Apr 20, 2012

Kisah Toyol : Fakta Atau Auta?

Masih terpahat di memori satu kejadian pelik yang berlaku baru baru ini ketika melakukan satu tinjauan paranormal bersama Kru Penyingkap Fakta 666. Memandangkan ianya satu cerita yang agak menarik untuk dikongsikan bersama, maka saya nukilkan disini.

Gambaran media mengenai toyol

Seperti biasa kru 666 mendapat panggilan untuk menyiasat kejadian pelik yang berlaku di sebuah taman perumahan. Mengikut dakwaan, kawasan perumahan tersebut sering diganggu dengan kehadiran toyol. Sejak beberapa tahun lepas beratus ribuan ringgit duit penduduk kawasan perumahan tersebut dicuri toyol toyol tersebut.

Apabila sampai di tapak lokasi kami disambut oleh jawatankuasa penduduk kawasan perumahan. Mereka mula menceritakan kisah yang dihadapi sejak bertahun lamanya. Kami hanya mendengar keluh kesah mereka: salah satu cara untuk mendapatkan info dan maklumat lebih tepat berhubung kejadian pelik ini.


Aku: "Dah berapa lama masalah toyol ini berlaku?"

Penduduk: "Ada lah lebih 10 tahun. Dah beratus ribu duit penduduk sini habis!"

Aku: "Kira kira dalam satu minggu, berapa kali kejadian ini berlaku?"

Penduduk: "Tiap tiap malam ada je rumah orang kena masuk toyol. Tapi tak menentu, kejap disana kejap disini. Makin kerap berlaku sejak kebelakangan ini daripada biasa. Dulu dia curi RM50, sekarang dah naik dan naik sampai ada hilang RM2,000 untuk perniagaan."


Toyol selalu dikaitkan dgn kes wang hilang

 Kalau diikutkan, jikalau setiap malam kejadian ini berlaku maknanya toyol semakin mengganas. Maka kami teruskan bertanya.



Aku: "Abang sendiri pun pernah hilang duit ke sebab dicuri toyol ini?"

Penduduk: "Pernah. Dah lebih 5 kali duit saya hilang. Ingatkan anak saya curi, tapi dia kata dia tak curi. Saya pun cuba sorokkan di tempat yang lebih selamat, hilang juga. Selit didalam Al Quran pun hilang juga. Pelik!"

Aku: "Selama kejadian toyol ini berlaku, siapa pernah melihat atau ternampak kelibat toyol tersebut?"

Penduduk: "Takde sorang pun pernah nampak. Itu yang hairan."

Aku: "Pernah ada panggil ustaz atau sesiapa untuk menolong selesaikan masalah ini?"

Penduduk: "Ada la juga panggil beberapa orang ustaz untuk pertolongan. Elok la lepas tu, tapi sebulan je. Lepas tu jadi balik. Tapi berbeza pandangan setiap yang datang menolong, ada kata toyol dua ekor, ada kata hantu raya, ada kata tiada apa apa.."

Ya, aku semakin pelik. Aku lihat abang Razali juga menggaru kepala yang bersadur besi. Banyak benda yang tak masuk akal disini. Sementara itu abang Mazidul sudah bangun dan mula merakamkan gambar. Aku teruskan bertanya..

Razali 'KTJ' Harun


Aku: "Kaum wanita disini ada pernah nampak, diganggu atau dicuri duit juga?"

Penduduk: "Setakat kami tahu, tak pernah lagi. Selalunya lelaki sahaja yang hilang duit ni. Anak lelaki saya pun pernah kehilangan duit sekali"

Razali: "Duit yang hilang dalam jumlah yang besar seperti RM2,000 itu sudah dilaporkan kepada pihak polis ke? Kan duit untuk berniaga tu. Gunakanlah alasan apa apa agar tindakan undang undang dituduh mencuri duit syarikat tidak berlaku"

Penduduk: "Takde pun kami report kepada pihak berkuasa"

Razali: "Setakat ini, berapa anggaran jumlah wang yang hilang didalam sebulan?"

Penduduk: "Kira kiranya adalah dalam RM10,000 sebulan."

