempat tempat melepak jembalang tu mcm dalam rumah dah kosong, maknanya rumah tu dah bersih. Set..bila line dah clear, boleh tarik setan tu keluar dari badan haji tu. Inilah masa dan saat yg ditunggu tunggu oleh aku setelah sekian lama. Ayat dan cara cara menarik keluar setan memang aku selalu ingat.. just in case kalau ada lagi kes kes sebegini. Hehe..

Aku bukak mata ketiga jap.. nampak setan tu dah lari balik masuk bdn haji tu. U can run but u cannot hide. Aku tutup mata balik. Kalau dibiarkan terbuka mungkin aku boleh kena tipu dgn lahanat nie. Kena pakai kuasa batin nak cari dia dan tarik keluar.. cara tradisional and radical tp 100% berkesan. Aku berdiri sebelah haji tu. Aku atur nafas, tutup mata dan bukak telapak tangan utk start 'scanning' badan haji ni. Seperti biasa, aku start kat ubun ubun kepala. Hmm..terasa kosong. Aku alih turun ke bawah.. masih lagi kosong. Turun lagi sampai ke kaki.. masih lagi kosong.

Pundek.. mana tapir ni menyorok ni? Tak bole jadi ni..takpe, aku cari kat saluran darah. Korang tau tak betapa susahnya kalau benda ni menyorok kat saluran darah? Saluran darah kat badan manusia ni berlingkar dan berlipat lipat.. memang payah mencari. Aku peduli apa.. dah menjadi tanggungjawab aku utk menolong keluarga ni. Aku teruskan mencari. Dapat rasa kat tengkuk dia, aku try genggam tapi terlepas. Takpe.. sambung lagi. Aku turun scan sampai kaki. Tak dapat.. rasa aliran darah bergerak ke kepala. Aku naik balik, genggam tapi dia masih lagi terlepas. Sabar Adam, sabar. Aku main helah. Aku buat buat cari kat pinggang, umpan dah mengena dan dia lari ke rumah iaitu ulu hati. Aku terus terkam. Dapat pun setan nie!! Kau ingat kau sorg aje bole main tipu tipu ni? Aku pun bole la.. bak kata Lady Gaga "No one can read my Pokerface..".

Aku baca ayat suci utk kuatkan genggaman. Dah tak dapat dia lari kali ni. Masih lagi power haram jadah ni. Sampai panas and menggigil tangan aku. Terasa masa tu ada dua pasang mata sedang memandang proses ni, aku agak family dia tengah tengok kot. Lantak la.. asalkan tak ganggu konsentrasi aku. Aku susun nafas biar cantik, kuatkan batin dan terus tarik slow slow sebab takut spirit haji ni ada yg melekat dengan setan ni. Dah dapat tarik habis, aku bawak kuar rumah dan biar dia kena belasah separuh mampos dulu. Mendapat la habuan kau. Puas hati aku..

Tengah aku resting aku pekena telur rebus 3 bijik sambil tunggu jembalang tu kena sepak terajang. Lama gak la, tau tau aku tengok dia dah siap kena ikat dan lembik nak macam dah takde tulang sebab kena lauk. Aku biarkan dia kat situ dulu. Bila dah siap makan dan semua instructions dah diberitau kat family haji nie, aku kurung barua ni dalam botol. Double seal lagi.. utk keselamatan dan insurance. Dah habis semua tu, family diorang ucapkan terima kasih terutama sekali isteri haji itu and hantar aku balik umah. Sebelum balik, aku check lagi rumah dia. Semua ok. Kerja disini dah selamat dan selesai. Alhamdulillah. Botol berisi jembalang tu aku bawak balik umah. Ada kerja lagi yg perlu diselesaikan bagi part aku. Aku kurung setan tu dalam botol nescafe kosong aje. Lagi luas lubangnya lagi senang kerja aku.

Sampai aje kat umah, aku lihat waktu maghrib hampir masuk. Cepat cepat aku habiskan kerja aku pada hari tu. Aku siapkan semua barang barang dan mulakan upacara untuk tutup keris tersebut for good. Kali ketiga aku bukak keris ni lagi, keluar lagi bau harum minyak attar. Masih lagi hidup keris ni tapi nyawa nyawa ikan. Nak buat macam mana.. memang keris ni power. Cara terbaik ialah untuk seal aje keris nie. Aku belek dan pegang keris ni, nampak gaya dia memang tak melawan dah. Cuma keris ni dapat rasakan jembalang tu dekat, memang la dekat sebab botol berisi setan tu ada pada sebelah aku. Tanpa membazir masa aku terus naik shield dan seal keris tersebut. Terus hilang bau attar dan keris menjadi sejuk mcm ais serta merta. Aku ikat, sarungkan semula dan bungkus dgn kain putih. Aku tengok langit luar pun dah gelap.. malas pulak nak mencangkul pergi tanam botol ni lagipun aku dah letih banyak energy habis. Aku letak aje keris puaka dgn botol berisi jembalang tu bawah katil aku. Esok lepas solat subuh la aku pergi tanam. Sekurang kurangnya aku ada 'teman' untuk tidor malam ni. Heh.

Lepas subuh esoknya aku tanam botol dgn jembalang tu sekali. Sebelum tanam tu aku sempat tunjuk sign 'peace' kat setan haram jadah tu. Aku tgk bengang aje muka dia. Hehe..dah kau main kasar, aku cuma buat cara yang terbaik untuk memastikan kau tak mengganggu keluarga haji ni lagi. Lepas tanah terakhir ditempatkan, aku bakar rokok, buat nescafe dan rehat sebentar. Sambil tu aku diberitahu daripada seorang client aku yang terdahulu bahawa ada seorang kawannya ingin meminta bantuan aku untuk mengubatkan isterinya. Aku okay aje..janji rock. Nampak gaya penuh jugak tangan dan schedule aku nanti.

Selepas seminggu, anak anak haji tu beritahu aku bahawa bro haji tu semakin pulih dan mahu mula untuk bersolat semula. Alhamdulillah.. happy dan lega hati aku apabila dengar yang haji tu semakin pulih. Aku beritahu mereka supaya jaga haji tu dengan baik untuk beberapa minggu ini sementara dia harus pulih. Aku berharap dengan izin Allah SWT dia akan pulih dgn sepenuhnya dan kembali meneruskan tugasnya sebagai imam di masjid. Kita cuma berikhtiar dan berusaha tetapi Allah SWT sahaja yang menentukannya. Selepas ini aku ada ramai lagi client yang ingin meminta bantuanku. Insya Allah akan aku tolong semuanya sedaya upayaku. Walaupun cara aku berubat lain tetapi alhamdulillah setakat ini semuanya menjadi dan berhasil.

