Saya kerap kali menerima soalan yang sama dari orang ramai mengenai kejadian paranormal di bulan Ramadhan. Ada yang percaya, ada yang tak percaya dan ada juga percaya manusia yang dok memonteng puasa itulah syaitonirrojim sebenar.
Macam macam..
Once and for all, saya ingin menyatakan disini bahawa "Ya, masih ada jin dan syaitan yang tidak di rantai pada bulan Ramadhan". Oleh kerana itu kita masih melihat pusat pusat rawatan tradisional Islam penuh dengan pesakit yang diserang histeria, gangguan makhluk halus dan sihir. Selain itu dapat juga kita perjelaskan mengapa masih berlaku lagi kejadian paranormal seperti di Eropah pada bulan Ramadhan.
Ada yang mengatakan "Oh itu lain timezone dia, sebab tu masih ada lagi jin, iblis dan syaitan di negara sana". Sila ingat kita berpuasa selama sebulan, takkan tak masuk lagi timezone dia untuk bulan Ramadhan? Tidak lupa juga ada yang mengatakan "Itu semua jin dan syaitan yang kafir dan duduk di negara lain, mana nak sama dengan jin dan syaitan kita disini". Tak kira lah sama ada mereka itu jin berasal dari England, Ju - On dari Jepun, Nang Nak dari Thailand atau bermisai kontot seperti Hitler dari German. Pendek kata mereka masih lagi dari kategori jin, iblis dan syaitan dan masih lagi ada di bulan Ramadhan.
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.”
Hadits di atas dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Shahih-nya kitab Ash-Shaum, bab Hal Yuqalu Ramadhan au Syahru Ramadhan no. 1898, 1899.
Daripada petikan ini, ramai yang berpendapat bahawa segala jenis jin, iblis dan syaitan telah diikat dan diseksa oleh malaikat sementara manusia aman, tenteram relax dan happy menghadapi kehidupan seharian tanpa risau diganggu oleh jin dan syaitan. Maka timbullah persoalan yang seringkali kita dengar di bulan Ramadhan. "Ada syaitan ke di bulan puasa ni?"
Para ulama bercanggah pendapat di dalam perkara ini. Ada yang berpendapat semua jin dan syaitan di ikat dalam bulan puasa dan yang tinggal hanyalah nafsu manusia itu sendiri. Ada juga para ulama mengatakan cuma syaitan yang ganas dan berpangkat 'General' sahaja yang dirantai sementara iblis iblis yang kecil ini dibiarkan. Macam macam lagi pendapat di dalam isu ini.
Tetapi apabila difikirkan secara logik akal, bagaimana ada hadith sahih yang mengatakan bahawa sekalian syaitan dirantai sedangkan kita masih lagi mendengar kes kes gangguan spiritual dan aktiviti paranormal masih berlaku di serata dunia pada bulan Ramadhan?
Jadi apa sumber yang kita ada sekarang ini? Tiada sebarang rujukan di dalam Al-Quran mengenai syaitan yang dirantai pada bulan Ramadhan, cuma ada hadith sahaja. Kita juga ada mendengar cerita dan menyaksikan kes kes paranormal dan spiritual di bulan Ramadhan.
Sedangkan syaitan yang selalu kita lihat terpampang jelas di kaca televisyen tidak kita endahkan, ini pula syaitan yang kita tak boleh nampak.
Macam macam..
Once and for all, saya ingin menyatakan disini bahawa "Ya, masih ada jin dan syaitan yang tidak di rantai pada bulan Ramadhan". Oleh kerana itu kita masih melihat pusat pusat rawatan tradisional Islam penuh dengan pesakit yang diserang histeria, gangguan makhluk halus dan sihir. Selain itu dapat juga kita perjelaskan mengapa masih berlaku lagi kejadian paranormal seperti di Eropah pada bulan Ramadhan.
Ada yang mengatakan "Oh itu lain timezone dia, sebab tu masih ada lagi jin, iblis dan syaitan di negara sana". Sila ingat kita berpuasa selama sebulan, takkan tak masuk lagi timezone dia untuk bulan Ramadhan? Tidak lupa juga ada yang mengatakan "Itu semua jin dan syaitan yang kafir dan duduk di negara lain, mana nak sama dengan jin dan syaitan kita disini". Tak kira lah sama ada mereka itu jin berasal dari England, Ju - On dari Jepun, Nang Nak dari Thailand atau bermisai kontot seperti Hitler dari German. Pendek kata mereka masih lagi dari kategori jin, iblis dan syaitan dan masih lagi ada di bulan Ramadhan.
Sedutan filem Nang Nak |
Scene epic dalam Ju On 2 |
Baiklah, mari kita membincangkan secara sekali imbas dari segi Islam pula. Petikan yang mengatakan bahawa syaitan dibelenggu dibulan Ramadhan bukanlah datangnya dari Al Quran tetapi dari hadith Nabi Muhammad SAW, sabdanya:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ
“Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.”
