Memaparkan catatan dengan label Toyol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Toyol. Papar semua catatan

14 Jun 2013

10 Filem Seram Yang Korang Wajib Tengok!

Updated June 2017

Salam.

Jikalau anda membuka entri ini, sudah tentunya anda meminati filem genre seram, bukan?

Genre seram ini bukan bermakna ianya satu cerita hantu sahaja. Sejak kebelakangan ini kita melihat genre seram berevolusi menjadi lebih dari sekadar just another horror flick kepada sesuatu yang membuatkan kita takut untuk tidur malam. 

Industri filem sekarang pun semakin rancak mengeluarkan filem berunsur seram. Kalau tiada permintaan, masakan ada keluarannya kan? Ada segelintir yang suka dengar dan tengok cerita hantu, tapi takut nak mengalaminya sendiri.

Itu sebabnya cerita begini tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang : Jauh di dalam sudut hati, manusia suka ditakutkan.

Ada beberapa filem seram yang aku rasa bagus tetapi aku tidak khususkan kepada cerita hantu sahaja. Kerna bagi aku elemen seram ini terlalu luas. Everyone has their own interpretation of what Fear truly is. Apa yang aku nukilkan disini adalah berdasarkan jalan penceritaan, tema, sinematografi, musik, sejarah, logik akal dan lain lain lagi di dalam sebuah filem tersebut yang aku rasa bagus.

I hope you will enjoy these movies as much as i did.

1. The Exorcist


Pertama kali menonton cerita ini ialah semasa aku berumur 7 - 8 tahun. Seram nak mampus (masa tu la..) sampai aku takut nak tidur malam sendiri. Masa kecik takut tapi bila dah tua bangka begini pergi mencari pula benda tu. 

Cerita ini diadaptasikan dari buku The Exorcist tahun 1971 hasil karya William Peter Blatty dan merupakan satu kisah benar yang mengisahkan kesengsaraan seorang gadis muda yang dirasuk syaitan. Seorang paderi kemudian dipanggil untuk melakukan upacara exorcism keatas gadis tersebut.

Aku suka cerita ni sebab cara dia berkomunikasi serta caci maki dari syaitan itu sesuatu yang kerapkali berlaku ketika upacara membuang syaitan yang merasuk badan pesakit. Kalau korang nak tengok bagaimana keadaan sebenar exorcism tapi takut nak tengok dengan mata kepala sendiri, cerita ini korang kena tengok. 


 2. The Exorcism of Emily Rose

Jennifer Carpenter sebagai Emily Rose

Emily Rose yang sebenar
Filem tahun 2005 ini tetap di dalam list aku sebagai satu cerita paranormal yang baik dari segi special effects dan penceritaan. Selain itu ianya turut menunjukkan bagaimana upacara exorcism dilakukan di dunia nyata dari segi agama Kristian. 

Cerita ini diadaptasi dari kisah sebenar dimana seorang gadis bernama Emily Rose diganggu oleh beberapa 'syaitan' di dalam hidupnya. Walau bagaimanapun Emily meninggal dunia setelah bertahun tahun dirawat oleh beberapa orang paderi. Cara penceritaan yang cuba disampaikan melalui kes mahkamah Emily Rose ini juga membuatkan filem ini lebih menarik.

Kisah sebenar ini merupakan salah satu kisah menarik di dalam dunia paranormal antarabangsa. Lakonan Jennifer Carpenter sebagai Emily turut mendapat anugerah Best Frightened Performance di MTV Movie Awards selain filem ini yang masih lagi tersenarai didalam Top 100 Scariest Film Ever Made.  


3. Mama




Filem seram ini yang dikeluarkan pada tahun Januari 2013 terus mendapat tempat didalam hati aku. Ketika dimana kebanyakan filem seram masih lagi menggunakan taktik kejutan dan special effects seram, filem Mama ini membawa nafas baru kepada genre horror.
  
Ia mengisahkan dua orang kanak kanak yang ditinggalkan di sebuah rumah usang di dalam hutan dan kemudiannya dijaga oleh satu 'makhluk halus' yang dipanggil Mama. Beberapa tahun kemudian mereka berdua ditemui semula oleh pakcik mereka dan dibawa tinggal bersama, tetapi mereka tidak mengetahui yang Mama turut mengikut mereka kemana mereka pergi.

Jikalau anda meminati filem berunsur old school horror, anda wajib menonton filem ini.


4. The Conjuring



Pertama kali filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, ramai yang memuji dan sibuk bercerita mengenainya di socmed. Salah satu sebabnya ialah pengarahnya James Wan berasal dari Sarawak, Malaysia.

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa James Wan juga pernah mengarahkan filem filem seram yang bagus seperti Insidious, Saw dan Dead Silence.

Cerita ini mengisahkan pasangan Ed dan Lorraine Warren yang juga ghost hunters atau pengkaji paranormal menolong sebuah keluarga yang diganggu entiti paranormal di rumah baru mereka. Walaupun ianya berdasarkan kisah sebenar, tetapi kebanyakan fakta didalam kisah ini telah diubah untuk diselaraskan dengan genre seram. 

Pengarah filem The Conjuring - James Wan

Filem ini menduduki tangga keempat didalam carta personal favorite aku. Review yang lebih lanjut mengenai filem ini boleh dilihat di blog sahabat aku Feris Othman Yunos. Klik disini untuk membaca review filem ini (tiada spoiler!)


