Dec 9, 2012

Abnormal : Bermalam di Kubur

Tatkala badan terasa letih setelah penat seharian bekerja, tiada tempat lain yang lebih selesa dan nikmat selain tilam empuk di rumah. Kena pula baru lepas mandi, dapat baring peluk bantal sambil meregangkan badan serta otot otot yang lenguh. Fulamak memang layan beb wa cakap sama lu. Dapat pula waktu hujan, lagi sedap tidur tarik selimut!

Itu bagi kebanyakan manusia normal. Bagi yang tidak normal pula seperti aku, lain pula jadinya.

Pada 3 Disember 2012 yang lepas ketika sedang leka aku melakukan kerja, terdengar aku pada satu perbualan di meja hadapan aku di kedai mamak. Dua orang lelaki berbadan tegap dan sasa hangat menceritakan pengalaman mereka yang terpaksa melintas di hadapan tanah perkuburan lewat malam semalam. Salah seorang dari mereka berkata: "Tak berani aku nak lalu depan kubur semalam. Dah la gelap, scary pulak tu! Malam ni kita lalu ikut jalan jauh sikit lah".

Aku pandang badan dia, kemudian aku pandang badan aku semula. Terdetik dalam hati aku: "Aik, badan kau 4 kali lebih besar dari aku pun kau takut nak jalan depan kubur waktu malam? Pelik".

Sepanjang dalam perjalanan pulang kerumah, aku berfikir:

"Kenapa kebanyakan manusia takut nak melewati kawasan tanah perkuburan waktu lewat malam?"

Persoalan yang sama tetap bermain didalam benak fikiran aku walaupun sedang melakukan kerja dihadapan laptop petang itu. Oleh itu, disebabkan pemikiran aku yang tidak normal maka keluarlah statement sebegini di akaun Twitter aku sendiri.




Aku dah check dengan mak aku sendiri, aku dilahirkan dalam keadaan normal dan cukup sembilan bulan. Sempurna sifat tubuh badanku ini. Entah celah tang mana tah datangnya tabiat abnormal aku yang suka dengan aktiviti paranormal sebegini.

Mungkin apabila ada yang terbaca tweet aku yang sebegitu mereka akan mengatakan aku gila (memang ada betulnya disitu). Hilang akal ke apa nak tidur kat kubur? Aku pun agak begitu, jauh dalam sudut hati turut mengatakan tak mungkin akan cecah 1000 Retweet. Mustahil.

Tapi aku taktahu pula di Malaysia ni ramai manusia yang suka melihat manusia lain buat kerja gila, Dalam masa tiga jam, dapat juga cecah 1000 Retweet!




Mahu atau tidak, aku terpaksa la juga tidur di kubur malam itu. Janji harus ditepati beb, bukan janji dichappati. Tapi jauh dalam sudut hati agak teruja dan seronok juga dapat tidur dalam lubang kubur seorangan. 

Tepat jam 12 malam aku sampai di lokasi 'menyeramkan' tersebut. Sempat aku bergambar seorangan di hadapan kubur tersebut.



Kebetulan ada tanah perkuburan kaum India juga berhadapan tanah perkuburan Cina ini. Membuatkan malam ku ini lebih menarik.



Malam itu aku cuma membawa dua biji phone aku iaitu Blackberry Torch (untuk cahaya), iPhone 4 (untuk gambar), sebilah pisau untuk keselamatan dan sekotak rokok Benson untuk menghiburkan hati tatkala melepak dikalangan mereka yang sudah mati.

Aku sempat rakamkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua sepanjang aku berada disana seorangan. Mana la tau sambil membelek tu ada ternampak satu atau dua 'kepala' yang menyelit nak enter frame gambar.






Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. Pergi bawa peralatan ala kadar sahaja. Dan dibawah beberapa lagi gambar yang diambil malam itu.






Nothing much happened that night. Kadangkala ada terdengar bunyi seperti orang bercakap dan berjalan di celahan kubur lama. Cuma sedikit bahaya apabila terdapat beberapa kumpulan anjing liar yang berkeliaran disekitar kawasan tersebut. Bila bunyi anjing tu menyalak lagi terasa seperti bukan aku seorang sahaja yang berada disitu.

Niat di hati ingin tidur didalam salah satu kubur lama dikawasan itu, tapi setelah dua jam mencari masih belum berjumpa. Maka aku pun tertidur di sebatang pokok lama yang tumbuh disitu. Padahal disitulah lokasi dimana aku seringkali ternampak dan terdengar bunyi orang bercakap dan berjalan. Bila aku check, tiada siapa. 

Mana tahu kalau aku terlelap disitu dia akan kejutkan ke atau tanya khabar ke.

Kalau tak silap aku tertidur di pokok itu jam 2.45 pagi dan terjaga pada pukul 5 pagi. Alhamdulillah tiada apa apa perkara buruk yang berlaku sepanjang aku disitu.

Tepat jam 5 pagi aku pun pulang!

Niat aku melakukan perkara sebegitu bukanlah apa. Aku cuma ingin menunjukkan bahawa kawasan tanah perkuburan ini sebenarnya satu tempat yang tidak perlu kita takutkan. Bila mati kemudian hari, kita akan ditempatkan seorangan di kubur juga. Berseorangan, didalam gelap, tiada siapa untuk berborak kecuali merenung kembali perkara perkara yang pernah kita lakukan sewaktu hidup dahulu.

Kita hanya perlu takut kepada Tuhan sahaja didunia ini dan tidak kepada makhlukNya yang lain. Bukannya ada apa disana, cuma mayat manusia dan mungkin roh mereka yang telah mati. 

Sebagai umat Islam kita juga digalakkan untuk mengingati kematian. Bersendirian disana malam itu, telah banyak mengubah cara aku berfikir mengenai kehidupan dan kematian. Mungkin cara aku berbeza dengan kalian, rambut sama hitam hati lain lain.

I have gone to Hell and came back, alhamdulillah. It was a good personal experience for me.


1 comment:

mailey jayley said...

wahhh berani nye !! kalo mai tue , dah lari dah . . jasad je tinggal situ tp roh ntah lari ke mana agak ny :)