Aug 17, 2012

Memagar Dan Melindungi Rumah

Beberapa hari yang lepas aku mendapat satu tugas untuk memagar rumah dan sebuah kawasan pejabat di Sungai Petani, Kedah. Menurut pengalaman tuan rumah, kawasan rumah dan pejabatnya kerap berlaku kejadian kejadian pelik. Setelah dihubungi aku terus kesana untuk memberikan khidmat bantuan yang sepatutnya.

Selalunya tugas memagar rumah ini adalah satu perkara yang amat mudah. Tiada banyak komplikasi dan mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan. Upacara / tradisi memagar sesuatu kawasan ini masih lagi dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tujuan utama upacara memagar ini ialah untuk menghalang perkara perkara yang berunsur sihir dan jahat daripada memasuki kawasan rumah dan kawasan perniagaan.

Salah satu persoalan yang diajukan oleh tuan rumah kepada aku pada hari itu ialah: "Kenapa dah banyak kali saya pagar dua dua kawasan ni tapi lepas dua tiga bulan jadi balik ye bang?".

Ini sebenarnya satu persoalan yang kerapkali aku terima. Boleh dikatakan antara soalan Top Ten juga.

Memagar kawasan ini bukanlah hanya sekadar memagar sahaja, ianya ialah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan. Sama seperti kita memasang pagar rumah dengan menggunakan pagar besi. Lama kelamaan semestinya pagar tersebut akan runtuh dan rapuh dimamah usia. Jadi kita harus memanggil pakar memasang pagar untuk membaik pulih semula pagar tersebut.


Pagar biasa yang mudah dibengkokkan

Sama juga dengan kualiti pagar tersebut. Kalau pagar yang dipasang tersebut ialah pagar besi biasa, orang berbaan besar sudah semestinya akan dapat mematahkannya dengan mudah. Kualiti dan keteguhan pagar tersebut juga harus diambil kira. Kalau ianya kualiti rendah dan tidak pernah diperbaiki maka lama lama roboh juga.

Itu pagar biasa yang selalunya akan dipasang dirumah untuk kegunaan keluarga dan peribadi. Manakala pagar untuk kawasan pejabat, kedai, restoran dan sebagainya pula lain daripada yang telah aku beritahu sebentar tadi. Ada sesetengah pengamal perubatan akan menggunakan teknik pemagaran yang bukan sahaja akan menghalang benda benda sihir dan buruk memasuki kawasan perniagaan mereka, malah turut akan menghalang rezeki untuk masuk.


Kalau pagar begini jenuh nak merobohkannya

Ingin aku sentuh sedikit disini mengenai memagar kawasan dengan menggunakan ilmu sihir, dah alang alang kita sentuh mengenai isu ini kan. Satu cara yang paling banyak digunakan pengamal ilmu hitam ialah dengan meletakkan khadam mereka di kawasan tersebut sebagai 'pagar'. Ilmu seperti ini amat mudah dipatahkan bergantung kepada tahap / level khadam tersebut.

Tetapi itu terpulang kepada permintaan client tersebut kepada perawat / pengamal perubatan tersebut. Lain orang lain caranya. Bak kata orang: Rambut sama hitam, hati lain lain kaler. Ada hati warna biru tenang macam air laut, ada hati warna hitam seperti kelam malam, ada juga hati kaler pink sebab berjiwa kuntum.

Kalau ini diletakkan depan rumah, bapak setan pun lari
Harus diingatkan bahawa perlindungan tetap datangnya dari Tuhan. Walaupun tahap dan cara setiap perawat itu berbeza, ada yang hebat dan ada yang tidak, kita hanya berusaha dan tawakal kepada Nya. Sama aplikasinya jika kita memasang pagar berduri di sekeliling rumah. Kita mengupah orang untuk memasang pagar tersebut, ianya merupakan satu usaha dari kita. Yang selebihnya terpulang kepada Tuhan untuk melindungi kita. 

Aku harap entri ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan persoalan anda mengenai isu memagar rumah dan harta benda. Jikalau memerlukan khidmat bantuan saya atau sebarang persoalan anda boleh email saya di adamvaimetal@gmail.com

By the way, Selamat Hari Raya Aiilfitri 2012.

1 comment:

ejaMaria said...

boleh tak En. Adam kongsikan sedikit... surah-surah yg boleh kita amalkan sendiri untuk pendinding rumah untuk dijadikan amalan... doa-doa serta surah yg digunakan sebagai pendinding semasa / sebelum kita berada / meninggalkan rumah...
harap dapat membantu... terima kasih