5. Ju - On : The Grudge



Aku masih lagi ingat waktu pertama kali aku menonton cerita ini ketika ianya keluar pada tahun 2002. Jam menunjukkan 2.30 pagi dan aku di dalam sebuah bilik gelap di kampung. Selepas sejam menonton cerita ini aku terdengar ketukan di pintu bilik sebanyak tiga kali. Ketika pintu dibuka, tiada sesiapa pun diluar bilik - cuma kegelapan.

Filem ini muncul ketika genre seram / horror masih lagi belum mendapat sambutan ramai di Malaysia. Ia turut memecahkan persepsi masyarakat bahawa filem seram mampu dimanipulasikan dengan berbagai cara baru. Sebuah nafas b
aru bagi genre horror, kejayaan Ju On turut membuka ruang kepada filem seram dari Jepun untuk mula bertapak di seluruh Asia dan juga Barat sekaligus menaikkan nama filem ini mencapai Cult status.

By the way, hanya filem Ju-On pertama je yang best. 



6. The Wailing


Apabila kita membicarakan mengenai satu filem seram yang bagus dari pelbagai aspek, filem The Wailing dari Korea ini pasti menjadi tajuk bualan. Filem ini mengisahkan seorang anggota polis bernama Jong-Goo yang terpaksa menyiasat beberapa kes pembunuhan dan penyakit misteri di dalam kampung kecil jagaannya. 

Filem tahun 2016 arahan Na Hong Jin ini umpama sebuah kotak misteri apabila kita mula menontonnya. Tempo cerita ini mungkin agak perlahan dari biasa bagi sesetengah penonton dan plot cerita yang agak komplikated kadangkala membuatkan kita sukar memahami apa yang sebenarnya terjadi di dalam filem ini. 

Walaupun begitu persembahan dari setiap pelakonnya memang antara yang terbaik pernah aku lihat di dalam genre seram.  Dapat juga kita lihat upacara menghalau hantu dari sudut agama masyarakat Korea. Pengarah filem ini bagi aku, sengaja mencipta filem pelik dan komplikated seperti ini. Ianya satu filem yang membuatkan kita berkata "Oh ini rupanya! Patutlah muka dia camtu bila benda ni jadi.." bila kita menontonnya semula. 

Disebabkan filem ini, pengarahnya Na Hong Jin telah memenangi beberapa Award seperti Best Director dan Best Film bagi KOFRA Films Award dan Asian Films Award. 


7. The Autopsy of Jane Doe

 
Filem yang mengisahkan tentang satu mayat wanita misteri yang ditemui di lokasi kejadian jenayah. Mayat wanita tersebut kemudian dihantar ke pejabat koroner untuk dibedah siasat dimana ianya mengundang lebih banyak persoalan berbanding jawapan.

Bagi aku ini satu filem menarik dan mempunyai jalan cerita yang fresh. Ia umpama drama CSI dicampurkan dengan elemen seram. Filem ini mengingatkan aku kepada kebanyakan kisah seram yang aku dengar dari kawan dan sahabat yang bertugas di hospital dan rumah mayat.

Filem yang amat sesuai ditonton bersama pasangan anda.


8. Evil Dead


Filem ni ada dua versi dan bagi aku kedua duanya mempunyai daya tarikan, penceritaan dan pembikinan yang tersendiri. Versi original tahun 1981 lebih banyak menjurus kepada makeup effect manakala versi baru tahun 2013 telah memberi filem klasik ini satu nafas yang baru. Lebih seram. Lebih menggerunkan.


Seperti biasa filem ini lebih enak dinikmati dalam keadaan gelap, baru effect seram tu sampai. Ada beberapa babak yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai ditonton oleh kanak kanak. Parental guidance is advised.


9. Emelie


Sebuah filem yang mampu menimbulkan perasaan takut jauh di dalam sudut hati, terutama sekali bagi mereka yang bergelar ibubapa. Adakah anda merasa selamat meninggalkan anak anak anda di tangan pengasuh mereka? Kesimpulannya, it is every parent's worst nightmare come true.

Harus diingatkan ini bukanlah sebuah filem hantu walaupun diklasifikasikan sebagai Horror / Thriller. Selalu dok layan cerita hantu pun boleh naik muak jugak kekadang, kan?


10. Resident Evil : Vendetta


Aku tak pernah suka francais Resident Evil yang dilakonkan oleh Milla Jovovich. Selain dari jalan ceritanya yang ntahapehape, sambungan plot dalam setiap sequel juga tidak sejajar. Pening kepala. Secara jujur aku tengok sampai third installment jer. 

Berlainan pula dengan filem animasi CG terbaru Capcom iaitu Resident Evil : Vendetta. Filem ini bagi aku merupakan installment yang terbaik antara trilogi animasi Res Evil. Walaupun fmovie animasi tetapi direktor Takanori Tsujimoto berjaya membuatkan aku sebagai penonton terpaku di kaca tv. Dia punya scene bergaduh memang padu dan setaraf dengan filem aksi Hollywood seperti John Wick. Sumpah tak tipu. 

Dia punya babak bergaduh lagi real dan logik dari francais Res Evil versi Milla Jovovich.