Aku: "Abang ni semua nampak relaks je, macam tak takut ada gangguan toyol disini."

Penduduk: "Dah biasa dah begini sejak 10 tahun lepas. Dah tak tahu nak buat apa dah"


Memandangkan keadaan taman perumahan yang terang dan sesak, kami tidak dapat meneruskan siasatan pada malam itu. Kami hanya mampu mendengar cerita dan dakwaan penduduk perumahan tersebut. Selain dari itu kami takut barang barang kami 'disapu' oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Equipment ni pula bukannya murah..

Tapi bila difikirkan semula, banyak fakta dan data tidak masuk akal dan tak kena disini.

1. Dah lebih kurang 10 tahun tapi tiada siapa pernah nampak toyol dakwaan.
2. Kalau sebulan duit yang hilang lebih kurang RM10,000 maka kaya betul tokey toyol tu buat bisnes
3. Cuma lelaki sahaja yang selalu kehilangan duit, wanita tidak.
4. Duit perniagaan yang hilang tidak dilaporkan kepada pihak polis.
5. Perbezaan pandangan dan pendapat setiap mereka yang datang menolong.

Kalau diteliti, nampak seperti ada sesuatu konspirasi yang berlaku di kalangan kaum lelaki di kalangan penduduk di situ. Cuma menjadi satu misteri dan tanda tanya kepada persoalan tersebut. Semasa di dalam perjalanan pulang ke kereta, aku menyuarakan kemusykilan aku kepada abang Mazidul.


Aku: "Macam ada benda tak kena je bro kat sini. Banyak fakta tak tally."

Mazidul: "Memanglah, dekat kawasan ni kan ada port perjudian."

Aku: "Owh patut lah. Cover line lah agaknya semua story toyol tu?"

Suhaimi: "Humph! Semua muka kaki roulette je saya tengok tadi."


Moral pengalaman ini: jangan terlalu cepat percaya kepada sesuatu perkara sebelum faktanya diselidik terlebih dahulu. 

Kesian, toyol juga menjadi mangsa keadaan. Haha.

2 comments:

Mohd Shubhi said...

Saya juga mushkil dengan kes toyol ni....

Duit saya sering hilang sejak tahun 2003 lagi. Biasanya kalai saya letakkan / sorokkan RM1000 kat tempat rahsia, akan hilang juga dalam lingkungan RM200 ke RM300

Dek sering hilang, saya tak pernah lagi ada lebih dari RM100 dalam dompet. Tapi jika pecahannya banyak, akan hilang juga dalam RM20 ke RM30.

Sampai sekarang masih hilang sebegitu jika lalai dan biarkan duit banyak dalam dompet.

Baru tadi saya hilang sekeping RM50. Baru petang tadi saya keluarkan RM100 (2xRM50)... selepas Insya, saya keluar nak isi minyak kereta, tinggal hanya sekeping.

Isteri saya jadi mangsa sebab saya sering tuduh dia curi duit saya, tapi kesian sebab dia putus asa berkelahi dengan saya menafikannya...

Saya tak pasti samada toyol tu wujud atau tidak... tapi saya perlukan jawapan, sedangkan ia sesuatu yang sukar untuk dibuktikan...

Apa agaknya saya perlu lakukan sekarang?

Hakikatnya saya tak pernah sekalipun tengok toyol, tapi siapa agaknya yang sering curi duit saya sejak berbelas tahun yang lalu.

Saya pindah rumah, jauh untuk hindari duit hilang. Reda sekejap, kemudiannya jadi semula... pening bang oooi!

Rasanya macam nak jadi penyisat serius dengan kejadian sebegini... ada cadangan tak..?

Unknown said...

Ade ustaz ni yg blh halau toyol.byran tok mghalau toyol seikhlas anda.sila cll aku di talian maxis 01112250720.setahu aku toyol xkn curi wet dlm kitab al quran.ltkn wet krtas tngh2 kitab al quran toyol xkn curi.klu toyol tu curi jugak wet dlm kitab al quran xthu lh nk ckp ape mugkin bkn toyol ,mnusia yg curi la tu huhu