Nov 1, 2012

Gambar Terkini Rumah Berhantu Jalan Turi Bangsar

Jika anda peminat aktiviti paranormal di Malaysia dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa aktiviti ini, sudah semestinya anda tahu mengenai rumah berhantu lagenda di Bangsar : rumah berhantu Jalan Turi.

Jikalau anda masih samar dan kurang pasti mengenai sejarah dan khabar angin yang menyelubungi rumah ini, anda boleh membacanya di blog Penyingkap Fakta kami di link ini.

Baru - baru ini saya kerapkali melintas kawasan rumah tersebut di Bangsar. Agak terkejut juga apabila saya melihat rumah legenda tersebut sudah pun separuh dirobohkan. Tak tahulah siapa yang punya kerja, tetapi ada saya rakamkan beberapa gambar untuk tatapan anda sekalian.


Bahagian depan rumah (lepas dirobohkan)

Depan rumah (sebelum dirobohkan)

Bahagian tengah rumah
Tengah rumah (sebelum dirobohkan)

Main hall rumah

Bilik di haapan rumah

Bilik hadapan (dibelakang gambar)


Tangki air dibuang begitu sahaja

Bahagian depan rumah sudah dirobohkan

Sebelum ini program Misteri Nusantara pernah memaparkan rumah ini bersama krew paranormal kami Penyingkap Fakta 666 di dalam rancangan mereka. Anda boleh melihatnya di video dibawah ini.


Misteri Nusantara dan Penyingkap Fakta 666

Saya berasa amat bertuah kerana dapat masuk dan melakukan beberapa siasatan paranormal di dalam rumah yang mempunyai sejarah berdarah ini sebelum ianya dirobohkan. Sayang sekali ianya didalam keadaan begini. Mungkin tuan rumah / tuan tanah ini tidak mahu lagi orang ramai masuk kedalam rumah ini untuk melakukan siasatan atau pun sebarang aktiviti syirik yang menyalahi agama.

Memang ada beberapa bukti sebelum ini dimana aktiviti pemujaan dilakukan didalam rumah ini. Perkara tersebut sememangnya satu perkara biasa di lokasi keras seperti ini. Semoga mereka yang terlibat didalam aktiviti syirik itu bertaubat.

Wallahualam.


5 comments:

Unknown said...

that's really sad...wanted 2 go there

Unknown said...

Wish I could understand the documentary.

Unknown said...

Its ok im here for u

Unknown said...

I grew up in this house for 15 years and we moved out 4 months before the murders.

Anonymous said...

So this happen when the new occupants moved in?