Taraf CGI yang dipaparkan dalam filem ini juga bukan calang calang. Ada beberapa scene dalam movie ni aku tak rasa macam tengah tengok filem animasi sebab hasil kerja diorang real giler. 

Walaupun begitu ianya tetap filem animasi. Korang yang peminat tegar Res Evil sejak zaman PS One memang konfem stim lah kalau tengok movie ni.  
 

Tambahan : A Haunted House

Sebagai tambahan, jangan lupa juga menonton filem berjudul A Haunted House lakonan Maelon Wayans. Filem genre komedi seram ini wajib ditonton oleh semua peminat filem horror. Aku pun kebetulan sebenarnya terjumpa movie ini. Aku agak skeptik juga sama ada filem ini mampu membuatkan aku gelak, tapi selepas menontonnya sekali aku gelak tak berhenti.

Masuk semalam, dah 58 kali aku tengok filem ini..




Kalau korang berminat dengan dunia perfileman, boleh layari blog sahabat baik aku Feris Othman di link disini. Berbagai review menarik mengenai filem antarabangsa dan tanah air terbaru yang ditulisnya.

Kalau tak tahu nak buat apa di hujung minggu atau nak tengok cerita apa di waktu malam, pergi dapatkan filem filem diatas. Beli yang original.

Dan jangan lupa tutup lampu sewaktu menonton!

23 Apr 2013

Gambar Didakwa Syaitan Dalam Masjid

Baru baru ini saya lihat ramai yang menghebahkan sekeping gambar yang didakwa sebagai 'jin' atau 'syaitan' di dalam masjid. Tak kurang juga ada yang terlalu ekstrim hingga mengatakan ianya gambar 'malaikat maut'. Part terakhir tu yang paling kelakar sekali.

Disini saya kongsikan gambar yang dimaksudkan itu sekali lagi.








Inilah gambar 'hantu' yang dimaksudkan. Menurut apa yang aku dengar, dikatakan kita dapat melihat satu lembaga hitam besar sedang berdiri melihat seorang qariah masjid membaca Al Quran.

Seriusly.. apa benda ni? Walaupun telah diletakkan tiga batang anak panah untuk menunjukkan apa yang sepatutnya aku lihat, tapi aku tak nampak apa pun.

Mengikut pandangan aku, apa yang sedang aku lihat sekarang ialah sebatang tiang hitam di tepi mimbar. Boleh juga jadi stand untuk kipas dalam surau.

Kemudian posisi kamera yang nampak macam sengaja hendak merakamkan gambar tersebut supaya ianya nampak seperti satu lembaga hitam.

Pada pandangan aku, ini ialah sebatang tiang. Mungkin kipas. Mungkin apa apa sahaja. Asalkan ianya boleh disangkal, bagi aku ini bukan gambar paranormal.

Usah mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa sebagai 'hantu' atau 'paranormal'. Kaji dan singkap faktanya terlebih dahulu.

Sekian.


27 Mac 2013

Kisah Membuang Saka Seorang Imam (Part 3)

Kalau korang baru je baca mengenai kisah ini dan belum baca part sebelunya, boleh baca di link ini.

Mari kita habiskan kisah durjana ini.

Jadi keris yg dimatikan tu aku simpan elok elok. Itu dah jadi trump card aku melawan jembalang tanah tu. Kiranya dia dah takde tempat lagi utk bersantai dan charge energy sbb 'rumah' dia dah aku pagar.

Sedikit information kat sini utk korang. Jembalang tanah ni as u all dah tau by now ialah saka bro haji ni. Salah satu amalan utk menyimpan saka ni mengikut cara orang dulukala ialah 'menyimpan' jin / hantu / setan suruhan atau belaan mereka ni dalam barang lama yg melambangkan kekuatan dan sentiasa bersama mereka. Sebagai contoh ialah keris, lembing, tombak (bukan rancangan Tom Tom Bak kat Astro tue), cincin, pedang dan sebagainya.

Inilah yg dipanggil 'rumah' atau tempat 'persinggahan' makhluk belaan ini semua. Ada cara penjagaan yg tersendiri bagi setiap makhluk dan rumah mereka ini. Contoh, keris akan diperasap setiap sekali seminggu, dimandi limau, diberi bau-bauan spt minyak attar, dijampi, diseru dan sebagainya. Ini adalah tenaga bagi makhluk itu dan rumahnya. So sebab tulah aku bengang masa hantu pundek ni dok energize semula lepas dah kena pulun dari aku. Rupanya haji keris ni dipegang oleh seorang saudara haji ni dan diberi tenaga sekali seminggu. Menyirap darah aku bila aku dapat tau info ni. Takpe.. kerisnya dah aku pegang dan matikan. So jembalang tu memang dah takde chance nak re-energize balik dah. Kat bawah ni ada aku sertakan gambar keris tu sekali masa malam yg aku matikan tu. Korang sendiri la tgk. Aku dah puas tgk keris tu. Siap tido sebilik lagi dgn keris puaka tu sampai sekarang.


Keris Pusaka

Masih mempunyai kesan darah kering

Jadi timeline yg kitorang bagi sebelum buat closing utk haji ni adalah lebih kurang seminggu. Instructions dah diberi pada anak haji ni berkenaan apa yg perlu dibuat dgn barang barang yg aku bagi tu. So far diorang kata diorang dah buat semuanya. Alhamdulillah. Tujuan aku buat macam tu ialah utk tengok apa result yg akan terjadi lepas tu. Niat yg lain ialah utk balas dendam dan dera jembalang tue. Dera beb jangan tak dera.

