Apr 25, 2012

Atuk, Kalau Bersin Nak Sebut Apa?

Teringat masa aku masih lagi kecil, arwah atuk pernah cakap: "Kalau kita bersin, tutuplah mulut dan sebut Alhamdulillah, nanti Tuhan bagi kita satu pahala". Ya, betapa mudahnya untuk kita sebagai umat Islam mendapat pahala. Sebut 'Alhamdulillah' selepas bersin pun ada ganjarannya.

Gambar arwah atuk, Rahim Aripin dan aku

Kemudian aku bertanya kenapa kita perlu menutup mulut semasa bersin? Jawapan arwah atuk aku: "Kalau kita tutup mulut masa bersin, takdelah air liur kita tu kena kat orang lain. Kita orang Islam kan mementingkan kebersihan".

Aku pun bertanya lagi ( yelah, budak budak kan banyak bertanya ): "Tu bagi kita orang Islam, macamana pulak kalau orang bukan Islam?" Sambil menonton cerita Hindustan lakonan Amitabh Bachan, arwah atuk aku pun selambe menjawab: "Mat saleh tu semua sebutlah 'Excuse Me' ke, 'Pardon Me' ke, ikut adab dan cara diorang lah".

Bila terkenangkan semula, rindu pula pada arwah atok aku. Arwah meninggal semasa aku berumur 8 tahun kalau tak silap. Segala macam persoalan mengenai hidup dan agama, dia tahu jawapannya insya Allah.

Kalau arwah masih lagi hidup, aku nak sangat tau apa dia cakap kalau orang bersin dan jadi begini? Apa yang perlu disebutkan? Alhamdulillah? Excuse me? Apa hukumnya?

















Ni goalkeeper team Ajax, bersin sampai tertanggal gigi palsu. Sempat lagi ditangkapnya tu! Takde basuh, terus je masuk mulut balik. Hah, apa hukumnya ni? Dapat pahala? Dapat dosa? Makruh? Aku rasa kalau arwah masih hidup, dia akan kata hukumnya 'Gelakkan aje beramai ramai, dapat pahala sebab buat orang gembira'. Hahaha.

Saja je nak post entri yang tidak serius sebegini, selalunya asyik pasal paranormal dan serius aje bunyiknya.

2 comments:

SURIA AMANDA said...

wakakakakakakakakak.....aduhai...sakit perut...suka entry ni...i followwwww....

De' Nurul said...

Hahahahhaha kebas pipi gelak baca entry ni. Buat lawak pulak adamvai neh.