Mar 24, 2014

Restless Spirit Of A Woman In Betong, Thailand

Sometimes we do not realize how close we are to the 'otherside'.

The pictures below were taken during a conference at a hotel in Betong, Thailand. The person who snapped these pictures did not realize what it inside the picture until he checked it out later.

I'll let the pictures speak for themselves.


First Picture

Second Picture

An entity?
The picture, snapped using a smartphone, shows a blurred image of a 'woman' during the convention. It seems like the 'woman' was hovering on top of the chair where the lady wearing the black hijab is sitting. When asked, the attendees confirmed that no one who looked like the 'woman' was present in the convention.

An enquiry into the history of the hotel should provide more information regarding these images. But i doubt the management would ever want to talk about such things.

Thank you to Afandi Mohd Rafi for these interesting pictures!

Mar 4, 2014

Hasad Dengki, Tanah Kubur dan Jarum

Manusia diberikan akal dan nafsu oleh Allah SWT sejak mereka dilahirkan. Dua perkara inilah yang membezakan manusia dan binatang. Kita diberikan akal untuk berfikir supaya kita dapat mengatasi hawa nafsu. 

Namun apa yang bakal terjadi apabila hawa nafsu menguasai seseorang sepenuhnya?

Beberapa hari yang lepas aku berpeluang untuk turut serta mengendalikan satu kes paranormal di sebuah kedai makan. Pemilik kedai mengadu selalu mengalami gangguan pelik, sakit lebam di tubuh badan, serta bilangan pengunjung yang semakin merosot di kedai makan beliau. Amat berbeza dari ketika mereka mula berniaga dahulu. 

Nak kata makanan kedainya tak sedap, tak mungkin. Aku sendiri yang merasa masakan di situ. Sedap.

Manakala pekerja kedainya pula kerapkali ternampak kelibat seorang sami di dalam kedai mereka. Namun apabila didekati, kelibat sami itu terus lesap. Menurut pekerja beliau, penampakan sami itu pada mulanya berlaku di luar kedai tetapi semakin hari semakin menjadi jadi. 

Apabila sesi 'pembersihan' dan 'rawatan' dilakukan, kami semua terjumpa sesuatu yang mengejutkan.





Sebuah tangkal segiempat berwarna putih ditemui di hadapan pintu kedai. Apabila dibuka, kami mendapati tangkal tersebut berisi segumpal tanah kubur dan dua batang jarum. 

Kebiasaannya, tanah kubur dan jarum digunakan untuk ritual ilmu sihir. Simbolik tanah kubur ini ialah untuk menjadikan kedai makan yang dituju tampak kelam dan suram, seperti tanah perkuburan. Manakala jarum digunakan dengan niat untuk membunuh sesuatu perniagaan atau membunuh seseorang. Konsep ini sama seperti konsep santau angin yang menggunakan jarum.

Inilah akibatnya apabila perasaan hawa nafsu telah menguasai akal dan minda seseorang. Manusia sebegini tak ubah seperti seekor binatang. Sihir didahulukan, nafsu diutamakan.

Teringat aku pada ungkapan Mr Singh didalam cerita Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee:

"Dia punya nasib, dia makan. You punya nasib, you makan.
Apa salah kita sama sama makan?"


Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Nov 17, 2013

Kes 23 Orang Hilang di Villa Nabila (Updated)

Tanggal 18 November 2013 aku diberitahu ada seramai 23 orang dipercayai hilang di dalam rumah berhantu Villa Nabila yang terkenal di Johor Baru pada jam 3 pagi. Pada mereka yang tidak mengetahui kisah Villa Nabila ini sila klik di sini untuk membaca sejarah rumah tersebut.

Jika seramai 23 orang hilang di dalam sebuah rumah, ini dah jadi satu kes yang serius. Tanpa membuang masa, aku menghubungi sahabat aku Zulhasri Abu Bakar yang bekerja sebagai crime journalist di Johor Baru untuk mendapatkan fakta yang sahih.


                   Crime Journalist, Zulhazri Abu Bakar

Menurutnya, tiada fakta yang kukuh untuk mengatakan seramai 23 orang hilang dalam satu malam di rumah tersebut. Zulhazri yang ketika itu berada di tempat kejadian pada jam 6.30 pagi melaporkan hanya ada satu sahaja laporan polis dibuat oleh seorang ibu terhadap kehilangan anaknya bernama Mohd Izzat Izzudin Hussin berumur 16 tahun.