Apa yg dia dera dan seksa keluarga haji tu, 10 kali lagi seksa aku counter balik. Itu belum Allah SWT punya seksa lagi pada dia. Allah SWT yg Maha Esa.. dia yg berkuasa di dunia dan di akhirat. Al maklum la, dia kan 'Big Chief'. Ilmu dan kuasa yg Dia beri pada aku ni pun dari dia.

Lepas 3-4 hari anak anak dia kata bro haji ni makin pulih, dah kurang meragam dan tak kecoh sangat. Kalau dia kecoh pun aku suruh diorg renjis air yg aku jampi tu. Kira mcm Holy Water versi Islam la tu. Apa, korang ingat org Kristian aje ke yg ada Holy Water? Islam pun ada la..

Satu lagi tips. Kalau korang taktau nak buat mcmana Holy Water Islam ni, dan tergagap gagap time terserempak dgn hantu pastu lupa segala mcm surah dan ayat suci Al Quran, korang ludah aje hantu tu 3 kali. Nanti lari la diorg tu. Setan ni sebenarnya amat takut dgn air liur manusia. Kalau korang tak percaya korang cuba la. Lain kali kalau nampak toyol, ludahkan aje kepala botak dia tu. Kalau ikut hati aku.. aku tendangkan aje. Bukan toyol tu boleh buat apa pun. Tapi jgn la korang tendang / ludah masa dia tgh relax and dok main main. Kurang ajar namanya tu. Buat time korang nampak dia nak mencuri aje. Eh..dah lari topik nie..sorry.

Jadi disebabkan jembalang tu dah takde tempat berteduh, nak lari sorok2 dalam rumah pun dah tak boleh (sebab aku dah pagar), dia merempat aje la dalam badan bro haji nie. Hantu tu dah lemah, makanan takde, siang malam dok kena tibai depan belakang kiri kanan, so as a last effort dia seksa la keluarga haji ni. Family dia tidor tak boleh, kena maki hamun, buat fitnah nak melaga - lagakan family haji ni, macam macam lagi la setan tu buat.

Kesian aku tgk family dia.. tapi aku cukup kagum dgn isteri bro haji ni. Tak kira apa yg setan tu buat kat dia, isteri dia tetap jaga bro haji ni siang dan malam. Tak ada dia mengeluh, takde dia putus asa, takde dia complain walau sikit pun. Setiap 5 minit bila haji tu suruh urut, dia urut. Suruh siap makanan, dia siapkan tapi haji tu tak makan. Suruh sapu minyak setiap lima minit, dia sapu tapi lepas tu haji tu suruh sapu lagi sebab nanti katanya "Bila kau sapu? Mana ada kau sapu?". Kena baling dgn bekas air kencing tu dah berapa kali dah, tapi dia sabar dan bersihkan. Selama aku tlg mengubatkan haji tu, tak pernah sekali dia menangis atau complain tak tahan dgn perangai haji tu. Padahal apa yg terjadi bukan salah isteri dia, tapi kesilapan haji tu sendiri. Isteri haji tu aku tengok banyak sabar, banyak berdoa dan sayang betul pada suami dia. Alhamdulillah.. bertuah bro haji tu dpt isteri sebegitu.

Susah nak cari bini mcm tu. Bukan aku nak kata semua kaum Hawa ni takleh jadi begitu.. memang boleh dan memang ada. Tapi tak ramai dan susah dicari. Bak kata kepala singa dalam citer kartun Lion King tu, "Diamond In The Rough"..

Wokeh.. sambung story. Lepas dengar citer dari anak anak haji ni yg haji makin ok dan banyak rest dan tido, aku dan mereka set date utk buat final cleansing, battle and closing. Lepas solat Zohor diorang datang jemput aku dirumah, dapat aku merasa makanan dirumah mereka. Rezeki beb, alhamdulillah. Sedap gak diorang masak rendang.. dah lama aku tak makan rendang. Rendang style kampung ni lain rasanya. Rendang yg kat bandar ni kebanyakannya datang daripada packet. Lain rasanya.

Ahhh... anyway. Time tengah makan tu aku tengok haji tu ada meragam sikit sikit. Aku pun gatal pegi bukak mata ketiga aku nak tengok benda tu. Nampak dia dok atas abang haji tu sambil buat muka seposen nak minta belas kesian, sebab taknak kena pukul lagi and kena buang. Padan muka kau.. aku tutup mata ketiga and sambung makan. Lagi best layan nasik dari layan jembalang tu. Huuhuu..kau tunggu.


Setelah barang barang utk start ritual cleansing dah siap prepare, proses pun dijalankan. Macam biasa, surah dan ayat suci seperti Al Fatihah dan selawat nabi dibaca utk mendapat berkat dari Allah SWT. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan tak ada halangan langsung, tak seperti masa berubat pertama kali hari tu. Hari tu bermacam halangan. Nak buat kerja pun susah and hard to concentrate. Semasa proses tu, aku minta anak lelaki dia tolong aku pagar rumah sekali lagi dgn garam yg aku sediakan dan tulis surah Qursy diatas sekeping kertas utk ritual lepas cleansing ni nanti.