Cara aku mengubat ini radikal ataupun senang citer, berhaluan kiri didalam perubatan cara Islam. Aku tak pakai kopiah, tak pakai songkok, tak dudok masjid 24 jam sehari, takde hafal seluruh Al Quran, aku isap rokok, aku main band dan pergi jamming, aku dengar lagu2 Metallica, Rage Against The Machine, aku jarang dengar nasyid, dan mcm2 lagi. Yang penting bukan apa yang kita tunjukkan pada orang, tetapi apa yang didalam hati ini. Cuma ikut segala arahan Allah SWT dan tinggalkan segala larangannya.

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Salam!

Kisah Membuang Saka Seorang Imam ( Part 2 )

Fuh alhamdulillah kenyang perut aku pekena sup kambing utk dinner malam tadi. Aku rekomen kalau ada sesape nak merasa sup ayam, kambing, lidah rusa dan sparepart silalah berkunjung ke gerai sup Maidin, kawan aku di Bangsar Baru.

Bagi mereka yang baru mengikuti kisah membuang saka ini, boleh refer kepada Part 1 kisah ini di link ini

Nampak gaya hasil bacaan kain hijau berbadi yang aku buat tu menjadi kat setan durjana tu. Family dia cakap org tua tu asyik terpekik terlolong minta tolong. Sebenarnya bukan org tua tu tapi jembalang dalam badan pesakit tu yg minta tolong. Sakit dah kena air ayat ayat suci Al Quran, garam dan macam macam lagi. Padahal pesakit yg sebenar takde rasa pape pun, cuma letih dan lemah ajer sebab badan dah kena control dek jembalang tue. Aku nak bagitau, kalau ada sesiapa jua yg masuk hospital sama ada sedara ke pak cik ke makcik ke cicit ke kucing ker..JANGAN SESEKALI BAWA BALIK APA APA BARANG YANG MUNGKIN DAH DIPAKAI ORANG LAIN. Dalam kes ni kain ijau tu ada badi pesakit2 spital yg mati ketika pakai kain tu. Mmg takde kena mengena secara direct tapi tetap menyumbang kpd masalah utama pesakit. Biar telanjang bogel balik hospital pun takpe. Takpun ikut stail Mr Bean, pakai kotak aje mamat tu. Respek..

Malam lepas tu, suami dia call bagitau aku dia on the way nak pegi amik keris tu dari sedara dia. Tapi dia sampai lewat sikit. Tak jadi aku melepak mlm tu. Takde hal la.. menolong org dlm kesusahan, sambil tu buleh aku layan Metallica.

Strategi aku ialah nak mematikan keris tu, biar setan tu takde 'rumah' dah.

Aku pun menunggu... bagai pungguk rindukan bulan. Pabila mereka suami isteri sampai didepan umah, aku sambut dan ajak masuk dalam umah. Tapi sebab dah pukul 2.30am diorang segan nak masuk umah. Sudahnya kami bertiga dok mencangkong depan umah macam cinapek main terup kat kampung. Teringat zaman ponteng sekolah kat St Johns dulu. Haha! Cerita keris dibuka, telinga dipasang dan rokok dinyalakan. Mengikut cerita yg anak dia dapat, keris tu dah 200 tahun lamanya dalam keluarga mereka, pemilik asal ialah hulubalang istana, penjaga keris ada ilmu kebal, bole pukul org dari jauh.. dan lain lain lagi. Alamak aih.. menarik nie. Keris dah 200 tahun ni. Lightsaber Darth Vader pun kalah camni.

Aduhh...lapar pulak perut ni. Goreng nasik jap laa...korang taknak makan ke?

Okeh.. sambung. Lepas diorang balik malam tu aku tak sempat nak matikan keris tu. Nak kena tengok dan kaji dahulu apa perlu dibuat dan surah apa perlu digunakan. Lain kes lain caranya. Tup tap tup tap, sedar sedar dah Subuh.

Lepas Asar esoknya aku demam panas secara mendadak. Keris puaka punya hal la ni, aku kena tempias. Lepas Maghrib lagi la teruk..sampai aku takleh bangun. Aku tau apa ubatnya. Aku gagahkan jugak turun bawah utk mengubatkan diri sendiri. Aku buka peti sayur kat peti ais.. cantik ah barang barang yg aku perlukan semua ada. Sediakan semua dan ingat apa yg patut dibaca. Lepas 30minit aku dah berjoget ikut rentak lagu Dewa 19. Alhamdulilah. Sakit hati punya psl aku tunggu time sesuai nak serang barua ni ikut ibu keris dia. Aku jeling keris yg berbungkus tu. Bak kata Berahim Pendek, "Kita tengok siapa yang kena!".

Bila semua dah complete, masa dah sesuai, barangan ritual dah sedia, menghadap kiblat, kaki disimpulkan, nafas diatur, aku mulakan dgn Surah Pembuka iaitu surah Al Fatihah dan selawat kpd junjungan besar Muhammad SAW. Gua bukak bungkusan.. nampak keris. Semerbak bau minyak attar menusuk hidung. Pandai juga dia berhelah.

Keris Durjana

Sesi mematikan keris

Keris dibuka.. perghh berkarat! Terasa keris ni berisi. Berat walaupun kecik. Dah pernah makan org mata keris ni. Sedang menelaah tetiba bilik gua rasa panas. Satu bunyi pun takde. Sunyi sepi. Tiupan angin luar pun takde. Banyak petanda boleh dibaca disitu. Bahaya jugak ni. Aku teruskan membelek keris puaka nie. Puas aku cari suis mcm lightsaber tu tapi takde, mana la tau keluar laser merah. Keris bergerak.. huh menarik ni. Aku bakar rokok sebatang buat syarat dan naikkan sheild. Seru dah mari. Perbincangan bermula. Cerita dibuka. Belajar sejarah keris ni sekejap. Baru la tau cerita asalnya. Lepas 20 minit upacara selesai. Boleh tutup dan matikan keris. Ayat2 suci Al Quran dibaca dan dihembus. Keris dah diam. Ringan pulak tu. Aku ikatkan keris tu dan bungkus semula. Ambik air masak segelas dan berselawat. Lega rasa badan. Selesai kerja aku malam nie. Padan muka kau setan.. kalau secara ganas kau ugut aku, ini secara sakit slow slow aku paksa kau menyerah diri. Puas hati ku..