Foto diambil dari Twitter @Hazrey
Gambar lokasi jam 6.30 pagi tadi

Kanak kanak tersbut dipercayai hilang sejak Sabtu yang lalu. Ketika di lokasi kejadian, pihak polis mengesahkan tidak menemui sesiapa di dalam rumah tersebut setelah operasi mencari dilakukan selama dua jam dengan bantuan pihak bomba dan anjing pengesan.

Laporan terkini di lokasi pada jam 11.30 pagi tadi menunjukkan pihak berkuasa telah pun menutup jalan masuk ke vila tersebut.







Jadi jika benar 23 orang hilang, mengapa cuma ada satu sahaja laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa? Kemana perginya 22 keluarga lain? Takkan 22 mangsa tersebut ghaib bersama 22keluarga yang lain? Kalau betul, dah boleh masuk Mastika dah cerita nie.

"Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abd Samad Salleh ketika dihubungi menafikan khabar angin akan kehilangan 23 kanak kanak itu" menurut laporan dari Zulhazri.

Aku percaya kepada fakta yang ada. Kemungkinan besar remaja 16 tahun itu tidak pulang kerumah sejak Sabtu 16 November 2013 dan tidak pulang kerumah. Mungkin tinggal dirumah kawan kawan dia. Khabar angin yang mengatakan 23 orang hilang itu mungkin hanya sekadar cerita sahaja. Biasalah orang Malaysia kalau dapat cerita cerita begini, dia mesti nak tokok tambah bikin sedap cerita. Baru panas dan sensasi. Kannn?

Jangan mudah percaya pada cerita yang disebarkan atau digembar - gemburkan di media sosial. Kita harus periksa kesahihan dan fakta sesebuah cerita itu sebelum kita percaya dan sebarkan. Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada kata katanya. Kisah yang ditokok tambah seperti ini mengingatkan aku kepada kisah gangguan toyol yang berlaku di sebuah kawasan perumahan beberapa tahun lepas. Anda boleh baca kisahnya di sini.

Walau bagaimanapun, aku harap adik Mohd Izzat dapat dijumpai semula dan pulang ke pangkuan ibunya. Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan remaja ini, sila hubungi pihak polis di talian 072212999.

Checkout Hazrey's blog by clicking here to read other stories he has written before.

All pictures and source from Hazrey.


UPDATED

Menurut sahabat saya Zulhazri di laman blognya Hazrey.com, kanak kanak bernama Mohd Izzat yang dilaporkan hilang semalam telah dijumpai menyorok di rumah kawannya di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru.

Aku pun tak pasti entah mana cerita datangnya konon 7 remaja dah dijumpai, 23 orang hilang, pihak polis menyembunyikan cerita sebenar dan bermacam macam lagi teori dan konspirasi yang tidak berasas. Ini real life, bukan cerita hantu di pawagam mahupun cerita dongeng di Mastika.

Hakikatnya : Seorang remaja sahaja yang hilang. Tiada kena mengena dengan hantu atau jin yang menyorokkan adik Mohd Izzat.

Setahu aku, hantu tetek aje yang suka menyorok budak budak. Ada hantu tetek ke kat Villa Nabila tu? Haha!

Tahniah kepada pihak berkuasa kerana berjaya menjumpai semula adik Mohd Izzat Izzudin.


UPDATED PICTURES

Berikut merupakan gambar yang diambil di Villa Nabila ketika seluruh negara sedang kecoh dengan isu kehilangan Mohd Izzat Izzudin baru baru ini. Gambar dirakamkan sesorang kakitangan kerajaan keesokan harinya pada jam 7 malam.






Sahabat aku Zulhazri Abu Bakar yang menghantar gambar ini kepada saya berkata "Kalau kita keluar mencari hantu, hantulah kita dapat. Kita suka benda khurafat hingga kita mengabdikan masa tenaga kita untuk mencari tu semua. Walhal masa tu semua boleh diabadikan kepada Tuhan".

Aku bersetuju dengan statement Hazrey. Majoriti masyarakat kita terlalu taksub dengan dunia mistik dan paranormal sehingga percaya dengan membuta tuli apa sahaja yang diceritakan tanpa usul periksa. 

Tidak boleh kita terlalu taksub mahupun terlalu skeptik sehingga tidak percaya kepada benda seperti ini.

Suatu dakwaan itu haruslah disertakan sekali dengan fakta yang kukuh. Tanpa fakta, ia hanyalah sekadar satu khabar angin.

Klik disini untuk membaca kisah 'kehilangan' ini.