Aku tgk udara dlm rumah dah makin sejuk, aliran udara pun semakin lancar dlm umah, tempat tempat melepak jembalang tu mcm dalam rumah dah kosong, maknanya rumah tu dah bersih. Set..bila line dah clear, boleh tarik setan tu keluar dari badan haji tu. Inilah masa dan saat yg ditunggu tunggu oleh aku setelah sekian lama. Ayat dan cara cara menarik keluar setan memang aku selalu ingat.. just in case kalau ada lagi kes kes sebegini. Hehe..

Aku bukak mata ketiga jap.. nampak setan tu dah lari balik masuk bdn haji tu. U can run but u cannot hide. Aku tutup mata balik. Kalau dibiarkan terbuka mungkin aku boleh kena tipu dgn lahanat nie. Kena pakai kuasa batin nak cari dia dan tarik keluar.. cara tradisional and radical tp 100% berkesan. Aku berdiri sebelah haji tu. Aku atur nafas, tutup mata dan bukak telapak tangan utk start 'scanning' badan haji ni. Seperti biasa, aku start kat ubun ubun kepala. Hmm..terasa kosong. Aku alih turun ke bawah.. masih lagi kosong. Turun lagi sampai ke kaki.. masih lagi kosong.

Pundek.. mana tapir ni menyorok ni? Tak bole jadi ni..takpe, aku cari kat saluran darah. Korang tau tak betapa susahnya kalau benda ni menyorok kat saluran darah? Saluran darah kat badan manusia ni berlingkar dan berlipat lipat.. memang payah mencari. Aku peduli apa.. dah menjadi tanggungjawab aku utk menolong keluarga ni. Aku teruskan mencari. Dapat rasa kat tengkuk dia, aku try genggam tapi terlepas. Takpe.. sambung lagi. Aku turun scan sampai kaki. Tak dapat.. rasa aliran darah bergerak ke kepala. Aku naik balik, genggam tapi dia masih lagi terlepas. Sabar Adam, sabar. Aku main helah. Aku buat buat cari kat pinggang, umpan dah mengena dan dia lari ke rumah iaitu ulu hati. Aku terus terkam. Dapat pun setan nie!! Kau ingat kau sorg aje bole main tipu tipu ni? Aku pun bole la.. bak kata Lady Gaga "No one can read my Pokerface..".

Aku baca ayat suci utk kuatkan genggaman. Dah tak dapat dia lari kali ni. Masih lagi power haram jadah ni. Sampai panas and menggigil tangan aku. Terasa masa tu ada dua pasang mata sedang memandang proses ni, aku agak family dia tengah tengok kot. Lantak la.. asalkan tak ganggu konsentrasi aku. Aku susun nafas biar cantik, kuatkan batin dan terus tarik slow slow sebab takut spirit haji ni ada yg melekat dengan setan ni. Dah dapat tarik habis, aku bawak kuar rumah dan biar dia kena belasah separuh mampos dulu. Mendapat la habuan kau. Puas hati aku..

Tengah aku resting aku pekena telur rebus 3 bijik sambil tunggu jembalang tu kena sepak terajang. Lama gak la, tau tau aku tengok dia dah siap kena ikat dan lembik nak macam dah takde tulang sebab kena lauk. Aku biarkan dia kat situ dulu. Bila dah siap makan dan semua instructions dah diberitau kat family haji nie, aku kurung barua ni dalam botol. Double seal lagi.. utk keselamatan dan insurance. Dah habis semua tu, family diorang ucapkan terima kasih terutama sekali isteri haji itu and hantar aku balik umah. Sebelum balik, aku check lagi rumah dia. Semua ok. Kerja disini dah selamat dan selesai. Alhamdulillah. Botol berisi jembalang tu aku bawak balik umah. Ada kerja lagi yg perlu diselesaikan bagi part aku. Aku kurung setan tu dalam botol nescafe kosong aje. Lagi luas lubangnya lagi senang kerja aku.

Sampai aje kat umah, aku lihat waktu maghrib hampir masuk. Cepat cepat aku habiskan kerja aku pada hari tu. Aku siapkan semua barang barang dan mulakan upacara untuk tutup keris tersebut for good. Kali ketiga aku bukak keris ni lagi, keluar lagi bau harum minyak attar. Masih lagi hidup keris ni tapi nyawa nyawa ikan. Nak buat macam mana.. memang keris ni power. Cara terbaik ialah untuk seal aje keris nie. Aku belek dan pegang keris ni, nampak gaya dia memang tak melawan dah. Cuma keris ni dapat rasakan jembalang tu dekat, memang la dekat sebab botol berisi setan tu ada pada sebelah aku. Tanpa membazir masa aku terus naik shield dan seal keris tersebut. Terus hilang bau attar dan keris menjadi sejuk mcm ais serta merta. Aku ikat, sarungkan semula dan bungkus dgn kain putih. Aku tengok langit luar pun dah gelap.. malas pulak nak mencangkul pergi tanam botol ni lagipun aku dah letih banyak energy habis. Aku letak aje keris puaka dgn botol berisi jembalang tu bawah katil aku. Esok lepas solat subuh la aku pergi tanam. Sekurang kurangnya aku ada 'teman' untuk tidor malam ni. Heh.