Mulanya aku fikir nak lepaskan semula, timbul pula rasa kesian di hati aku. Tapi aku ubah fikiran lepas tengok dia masih lagi menyeksa pesakit dan keluarganya. Ikutkan hati aku kurung aje dalam botol sampai sangkakala ditiup. Akak tu bagitau aku pak mertua dia sekarang tetiba asyik merayu minta tolong. Asyik dok cakap "Tolonglah aku...kau tak kesian ke pada aku? Aku sakit nie.." Sebelum nie bukan main garang lagi kau sampai doktor dgn anak pesakit tu pun kau nak tumbuk. Sekarang kau minta tolong? Kau tak kesiankan isteri pesakit tu dok terseksa pagi dan malam? Urut kaki la, itu la, picit bahu la, ini la, kadangkala sampai kau baling bekas air kencing tu pada isteri dia? Kau tak kesian anak pesakit tu tak boleh tido melayan kerenah kau sepanjang masa? Orang datang melawat kau maki hamun kau carutkan mereka? Sekarang kau nak suruh anak anak dia KASIHANKAN KAU?? Nak aku carutkan kau 'babi', agaknya lagi elok perangai menatang haram tu drpd kau. Kalau kau nak bertukar tuan atau dilepaskan, bagitau la cara baik. Jangan la menyeksa orang yg tak berdosa.

Anak pesakit tu bagitau aku dia nak tengok rupabentuk setan tu masa aku nak buang nanti. Aku tanya sanggup ke kau nak tgk? Memori dia akan kau bawak sampai bila bila. Lebih kurang mcm lagu 'Memori Remains' dari Metallica. Dia kata dia sanggup sebab nak lepas geram tgk jembalang tanah tu kena belasah. Aku ok ajer. Mengubat utk closing nanti barulah akan aku bukakan 'mata' kau, tapi pastu aku tutup balik. Dia kata ok so aku menurut aje. Jangan nanti dia lemah semangat, kena sampuk pastu buat pogo pulak tengah tengah rumah tu. Letih nak menangkapnya nanti.

Ada sesetengah kes sampai jadi gila mcm Rosyam Nor dlm cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2. "Lima pulo sen..lima pulo sen.."  Yang aku tau aku nak sembuhkan org tua ni dari seksaan setan jembalang.. dan jugak bagi penerajang Sweet Chin Musik ala ala Shawn Micheals kat setan tu. Kata sifu aku "Belasah jgn tak belasah".. bak kata Micheal Jackson pulak.." Just Beat It".

Dah buat closing ritual dan cleansing nnt aku update lagi alkisah ni. Sekarang ni kena tunggu pesakit tu banyakkan rehat dan pulihkan tenaganya sebelum aku rentapkan jembalang tu keluar dari badannya. Tapi sementara menunggu waktu tu sampai.. ada patient lain lagi yang masih lagi menunggu. Doakanlah kpd Allah SWT supaya org tua itu mudah mudahan cepat sembuh.

Allahuakbar!

26 Mac 2013

Kisah Membuang Saka Seorang Imam (Part 1)

Aku menulis ni bukannya apa. Bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa. Cuma sebagai pengajaran kepada semua utk dijadikan iktibar. Lagipun aku dah naik sakit hati pada satu makhluk Alah yang suka menyeksa manusia nie. 

Alkisah..

Ada seorang kaum Hawa meminta pertolongan aku untuk mengubatkan pak mertua dia yang tengah terlantar sakit di rumah. Cerita punya cerita.. perempuan ni cakap pak mertua dia kena gangguan halus. Dulu kuat agama selalu ke masjid dan tak pernah tinggal solat, sekarang terus paralyzed, cepat mengamuk, taknak semayang, maki hamun mencarut dan segala bagai. Huih...teruk jugak org tua ni. Tak buleh jadi ni..cerita kat telipon tak kemana, jadi aku ajak berjumpa bawak suami dia sekali. Aku tgk dari jauh laki dia ni cerewet sikit kalau bab2 berubat tradisional nie. Terus aku emailkan beberapa surah Al Quran dan cara caranya supaya suami dia amalkan sbg first step utk mengubat bapak dia ni. First step utk mengubat ajer..kita tunggu dan lihat hasilnya!

Perjumpaan diaturkan di kedai mamak sebelah PJ Hilton atas sebab musabab tertentu. Sebagai peringatan, teh tarik kedai mamak tu tak sedap. Bak kata orang Perancis, tawar nak mampos. Anyway, berbalik kepada cerita...

Diorang dtg bawak anak kecik diorg sekali. Lepas order semua sampai diorang pun cerita masalah dgn lebih lanjut. Cerita pun cerita jugak, tapi shield gua tak bagi turun. Mana la tau ada 'participant' lain yang dok ikut bersama memasang telinga. So cerita dibuka dan telinga dipasang. Sedih jugak gua dgr masalah dia. Sampai lumpuh dan menyusahkan org lain dibuatnya dek saka nie. Dalam bercerita si setan dah sampai dari umah dan cuba tunjuk power nak gertak aku sebab aku nak menolong keluarga ni membuang dia. Ek eleh...ingat gua buleh gegar ke dgn lu? Aku buat bodo ajer..takut akak ni dgn anak dia takut. Sambil bercerita rupanya teh tarik aku dah abis, tak berani minta lagi sbb tak sedap. 

Lepas sejam setengah diorang pun minta diri nak balik. Tapi aku pesan supaya buat apa yang disuruh dgn ayat Al Quran tu. Aku balik dgn member aku naik kereta Kelisa sambil mendendangkan lagu Guns And Roses.

Keesokan harinya (tak silap aku) diorang call kata dah buat semua dan bapak diorg dah makin senyap, ok dan tak banyak hal. Alhamdulillah..bagus. Kami aturkan untuk buat rawatan esok lusa, biar cepat sikit pesakit tu sembuh. Aku tak sabar nak belasah setan dalam badan tu.

Hari yang dijanjikan tiba tiba muncul bermacam halangan. Sedara meninggal (Al Fatihah kpd arwah nenek sedara gua) itu la ini la. Terbantut projek menerajang hantu aku minggu tu. Apa nak buat..garu kepala aje la. Tapi yang tak sedap hati tu, diorang cakap lepas sehari dua perangai bapaknya makin menjadi jadi balik. Aik? Pelik tue..tetiba buleh power balik setan tu. Nak kena siasat balik nie.

Takpe..kita minom duluu!!

Lepas seminggu, berbekalkan ilmu baru dan semangat 1Malaysia aku teruskan projek menerajang hantu tu. Family tu dah tak tahan dgn perangai bapaknya yg semakin parah. Lagi la menyirap darah aku dgn hantu bangsat tu. Hari dan waktu diatur lalu mereka menjemputku dirumah.. kalau aku sendiri yang pergi cari alamatnya mau terlepas sampai ke Siam.