Hadits di atas dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam Shahih-nya kitab Ash-Shaum, bab Hal Yuqalu Ramadhan au Syahru Ramadhan no. 1898, 1899.
Daripada petikan ini, ramai yang berpendapat bahawa segala jenis jin, iblis dan syaitan telah diikat dan diseksa oleh malaikat sementara manusia aman, tenteram relax dan happy menghadapi kehidupan seharian tanpa risau diganggu oleh jin dan syaitan. Maka timbullah persoalan yang seringkali kita dengar di bulan Ramadhan. "Ada syaitan ke di bulan puasa ni?"
Para ulama bercanggah pendapat di dalam perkara ini. Ada yang berpendapat semua jin dan syaitan di ikat dalam bulan puasa dan yang tinggal hanyalah nafsu manusia itu sendiri. Ada juga para ulama mengatakan cuma syaitan yang ganas dan berpangkat 'General' sahaja yang dirantai sementara iblis iblis yang kecil ini dibiarkan. Macam macam lagi pendapat di dalam isu ini.
Tetapi apabila difikirkan secara logik akal, bagaimana ada hadith sahih yang mengatakan bahawa sekalian syaitan dirantai sedangkan kita masih lagi mendengar kes kes gangguan spiritual dan aktiviti paranormal masih berlaku di serata dunia pada bulan Ramadhan?
Jadi apa sumber yang kita ada sekarang ini? Tiada sebarang rujukan di dalam Al-Quran mengenai syaitan yang dirantai pada bulan Ramadhan, cuma ada hadith sahaja. Kita juga ada mendengar cerita dan menyaksikan kes kes paranormal dan spiritual di bulan Ramadhan.
Syaitan yang menggoda ketika bersolat |
Syaitan yang menjadikan kita lalai |
I have always lived by this rule of thumb : Sometimes the simplest
answer is the correct answer to the most complicated question. Pada pendapat saya: Syaitan, Jin dan Iblis masih lagi berkeliaran di bulan Ramadhan. Tidak kira dimana kita berada sekalipun. Manakala maksud hadith sahih yang mengatakan bahawa syaitan akan dibelenggu dalam bulan Ramadhan pula ialah lebih kepada kiasan. Maksud 'Syaitan' di dalam hadith tersebut bermaksud hawa nafsu di dalam manusia itu sendiri. Lagipun bulan Ramadhan ialah bulan dimana umat Islam mengawal hawa dan nafsu kita daripada berleluasa, maka kita harus membelenggu 'Syaitan' atau dalam ertikata lain 'Nafsu' kita daripada menguasai diri.
Itu sekadar pandangan dan pengamatan saya setelah bertahun berkecimpung didalam bidang ini. Tiada paksaan untuk anda mempercayainya kerana Islam bukanlah agama paksaan. Cuma ini ialah satu pandangan yang lebih simple daripada pendapat lain diluar sana.
Bukanlah maksud saya mempelajari mengenai alam ghaib ini tidak digalakkan, tetapi harus di seimbangkan dan di logik akal kan. Apabila belajar dengan terlalu mendalam mengenai jenis syaitan dan jin boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu taksub, gila atau hilang kepercayaan kerana sikap skeptik mereka. Dalam bahasa pasarnya ia digelar 'Gila Isim'. Bagi mereka yang berfikiran skeptik ini saya sarankan membaca entry saya sebelum ini yang bertajuk Wujudkah Hantu?
Oleh kerana itu kita masih mendengar kes paranormal berlaku, rumah masih berhantu, kes gangguan saka, kes dirasuk makhluk halus dan kes sihir dimana pengamal ilmu hitam menggunakan jin untuk melakukan kerja kerja kotor mereka di bulan Ramadhan.
Contohnya seperti :
The Red 'Devils' / Syaitan Merah |
Haha, aku memain je. Tak boleh nak tahan gelak tengok logo ni sebentar tadi. Jangan kerana mereka menggelarkan pasukan mereka sebagai Red Devils orang ramai akan menyamakan mereka dengan syaitan. Untuk rekod, mereka mempunyai seorang manager terbaik abad ini dan pemain pemain bertaraf antarabangsa.
Walau apa pun, aku tetap dengan Liverpool. Mana mana syaitan pun takkan dapat menghasut aku untuk bertukar team. Walaupun bukan bulan Ramadhan.
Berbalik kepada topik, saya berharap entry ini mampu memberikan sedikit penjelasan kepada persoalan yang bermain di benak fikiran anda.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia!
2 comments:
salam ramadhan juga..
Bila fikir , betul juga O.O
Post a Comment