Lepas subuh esoknya aku tanam botol dgn jembalang tu sekali. Sebelum tanam tu aku sempat tunjuk sign 'peace' kat setan haram jadah tu. Aku tgk bengang aje muka dia. Hehe..dah kau main kasar, aku cuma buat cara yang terbaik untuk memastikan kau tak mengganggu keluarga haji ni lagi. Lepas tanah terakhir ditempatkan, aku bakar rokok, buat nescafe dan rehat sebentar. Sambil tu aku diberitahu daripada seorang client aku yang terdahulu bahawa ada seorang kawannya ingin meminta bantuan aku untuk mengubatkan isterinya. Aku okay aje..janji rock. Nampak gaya penuh jugak tangan dan schedule aku nanti.

Selepas seminggu, anak anak haji tu beritahu aku bahawa bro haji tu semakin pulih dan mahu mula untuk bersolat semula. Alhamdulillah.. happy dan lega hati aku apabila dengar yang haji tu semakin pulih. Aku beritahu mereka supaya jaga haji tu dengan baik untuk beberapa minggu ini sementara dia harus pulih. Aku berharap dengan izin Allah SWT dia akan pulih dgn sepenuhnya dan kembali meneruskan tugasnya sebagai imam di masjid. Kita cuma berikhtiar dan berusaha tetapi Allah SWT sahaja yang menentukannya. Selepas ini aku ada ramai lagi client yang ingin meminta bantuanku. Insya Allah akan aku tolong semuanya sedaya upayaku. Walaupun cara aku berubat lain tetapi alhamdulillah setakat ini semuanya menjadi dan berhasil.

Cara aku mengubat ini radikal ataupun senang citer, berhaluan kiri didalam perubatan cara Islam. Aku tak pakai kopiah, tak pakai songkok, tak dudok masjid 24 jam sehari, takde hafal seluruh Al Quran, aku isap rokok, aku main band dan pergi jamming, aku dengar lagu2 Metallica, Rage Against The Machine, aku jarang dengar nasyid, dan mcm2 lagi. Yang penting bukan apa yang kita tunjukkan pada orang, tetapi apa yang didalam hati ini. Cuma ikut segala arahan Allah SWT dan tinggalkan segala larangannya.

Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Salam!

Kisah Membuang Saka Seorang Imam ( Part 2 )

Fuh alhamdulillah kenyang perut aku pekena sup kambing utk dinner malam tadi. Aku rekomen kalau ada sesape nak merasa sup ayam, kambing, lidah rusa dan sparepart silalah berkunjung ke gerai sup Maidin, kawan aku di Bangsar Baru.

Bagi mereka yang baru mengikuti kisah membuang saka ini, boleh refer kepada Part 1 kisah ini di link ini

Nampak gaya hasil bacaan kain hijau berbadi yang aku buat tu menjadi kat setan durjana tu. Family dia cakap org tua tu asyik terpekik terlolong minta tolong. Sebenarnya bukan org tua tu tapi jembalang dalam badan pesakit tu yg minta tolong. Sakit dah kena air ayat ayat suci Al Quran, garam dan macam macam lagi. Padahal pesakit yg sebenar takde rasa pape pun, cuma letih dan lemah ajer sebab badan dah kena control dek jembalang tue. Aku nak bagitau, kalau ada sesiapa jua yg masuk hospital sama ada sedara ke pak cik ke makcik ke cicit ke kucing ker..JANGAN SESEKALI BAWA BALIK APA APA BARANG YANG MUNGKIN DAH DIPAKAI ORANG LAIN. Dalam kes ni kain ijau tu ada badi pesakit2 spital yg mati ketika pakai kain tu. Mmg takde kena mengena secara direct tapi tetap menyumbang kpd masalah utama pesakit. Biar telanjang bogel balik hospital pun takpe. Takpun ikut stail Mr Bean, pakai kotak aje mamat tu. Respek..

Malam lepas tu, suami dia call bagitau aku dia on the way nak pegi amik keris tu dari sedara dia. Tapi dia sampai lewat sikit. Tak jadi aku melepak mlm tu. Takde hal la.. menolong org dlm kesusahan, sambil tu buleh aku layan Metallica.

Strategi aku ialah nak mematikan keris tu, biar setan tu takde 'rumah' dah.

Aku pun menunggu... bagai pungguk rindukan bulan. Pabila mereka suami isteri sampai didepan umah, aku sambut dan ajak masuk dalam umah. Tapi sebab dah pukul 2.30am diorang segan nak masuk umah. Sudahnya kami bertiga dok mencangkong depan umah macam cinapek main terup kat kampung. Teringat zaman ponteng sekolah kat St Johns dulu. Haha! Cerita keris dibuka, telinga dipasang dan rokok dinyalakan. Mengikut cerita yg anak dia dapat, keris tu dah 200 tahun lamanya dalam keluarga mereka, pemilik asal ialah hulubalang istana, penjaga keris ada ilmu kebal, bole pukul org dari jauh.. dan lain lain lagi. Alamak aih.. menarik nie. Keris dah 200 tahun ni. Lightsaber Darth Vader pun kalah camni.

Aduhh...lapar pulak perut ni. Goreng nasik jap laa...korang taknak makan ke?