Sampai dirumah mereka, bapak diorang terus senyap.. membisu seribu bahasa. Pelik diorang kenapa pak diorang senyap. Aku pun mana la tau kenapa org tua tu senyap. Aku cuma dtg buat kerja aku ajer. Sixth sense memberitahu ada barang pusaka lain dalam rumah diorang ni. Memang betul ada.. kain hijau. Aku sapu. Ada benda lain lagi.. tapi belum nampak. Biarkan dulu nanti keluar la bendanya tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi buruk gak rupa setan gondol tu. Aku pun gugur bulu kaki menengoknya. Tapi aku kontrol macho. Al maklum la..Ghostbusters moden. Lepas pekena kretek satu das diorang pun hantar aku balik. 

Hari berikut dgr kabar baik ayah diorang banyak tido dan tak meragam. Aku panjatkan syukur kepada Allah SWT sebab org tua tu semakin tenang. Aku fikir dah boleh buat penutup rawatan. Baru je nak set time nak mengubat, org tua tu naik syeh balik dah. Aik? Mana jahanam ni dok dapat tenaga dan pulih dgn cepat? Dia minum tongkat Ali Power Root ke hapa? Tak buleh jadi nie.

Setelah satelit Russia dipasang dan keadaan diteliti, nampak ada ibunya nie. Tapi diam dulu nak confirm dgn anak anak pesakit. Rupa rupanya memang betul ada keris lama dan kontrak dah dimeterai. Semua orang taktau termasuk anak anak pesakit nie. Patut la jembalang tanah ni cepat aje dia recover lepas dibelasah setengah mampos. Ada holiday house tempat dia boleh berehat rupanya. Sepantas kilat aku minta diorang cari dan bagi pada aku keris puaka tu. Sebagai langkah balas dendam pertama, aku bagi balik kain hijau tu sebab aku dah bacakan surah Al Quran berserta air dan garam. Bak kata orang Madura, "its payback time bebeh!".

Sekarang jembalang dah menjelma minta belas kasihan tapi no chance in hell brudder! Ibu kau ada pada aku. Aku nak sesah kau cukup cukup sebagaimana kau seksa org tua tu dan family dia. Setan mulut manis, teringat kata sifu aku. Depan cakap lain belakang buat lain. Memang betul pun. Walaupun dah surrender tapi diseksa lagi orang tua tu. Sebelum ni kami tak boleh berkeras dgn kau sebab akan memudaratkan orang tua tu. Tapi sekarang tiada maaf bagimu. Seperti lagu kumpulan Chicago, 'Its Hard To Say I'm Sorry'. Aku bukanlah zalim nak mengurung kau selama lamanya. Aku cuma manusia, aku tak perfect. Aku bab bab agama ni bukanlah terpelajar, tapi Allah SWT mengurniakan aku kebolehan untuk membantu orang yang didalam kesusahan.
Eh! Lari topik pulak aku nie...aisehmen. Naik pulak semangat fisabilillah..

Papehal pun..cerita belum habis. Akan aku updatekan nanti disini. Insya Allah. Doakanlah semoga hamba Allah itu pulih dan kembali sihat seperti sediakala. 
 
Allahuakbar!
 

9 Dis 2012

Abnormal : Bermalam di Kubur

Tatkala badan terasa letih setelah penat seharian bekerja, tiada tempat lain yang lebih selesa dan nikmat selain tilam empuk di rumah. Kena pula baru lepas mandi, dapat baring peluk bantal sambil meregangkan badan serta otot otot yang lenguh. Fulamak memang layan beb wa cakap sama lu. Dapat pula waktu hujan, lagi sedap tidur tarik selimut!

Itu bagi kebanyakan manusia normal. Bagi yang tidak normal pula seperti aku, lain pula jadinya.

Pada 3 Disember 2012 yang lepas ketika sedang leka aku melakukan kerja, terdengar aku pada satu perbualan di meja hadapan aku di kedai mamak. Dua orang lelaki berbadan tegap dan sasa hangat menceritakan pengalaman mereka yang terpaksa melintas di hadapan tanah perkuburan lewat malam semalam. Salah seorang dari mereka berkata: "Tak berani aku nak lalu depan kubur semalam. Dah la gelap, scary pulak tu! Malam ni kita lalu ikut jalan jauh sikit lah".

Aku pandang badan dia, kemudian aku pandang badan aku semula. Terdetik dalam hati aku: "Aik, badan kau 4 kali lebih besar dari aku pun kau takut nak jalan depan kubur waktu malam? Pelik".

Sepanjang dalam perjalanan pulang kerumah, aku berfikir:

"Kenapa kebanyakan manusia takut nak melewati kawasan tanah perkuburan waktu lewat malam?"

Persoalan yang sama tetap bermain didalam benak fikiran aku walaupun sedang melakukan kerja dihadapan laptop petang itu. Oleh itu, disebabkan pemikiran aku yang tidak normal maka keluarlah statement sebegini di akaun Twitter aku sendiri.




Aku dah check dengan mak aku sendiri, aku dilahirkan dalam keadaan normal dan cukup sembilan bulan. Sempurna sifat tubuh badanku ini. Entah celah tang mana tah datangnya tabiat abnormal aku yang suka dengan aktiviti paranormal sebegini.

Mungkin apabila ada yang terbaca tweet aku yang sebegitu mereka akan mengatakan aku gila (memang ada betulnya disitu). Hilang akal ke apa nak tidur kat kubur? Aku pun agak begitu, jauh dalam sudut hati turut mengatakan tak mungkin akan cecah 1000 Retweet. Mustahil.

Tapi aku taktahu pula di Malaysia ni ramai manusia yang suka melihat manusia lain buat kerja gila, Dalam masa tiga jam, dapat juga cecah 1000 Retweet!




Mahu atau tidak, aku terpaksa la juga tidur di kubur malam itu. Janji harus ditepati beb, bukan janji dichappati. Tapi jauh dalam sudut hati agak teruja dan seronok juga dapat tidur dalam lubang kubur seorangan. 

Tepat jam 12 malam aku sampai di lokasi 'menyeramkan' tersebut. Sempat aku bergambar seorangan di hadapan kubur tersebut.



Kebetulan ada tanah perkuburan kaum India juga berhadapan tanah perkuburan Cina ini. Membuatkan malam ku ini lebih menarik.



Malam itu aku cuma membawa dua biji phone aku iaitu Blackberry Torch (untuk cahaya), iPhone 4 (untuk gambar), sebilah pisau untuk keselamatan dan sekotak rokok Benson untuk menghiburkan hati tatkala melepak dikalangan mereka yang sudah mati.

Aku sempat rakamkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua sepanjang aku berada disana seorangan. Mana la tau sambil membelek tu ada ternampak satu atau dua 'kepala' yang menyelit nak enter frame gambar.






Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. Pergi bawa peralatan ala kadar sahaja. Dan dibawah beberapa lagi gambar yang diambil malam itu.






Nothing much happened that night. Kadangkala ada terdengar bunyi seperti orang bercakap dan berjalan di celahan kubur lama. Cuma sedikit bahaya apabila terdapat beberapa kumpulan anjing liar yang berkeliaran disekitar kawasan tersebut. Bila bunyi anjing tu menyalak lagi terasa seperti bukan aku seorang sahaja yang berada disitu.

Niat di hati ingin tidur didalam salah satu kubur lama dikawasan itu, tapi setelah dua jam mencari masih belum berjumpa. Maka aku pun tertidur di sebatang pokok lama yang tumbuh disitu. Padahal disitulah lokasi dimana aku seringkali ternampak dan terdengar bunyi orang bercakap dan berjalan. Bila aku check, tiada siapa. 

Mana tahu kalau aku terlelap disitu dia akan kejutkan ke atau tanya khabar ke.

Kalau tak silap aku tertidur di pokok itu jam 2.45 pagi dan terjaga pada pukul 5 pagi. Alhamdulillah tiada apa apa perkara buruk yang berlaku sepanjang aku disitu.

Tepat jam 5 pagi aku pun pulang!

Niat aku melakukan perkara sebegitu bukanlah apa. Aku cuma ingin menunjukkan bahawa kawasan tanah perkuburan ini sebenarnya satu tempat yang tidak perlu kita takutkan. Bila mati kemudian hari, kita akan ditempatkan seorangan di kubur juga. Berseorangan, didalam gelap, tiada siapa untuk berborak kecuali merenung kembali perkara perkara yang pernah kita lakukan sewaktu hidup dahulu.

Kita hanya perlu takut kepada Tuhan sahaja didunia ini dan tidak kepada makhlukNya yang lain. Bukannya ada apa disana, cuma mayat manusia dan mungkin roh mereka yang telah mati. 

Sebagai umat Islam kita juga digalakkan untuk mengingati kematian. Bersendirian disana malam itu, telah banyak mengubah cara aku berfikir mengenai kehidupan dan kematian. Mungkin cara aku berbeza dengan kalian, rambut sama hitam hati lain lain.

I have gone to Hell and came back, alhamdulillah. It was a good personal experience for me.


17 Ogo 2012

Memagar Dan Melindungi Rumah

Beberapa hari yang lepas aku mendapat satu tugas untuk memagar rumah dan sebuah kawasan pejabat di Sungai Petani, Kedah. Menurut pengalaman tuan rumah, kawasan rumah dan pejabatnya kerap berlaku kejadian kejadian pelik. Setelah dihubungi aku terus kesana untuk memberikan khidmat bantuan yang sepatutnya.

Selalunya tugas memagar rumah ini adalah satu perkara yang amat mudah. Tiada banyak komplikasi dan mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan. Upacara / tradisi memagar sesuatu kawasan ini masih lagi dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tujuan utama upacara memagar ini ialah untuk menghalang perkara perkara yang berunsur sihir dan jahat daripada memasuki kawasan rumah dan kawasan perniagaan.

Salah satu persoalan yang diajukan oleh tuan rumah kepada aku pada hari itu ialah: "Kenapa dah banyak kali saya pagar dua dua kawasan ni tapi lepas dua tiga bulan jadi balik ye bang?".

Ini sebenarnya satu persoalan yang kerapkali aku terima. Boleh dikatakan antara soalan Top Ten juga.

Memagar kawasan ini bukanlah hanya sekadar memagar sahaja, ianya ialah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan. Sama seperti kita memasang pagar rumah dengan menggunakan pagar besi. Lama kelamaan semestinya pagar tersebut akan runtuh dan rapuh dimamah usia. Jadi kita harus memanggil pakar memasang pagar untuk membaik pulih semula pagar tersebut.


Pagar biasa yang mudah dibengkokkan

Sama juga dengan kualiti pagar tersebut. Kalau pagar yang dipasang tersebut ialah pagar besi biasa, orang berbaan besar sudah semestinya akan dapat mematahkannya dengan mudah. Kualiti dan keteguhan pagar tersebut juga harus diambil kira. Kalau ianya kualiti rendah dan tidak pernah diperbaiki maka lama lama roboh juga.

Itu pagar biasa yang selalunya akan dipasang dirumah untuk kegunaan keluarga dan peribadi. Manakala pagar untuk kawasan pejabat, kedai, restoran dan sebagainya pula lain daripada yang telah aku beritahu sebentar tadi. Ada sesetengah pengamal perubatan akan menggunakan teknik pemagaran yang bukan sahaja akan menghalang benda benda sihir dan buruk memasuki kawasan perniagaan mereka, malah turut akan menghalang rezeki untuk masuk.


Kalau pagar begini jenuh nak merobohkannya

Ingin aku sentuh sedikit disini mengenai memagar kawasan dengan menggunakan ilmu sihir, dah alang alang kita sentuh mengenai isu ini kan. Satu cara yang paling banyak digunakan pengamal ilmu hitam ialah dengan meletakkan khadam mereka di kawasan tersebut sebagai 'pagar'. Ilmu seperti ini amat mudah dipatahkan bergantung kepada tahap / level khadam tersebut.

Tetapi itu terpulang kepada permintaan client tersebut kepada perawat / pengamal perubatan tersebut. Lain orang lain caranya. Bak kata orang: Rambut sama hitam, hati lain lain kaler. Ada hati warna biru tenang macam air laut, ada hati warna hitam seperti kelam malam, ada juga hati kaler pink sebab berjiwa kuntum.

Kalau ini diletakkan depan rumah, bapak setan pun lari
Harus diingatkan bahawa perlindungan tetap datangnya dari Tuhan. Walaupun tahap dan cara setiap perawat itu berbeza, ada yang hebat dan ada yang tidak, kita hanya berusaha dan tawakal kepada Nya. Sama aplikasinya jika kita memasang pagar berduri di sekeliling rumah. Kita mengupah orang untuk memasang pagar tersebut, ianya merupakan satu usaha dari kita. Yang selebihnya terpulang kepada Tuhan untuk melindungi kita. 

Aku harap entri ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan persoalan anda mengenai isu memagar rumah dan harta benda. Jikalau memerlukan khidmat bantuan saya atau sebarang persoalan anda boleh email saya di adamvaimetal@gmail.com

By the way, Selamat Hari Raya Aiilfitri 2012.

1 Ogo 2012

Gangguan Paranormal Di Bulan Ramadhan

Saya kerap kali menerima soalan yang sama dari orang ramai mengenai kejadian paranormal di bulan Ramadhan. Ada yang percaya, ada yang tak percaya dan ada juga percaya manusia yang dok memonteng puasa itulah syaitonirrojim sebenar.

Macam macam..