Okeh.. sambung. Lepas diorang balik malam tu aku tak sempat nak matikan keris tu. Nak kena tengok dan kaji dahulu apa perlu dibuat dan surah apa perlu digunakan. Lain kes lain caranya. Tup tap tup tap, sedar sedar dah Subuh.

Lepas Asar esoknya aku demam panas secara mendadak. Keris puaka punya hal la ni, aku kena tempias. Lepas Maghrib lagi la teruk..sampai aku takleh bangun. Aku tau apa ubatnya. Aku gagahkan jugak turun bawah utk mengubatkan diri sendiri. Aku buka peti sayur kat peti ais.. cantik ah barang barang yg aku perlukan semua ada. Sediakan semua dan ingat apa yg patut dibaca. Lepas 30minit aku dah berjoget ikut rentak lagu Dewa 19. Alhamdulilah. Sakit hati punya psl aku tunggu time sesuai nak serang barua ni ikut ibu keris dia. Aku jeling keris yg berbungkus tu. Bak kata Berahim Pendek, "Kita tengok siapa yang kena!".

Bila semua dah complete, masa dah sesuai, barangan ritual dah sedia, menghadap kiblat, kaki disimpulkan, nafas diatur, aku mulakan dgn Surah Pembuka iaitu surah Al Fatihah dan selawat kpd junjungan besar Muhammad SAW. Gua bukak bungkusan.. nampak keris. Semerbak bau minyak attar menusuk hidung. Pandai juga dia berhelah.

Keris Durjana

Sesi mematikan keris

Keris dibuka.. perghh berkarat! Terasa keris ni berisi. Berat walaupun kecik. Dah pernah makan org mata keris ni. Sedang menelaah tetiba bilik gua rasa panas. Satu bunyi pun takde. Sunyi sepi. Tiupan angin luar pun takde. Banyak petanda boleh dibaca disitu. Bahaya jugak ni. Aku teruskan membelek keris puaka nie. Puas aku cari suis mcm lightsaber tu tapi takde, mana la tau keluar laser merah. Keris bergerak.. huh menarik ni. Aku bakar rokok sebatang buat syarat dan naikkan sheild. Seru dah mari. Perbincangan bermula. Cerita dibuka. Belajar sejarah keris ni sekejap. Baru la tau cerita asalnya. Lepas 20 minit upacara selesai. Boleh tutup dan matikan keris. Ayat2 suci Al Quran dibaca dan dihembus. Keris dah diam. Ringan pulak tu. Aku ikatkan keris tu dan bungkus semula. Ambik air masak segelas dan berselawat. Lega rasa badan. Selesai kerja aku malam nie. Padan muka kau setan.. kalau secara ganas kau ugut aku, ini secara sakit slow slow aku paksa kau menyerah diri. Puas hati ku..

Mulanya aku fikir nak lepaskan semula, timbul pula rasa kesian di hati aku. Tapi aku ubah fikiran lepas tengok dia masih lagi menyeksa pesakit dan keluarganya. Ikutkan hati aku kurung aje dalam botol sampai sangkakala ditiup. Akak tu bagitau aku pak mertua dia sekarang tetiba asyik merayu minta tolong. Asyik dok cakap "Tolonglah aku...kau tak kesian ke pada aku? Aku sakit nie.." Sebelum nie bukan main garang lagi kau sampai doktor dgn anak pesakit tu pun kau nak tumbuk. Sekarang kau minta tolong? Kau tak kesiankan isteri pesakit tu dok terseksa pagi dan malam? Urut kaki la, itu la, picit bahu la, ini la, kadangkala sampai kau baling bekas air kencing tu pada isteri dia? Kau tak kesian anak pesakit tu tak boleh tido melayan kerenah kau sepanjang masa? Orang datang melawat kau maki hamun kau carutkan mereka? Sekarang kau nak suruh anak anak dia KASIHANKAN KAU?? Nak aku carutkan kau 'babi', agaknya lagi elok perangai menatang haram tu drpd kau. Kalau kau nak bertukar tuan atau dilepaskan, bagitau la cara baik. Jangan la menyeksa orang yg tak berdosa.

Anak pesakit tu bagitau aku dia nak tengok rupabentuk setan tu masa aku nak buang nanti. Aku tanya sanggup ke kau nak tgk? Memori dia akan kau bawak sampai bila bila. Lebih kurang mcm lagu 'Memori Remains' dari Metallica. Dia kata dia sanggup sebab nak lepas geram tgk jembalang tanah tu kena belasah. Aku ok ajer. Mengubat utk closing nanti barulah akan aku bukakan 'mata' kau, tapi pastu aku tutup balik. Dia kata ok so aku menurut aje. Jangan nanti dia lemah semangat, kena sampuk pastu buat pogo pulak tengah tengah rumah tu. Letih nak menangkapnya nanti.

Ada sesetengah kes sampai jadi gila mcm Rosyam Nor dlm cerita Pontianak Harum Sundal Malam 2. "Lima pulo sen..lima pulo sen.."  Yang aku tau aku nak sembuhkan org tua ni dari seksaan setan jembalang.. dan jugak bagi penerajang Sweet Chin Musik ala ala Shawn Micheals kat setan tu. Kata sifu aku "Belasah jgn tak belasah".. bak kata Micheal Jackson pulak.." Just Beat It".