Once and for all, saya ingin menyatakan disini bahawa "Ya, masih ada jin dan syaitan yang tidak di rantai pada bulan Ramadhan". Oleh kerana itu kita masih melihat pusat pusat rawatan tradisional Islam penuh dengan pesakit yang diserang histeria, gangguan makhluk halus dan sihir. Selain itu dapat juga kita perjelaskan mengapa masih berlaku lagi kejadian paranormal seperti di Eropah pada bulan Ramadhan.

Ada yang mengatakan "Oh itu lain timezone dia, sebab tu masih ada lagi jin, iblis dan syaitan di negara sana". Sila ingat kita berpuasa selama sebulan, takkan tak masuk lagi timezone dia untuk bulan Ramadhan? Tidak lupa juga ada yang mengatakan "Itu semua jin dan syaitan yang kafir dan duduk di negara lain, mana nak sama dengan jin dan syaitan kita disini". Tak kira lah sama ada mereka itu jin berasal dari England, Ju - On dari Jepun, Nang Nak dari Thailand atau bermisai kontot seperti Hitler dari German. Pendek kata mereka masih lagi dari kategori jin, iblis dan syaitan dan masih lagi ada di bulan Ramadhan.

Sedutan filem Nang Nak

Scene epic dalam Ju On 2
Baiklah, mari kita membincangkan secara sekali imbas dari segi Islam pula. Petikan yang mengatakan bahawa syaitan dibelenggu dibulan Ramadhan bukanlah datangnya dari Al Quran tetapi dari hadith Nabi Muhammad SAW, sabdanya:


إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.”

Hadits di atas dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Shahih-nya kitab Ash-Shaum, bab Hal Yuqalu Ramadhan au Syahru Ramadhan no. 1898, 1899.

Daripada petikan ini, ramai yang berpendapat bahawa segala jenis jin, iblis dan syaitan telah diikat dan diseksa oleh malaikat sementara manusia aman, tenteram relax dan happy menghadapi kehidupan seharian tanpa risau diganggu oleh jin dan syaitan. Maka timbullah persoalan yang seringkali kita dengar di bulan Ramadhan. "Ada syaitan ke di bulan puasa ni?"

Para ulama bercanggah pendapat di dalam perkara ini. Ada yang berpendapat semua jin dan syaitan di ikat dalam bulan puasa dan yang tinggal hanyalah nafsu manusia itu sendiri. Ada juga para ulama mengatakan cuma syaitan yang ganas dan berpangkat 'General' sahaja yang dirantai sementara iblis iblis yang kecil ini dibiarkan. Macam macam lagi pendapat di dalam isu ini.

Tetapi apabila difikirkan secara logik akal, bagaimana ada hadith sahih yang mengatakan bahawa sekalian syaitan dirantai sedangkan kita masih lagi mendengar kes kes gangguan spiritual dan aktiviti paranormal masih berlaku di serata dunia pada bulan Ramadhan?

Jadi apa sumber yang kita ada sekarang ini? Tiada sebarang rujukan di dalam Al-Quran mengenai syaitan yang dirantai pada bulan Ramadhan, cuma ada hadith sahaja. Kita juga ada mendengar cerita dan menyaksikan kes kes paranormal dan spiritual di bulan Ramadhan.


Syaitan yang menggoda ketika bersolat

Syaitan yang menjadikan kita lalai
I have always lived by this rule of thumb : Sometimes the simplest answer is the correct answer to the most complicated question. Pada pendapat saya: Syaitan, Jin dan Iblis masih lagi berkeliaran di bulan Ramadhan. Tidak kira dimana kita berada sekalipun. Manakala maksud hadith sahih yang mengatakan bahawa syaitan akan dibelenggu dalam bulan Ramadhan pula ialah lebih kepada kiasan. Maksud 'Syaitan' di dalam hadith tersebut bermaksud hawa nafsu di dalam manusia itu sendiri. Lagipun bulan Ramadhan ialah bulan dimana umat Islam mengawal hawa dan nafsu kita daripada berleluasa, maka kita harus membelenggu 'Syaitan' atau dalam ertikata lain 'Nafsu' kita daripada menguasai diri.

Itu sekadar pandangan dan pengamatan saya setelah bertahun berkecimpung didalam bidang ini. Tiada paksaan untuk anda mempercayainya kerana Islam bukanlah agama paksaan. Cuma ini ialah satu pandangan yang lebih simple daripada pendapat lain diluar sana.

Bukanlah maksud saya mempelajari mengenai alam ghaib ini tidak digalakkan, tetapi harus di seimbangkan dan di logik akal kan. Apabila belajar dengan terlalu mendalam mengenai jenis syaitan dan jin boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu taksub, gila atau hilang kepercayaan kerana sikap skeptik mereka. Dalam bahasa pasarnya ia digelar 'Gila Isim'. Bagi mereka yang berfikiran skeptik ini saya sarankan membaca entry saya sebelum ini yang bertajuk Wujudkah Hantu?

Oleh kerana itu kita masih mendengar kes paranormal berlaku, rumah masih berhantu, kes gangguan saka, kes dirasuk makhluk halus dan kes sihir dimana pengamal ilmu hitam menggunakan jin untuk melakukan kerja kerja kotor mereka di bulan Ramadhan. 

Sedangkan syaitan yang selalu kita lihat terpampang jelas di kaca televisyen tidak kita endahkan, ini pula syaitan yang kita tak boleh nampak.

Contohnya seperti : 

The Red 'Devils' / Syaitan Merah

Haha, aku memain je. Tak boleh nak tahan gelak tengok logo ni sebentar tadi. Jangan kerana mereka menggelarkan pasukan mereka sebagai Red Devils orang ramai akan menyamakan mereka dengan syaitan. Untuk rekod, mereka mempunyai seorang manager terbaik abad ini dan pemain pemain bertaraf antarabangsa.

Walau apa pun, aku tetap dengan Liverpool. Mana mana syaitan pun takkan dapat menghasut aku untuk bertukar team. Walaupun bukan bulan Ramadhan.

Berbalik kepada topik, saya berharap entry ini mampu memberikan sedikit penjelasan kepada persoalan yang bermain di benak fikiran anda.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia!


11 Mac 2012

666 And Six Hundred Threescore and Six

I must confess that my passion for the paranormal is as equal as my passion towards history, religion, science and spiritualism. This passion eventually led me to being a spiritualist and a ghost hunter a few years back. The lessons, guidance and help from my mother and ancestors has made my career as a spiritualist an awesome journey and experience.

However, it became much better when on a fateful night while having coffee at Bestari Maju Restaurant, the respected Malaysian journalist Mazidul Akmal Sidik, Razali Harun, and Mohd Farid Hamzah  actually came up with the idea to set up a Malaysian paranormal team. Everyone agreed and a week afterwards we started conducting investigations in the Klang Valley and Kuala Lumpur areas in Malaysia.

With the addition of Rahmat Mokhtar and Mohd Zaki the team made their first paranormal investigation at an old British colonial residence in Bukit Tunku, Kuala Lumpur. The team was later named EXPAR (Extreme Paranormal Researcher) by Mazidul as a test name for the time being. This name however was too long and exaggerated. Hence, the team was renamed and re-branded as Fact Finders 666 or 666 in short after positive feedbacks from friends and mostly, the public.


Paranormal Investigators 666

With a new name, the team had also new members added to the team such as Ashraff Zainon and Boy who were seasoned veterans in matters of paranormal investigations and also Vijhay Vick, a sports journalist for the Malaysian newspaper, the Malay Mail. It also saw the paranormal team PAG (Pengembaraan Alam Ghaib) being added to the new line up. 

The new lineup

666 had one and one objective only: to seek out the truth and cold hard facts. For countless decades, humans have been fed with ghost stories with the motive and intention to make them fear the 'unknown'. Without any clear explanations and evidence, humans cower in fear from the world of spirits and the unknown. As a student in Psychology, i have learned and concluded that 'humans will always fear things which they do not know of'.

But alas, with the creation of new technologies we can now scientifically explain and deduce the nature of these spirits and the world of unknown. Although the old scriptures the Bhagavad Gita, Torah, Bible and Quran have explained the nature of these spirits and unknown world, basic human nature is that they would always want MORE EXPLANATION. Gone were the days when someone would say something and people would believe, nowadays humans want solid proof and concrete evidence.

For each and every member of 666, we are driven and united by our passion to gain more knowledge of the paranormal world. the otherside. We do not tell and write ghost stories to be told before bedtime or around campfires. 666 goes to a location which is reported to have paranormal activities and we investigate. As the end result, we present cold hard facts. The equipments that we use during each and every investigations are also the same as every paranormal investigators all around the world. Some of the equipments we use include:

Parabolic Recorder
IR Thermometer
Motion Sensor Camera
Night Vision Camera
Each and every equipments have proven their worth and usefulness in the investigations. The results were astounding and the feedback from the general public were more than we expected. Within two months since 666 was established, the hits on the 666 blog has reached up to 90,000 hits. It seems that the people in Malaysia and the Southeast Region were bored of the old 'scare the audience' method: they wanted facts and explanations.

Although the ratings were up and 666 was slowly making its name in Malaysia, Rahmat Mokhtar left 666 due to his own personal reasons and continued on where EXPAR was left off. A few months afterwards three members of PAG left the team to continue on and pursue their own path and ambitions, leaving the only single PAG member, Atoi with 666. However, 666 is on good terms with PAG and we would like to wish both EXPAR and PAG the best of luck in their work in the paranormal field.

With the departure of the old members, applications kept coming in from the fans and readers to become a permanent member of the 666 family. The two new members are Shaiful Talib , Suhaimi Mohd and the only female member of the 666 team who is a senior lecturer at UiTM (Universiti Teknologi Mara Malaysia), Ezza Rafedziawati. The new additions made the 666 family stronger and more humorous than ever. With the new lineup, the 666 family have made two successful Paranormal Tours in areas around Malaysia (which can be read here and here) and hundreds other investigations at numerous sites.

Although with the new name, lineup and success the team was also the target from numerous 'Islamic extremists' proclaiming that 666 is the Number of the Beast. This accusation that 666 is the number of the beast only exist within the Bible. Here is an excerpt from the Bible regarding the 666 issue:

Let him that hath understanding count the number of the beast: for it is the number of a man; and his number is Six hundred threescore and six. Rev. 13:18 

The excerpt above was taken from the Book of Revelations of the Bible. Christians believe that 666 is the number of the beast and its existence because that is what was written in the Bible. As a Muslim, i highly respect each and every religion and its scriptures, be it Christians, Hindu, Jewish, Islam, Buddhism and many others in this world. Each of us are taught to read, understand and follow our respective Book and religion. 

Please allow me to quote a few verses from the Quran here regarding this issue:

Everyone's God-given human dignity must be respected, regardless of their religion, race, ethnic origin, gender, or social status (17:70)

Islam teaches that it is by Divine Will that God's human creation has followed different religions, or no religion at all ("no religion" is also a belief system, or faith) (11:118), (10:99), (18:29). 

But God Almighty is not pleased when some of His servants (all humans are servants of the Creator in one way or another) choose not to believe (39:7).

There is only one thing which me, as a Muslim would want to point out to these so called 'Islamic extremists' everywhere in the world:  There is absolutely no mention of the Number of the Beast 666 in the Quran at all. I dare any of these 'Islamic extremist' to come out and tell me that there is a passage in the Quran that says 666 is the number of the Devil. Just a passage from the Quran, that is all.

As a Muslim and follower of the Book of Quran, we should not be believing in the number of the beast as what was said in the Bible. We should respect each other's belief and follow our own. Or does the Islam community been influenced by the media about the Number of the Beast 666 too much and has forgotten what is written in the Quran?

The song Number of the Beast by Iron Maiden. Actually, one of my favorite songs from the band

I personally believe that we all come from the same One True God and everything in this world came from Him as well. All religions in this world teaches its followers almost the same thing: love, respect, acknowledge the One True God, so on and so forth. Even there are similarities between the Quran and the Bible:

Creation
The Quran: "Praise be to God, who created the heavens and the earth, and made the darkness and the light." Sura 6:1  

The Bible: "In the beginning God created the heavens and the earth." Gen.1:1  
 
The One God
The Quran: "Your god is one god; there is no god but He, Most Gracious, Most Merciful." Sura 2:163  
"Say, 'O followers of the scripture, let us come to a logical agreement between us and you: that we shall not worship except God; that we never set up any idols besides Him, nor set up any human beings as lords beside God.'" Sura 3:64  
 
The Bible: "Jesus answered: 'The most important one is this: 'Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one'." Mark 12:29  
Jesus said: "Worship the Lord your God, and serve Him only." Matth.4:10   
 
The world would be a much more wonderful place if we all actually read and understood our respective Books and Scriptures instead of blatantly believing what people say and hate each other in the name of Religion.
 
For now, i think i shall stick to paranormal and Iron Maiden.

3 Jan 2012

Wujudkah Hantu?

Baru baru ini soalan yang sama diajukan kepada saya untuk entah keberapa ratus kali:

"Wujud ke hantu ni bang? Kalau wujud, kenapa saya tak pernah nampak pun?"

Tatkala ditanyakan soalan sebegini, terus terang saya nyatakan disini saya hanya mampu tersengih dan menggelengkan kepala. Lebih lebih lagi jikalau yang bertanya itu adalah seorang manusia beragama Islam. Tetapi pengalaman telah banyak mengajar saya untuk bersabar menghadapi soalan sebegini.