Dah buat closing ritual dan cleansing nnt aku update lagi alkisah ni. Sekarang ni kena tunggu pesakit tu banyakkan rehat dan pulihkan tenaganya sebelum aku rentapkan jembalang tu keluar dari badannya. Tapi sementara menunggu waktu tu sampai.. ada patient lain lagi yang masih lagi menunggu. Doakanlah kpd Allah SWT supaya org tua itu mudah mudahan cepat sembuh.

Allahuakbar!

20 Mac 2013

Bukit Tunku Ghost Hunt

I am sure many of you have heard about the legendary Bukit Tunku house in your search for Top Ten Most Haunted Places in Malaysia before. I personally have gone to the place many times myself. I personally do not find it haunted but rather peaceful. Stories about malevolent spirits and hardcore horror stories about the place are certainly just bedtime stories.

Anyhow, if you read my previous entry here regarding what happened when me and some friends went there, then you would know something weird happened to one of us.

Before setting off to the location, all of us were grouped at Saint's Bar and Kitchen in The Strand, Kota Damansara which is owned by Jeeva Jepp. The crew members for that night were the bar owner himself, Tan Sian HooJoe LeeIsya SulaimanFeris Othman Yunos and Fadzly Tajuddin.

So there we were, with our crude equipments and with most of the members with no experience in ghost hunting (except for me)  went and shot our first paranormal video documentary that night.


Saint's Bar and Kitchen
The food at Saint's bar is actually very good. I highly recommend food lovers to go and check it out. Great food at reasonable prices.

Tan (in charge of the camera) checking out the equipments

On our way to the location


Once we were on site, the crew which was in a happy and jovial mood suddenly turned quiet. We got the equipments we brought and went up to the abandoned house.


Discussion of a strategy


The maid's quarters at the back of the house

The side of the house

The crew getting prepped and ready

There are alot of stories and rumors about this particular house. After research and extensive digging up on old history i found out that the abandoned house used to be an old British colonial house. The family that stayed here before had a misfortune : the wife committed suicide in the first floor bedroom.

The first floor bedroom

We did not have the proper and necessary equipments with us on this first ghost hunting expedition. The best equipment that we have was a Nikon D90 and we used a standard home use video camera with a built in Night Vision function.


Probably the dining hall

Pathway which leads to the maid's quarters

The walkway between the main house and the maid's quarters

The main hall

Was hoping we could catch a glimpse of  'something' peeking inside

The main entrance to the house
It may look like the place is actually alight when we were on site. But it is totally the opposite. For lighting, all we had was a few torchlights.


A picture taken with a camera flash

This is the lighting condition at the time

Personally, like i said before i find this place to be really peaceful and comforting. However, some of us reacted quite differently on site that night.Some felt abit creeped out, some felt happy, while some just couldnt handle the emotional residual energy at the place. It happens to some people.




If you wanna know what happened during the filming that night, you can watch the video we have uploaded on YouTube on our own personal channel. Conveniently, i have inserted the video in this entry below.




Unfortunately, we did not capture anything on video and EVP that night due to the lack of proper equipments. But we did capture a few weird pictures though. It was a good thing that the Nikon D90 was a very reliable and good piece of equipment. You can check out the pictures below.

The Finding

At first we did not give much heed to these two pictures below. But after further analysis and comparisons, we believe the 'object' that we got are what paranormal researchers would call an 'Orb'. These orbs are said to be made of energy and electricity. It is normally found in places where paranormal activities are happening. The orbs that we caught was bright orange in color and seems to be moving from the first floor to the ground floor.


First Orb Picture
Same angle, taken a few seconds afterwards
Second orb, taken after the first

Same angle as the second picture, a few seconds after

The wall at the back is a solid cement wall. There were no lights that could have gone through the solid wall from the jungle behind. We also tested the walls to see if it could reflect light from the torchlights, but evidently it could not do so.

The second evidence that we found on site was captured when we first entered the location. Best part is, it was right beside one of the crew, Fadzly. It looked like some sort of smoky blue shape which paranormal researchers call Ectoplasm. Normally, this is the second form that entities will take after the Orb.

See the blue smoke beside him? Shaped like a 'W'

At first we also thought that it was the reflection from his jacket. But the picture below is what his jacket would be reflecting off.

This jacket is unadvisable for ghost hunting activities
The last evidence that we found on site was a bit trickier to spot at first. Looked normal as well, but upon careful inspection it looked weird on normal terms.


Can you spot the anomaly?
Zooming in
An orb and a... something?

What does not make sense in this picture is that the orb and apparition of somewhat looked like a face was so high up in the sky. At our current level, it was impossible for it to be lights coming off from a building. Plus there was no other picture of any building in the other pictures in the same area that we took. 

So what does it look like to you? I leave it to you to think about it.

Since it was our first time together as a group and the equipments we had is not meant for activities such as these, we apologize for the quality of some of the footage. Perhaps with much better equipments soon, we could capture more. 

Stay tuned as there will be other more places that we will visit and do a documentary soon. Be sure to subscribe to our YouTube channel here. 

Next on our list, a school is reported by the workers to be haunted by an entity which the Malays call 'pontianak' and the spirit of a boy is said to be haunting the school halls. Evidence are currently being analysed now as we speak. 

  
Do you have any haunted locations you would wish to know the answer to? Or you know someone who has a problem with the paranormal? Contact us at adamvai@icloud.com

Til next time!