"Kenapa? Kau tak percaya ke hantu ni ada?" Seperti mengikut skrip dialog, soalan sama akan saya ajukan semula kepada sang penyoal, walaupun seribu orang datang bertanya.

"Sekarang kan zaman moden, bang. Mana la ada hantu hantu ni semua. Itulah dia orang melayu, masih lagi mempercayai benda benda tahyul camni. Hantu la, sihir la, jin la, camne masyarakat melayu nak maju?"

 "Jadi kau perlu melihat hantu hantu serta makluk ghaib ini dengan mata kasar untuk mempercayainya?" Soal aku kepadanya.

"Yes bro, because seeing is believing!"

Maka saya menyuruhnya menyenaraikan kesemua Rukun Iman. Tergagap gagap juga dia menjawab. Di sini saya senaraikan keenam enam rukun iman tersebut.

Rukun Iman:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi Nabi dan Rasul Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada dan Qadr
Bagi seorang Muslim, wajib bagi kita mempercayai Rukun Iman dan termasuk juga Rukun Islam. Itu adalah asas kepada pegangan hidup seorang Muslim. Salah satu daripadanya ialah percaya kepada malaikat. Kita percaya kepada malaikat, bererti kita juga diwajibkan percaya kepada perkara perkara ghaib seperti malaikat, jin dan makhluk halus.

Ada malam, ada siang. Ada kebaikan, ada kejahatan. Ada lelaki, ada perempuan. Ada positif, ada negatif. Ada normal matter, ada Dark Matter. Ada malaikat, ada jin. Kesemuanya berpasangan, baru ada balance dalam dunia. 

"Mengapa kau melakukan solat 5 kali sehari?" Tanya saya kepada sang penyoal.

"Kerana Allah mewajibkan kita untuk melakukan solat 5 waktu. Kalau tak, kita akan berdosa dan Allah akan memasukkan kita ke dalam neraka" Jawabnya.

"Aku musykil, kau tak pernah melihat Tuhan tapi kau takut pada Nya dan patuh kepada arahan Nya. Mengapa? Bukankah 'seeing is believing' ?"

Dia mendiamkan diri.

"Kau tak pernah melihat hantu maka kau tak mempercayainya. Tapi kau tak pernah melihat Tuhan dan masih mempercayai kewujudan Nya. Mengapa? "

"Jikalau kau hendak mengatakan bahawa kewujudan hantu atau makhluk halus di zaman yang moden dan serba canggih ini tidak relevan, maka secara tidak langsungnya kau mengatakan bahawa apa yang diajar di dalam rukun iman itu adalah tidak relevan. Apabila salah satu daripada rukun iman kau tidak patuh dan percaya, maka tidak sempurnalah rukun iman kau. Tetapi itu adalah pandangan daripada sudut agama."

"Apabila kita melihat daripada sudut pandangan saintifik pula, telah banyak bukti mengenai kewujudan makhluk halus, atau mengikut istilah masyarakat melayu itu ialah 'hantu', telah terbukti dan berjaya dirakamkan di seluruh dunia menggunakan teknologi yang ada pada zaman sekarang."


Contohnya seperti orbs yang dikaitkan dengan kehadiran entiti.

Gambar orbs di Highland Towers


Gambar ectoplasma (peringkat kedua selepas orbs)

Gambar diambil di Putrajaya

Dan juga beberapa bahan bukti lain yang lebih menarik seperti full bodied apparition, bunian, dan lain lain lagi dapat dirakamkan.


Gambar tangan saka



Entiti paranormal menyerupai haiwan



Entiti terbang di Highland Towers


Pintu ke alam bunian?


"Malahan kesemua peralatan yang digunakan di dalam usaha merungkai persoalan demi persoalan mengenai makhluk halus dan alam ghaib ini merupakan teknologi canggih pada masa kini. Contohnya seperti motion sensor, night vision camera, penyukat suhu, parabolic recorder, kamera pegun, dan sebagainya. Peralatan asas yang sama digunakan oleh setiap pengkaji paranormal di seluruh dunia."

Diantara peralatan basic yang digunakan:

Parabolic Recorder

Alat penyukat suhu

Camera sensor seperti digunakan dalam National Geographic

Night Vision Camera
*Kesemua gambar diambil daripada Kru Penyingkap Fakta 666 dan blog Bersama Mazidul

"Mengapa peralatan yang sama digunakan dan terbukti berkesan dan boleh diperjelaskan secara saintifik di setiap pelusuk dunia? Kerana alam ghaib dan makhluk halus ini wujud di seluruh dunia, walau dimana sekalipun. Bendanya sama, cuma nama je lain lain bro."

"Jikalau kita mengaplikasikan bukti dan penjelasan saintifik tersebut ke atas rukun iman yang ketiga, bukankah sudah terbukti apa yang ditulis di dalam Al Quran mengenai kewujudan makhluk halus dan jin itu benar? Contoh terbaik ialah Surah Al Jinn itu sendiri yang menceritakan mengenai kewujudan jinn dan makhlus halus. Surah Al-Quran itu diturunkan beratus tahun dahulu tetapi baru sekarang ianya dapat dibuktikan sedikit demi sedikit kebenaran setiap surah di dalam kitab Akhir Zaman itu."

"Pada pandangan aku intipati dalam agama itu akan sentiasa relevan sehingga akhir zaman, hanya ideologi dan cara hidup manusia yang membuatkan sesebuah agama itu berubah mengikut aliran susur masa. Asalkan kita sentiasa berpegang dan memahami asas ajaran agama, keimanan kita kepada Nya akan sentiasa teguh tidak bergoyah"

Dia hanya mengangguk tanpa berkata apa apa. Dibakarnya rokok John sebatang.

"Jadi kau masih lagi perlu melihat untuk percaya?"

"Oh, mengikut penjelasan kau dari sudut agama dan secara saintifik aku mula percaya sedikit demi sedikit. Tapi lebih mudah untuk percaya jikalau aku dapat melihatnya dengan mata kepala aku sendiri daripada melihat gambar."

"Begitu pulak? Setuju kah kau kalau aku mengeluarkan teori mengatakan kau tidak mempunyai otak?" Soal ku.

"Eh! Kenapa pulak??" Kelihatan dia agak terguris dengan kenyataan itu.

"Yelah, kau mendakwa kau mempunyai otak. Tetapi aku dan juga kau tidak pernah melihat otak kau dengan mata kepala aku sendiri, apatah lagi gambar otak kau. Jadi teori aku mengatakan kau tidak mempunyai otak itu, adakah ianya benar?"

"Ceh, kasar gurauannya tu bro. Kasar. Haha"

Kasar memandangkan kau degil dan keras kepala sangat. Bak kata M. Zain dalam cerita Seniman Bujang Lapok:


"Dia punya kepala, batu besar ada dalam duduk!"


Sekian.