Nov 29, 2012

Nasi Kangkang : Resipi Turun Temurun

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum wanita memang mempunyai sifat cemburu yang tinggi. Tak kisahlah sama ada girlfriend, tunang atau isteri, bila dah timbul perasaan kasih dan sayang tu memang confirm akan ada perasaan cemburu. Tapi kadangkala perasaan cemburu tu pun melampau lampau dan tak kena pada tempatnya.

1. Bila masuk sms / bbm/ whatsapp / call - mereka sibuk sibuk nak tau dan tanya macam macam
2. Ambil phone kononnya nak tengok gambar yang diambil bersama, padahal nak check calls dan sms
3. Kalau nak keluar jumpa kawan, dikatakan kita nak jumpa perempuan lain
4. Terjumpa rambut panjang dalam kereta dan bising, padahal tu rambut diorang sendiri
5. Tak boleh senyum kat perempuan lain. Senyum kat juru tol pun salah, dikatakan menggatal
6. Kalau cakap baju perempuan lain lawa pun, kena cubit dan dikatakan menggatal.

Banyak lagi lah. Kalau semua ditulis disini memang sampai hari katak jalan berdiri pun tak habis.


Tak kisahlah sama ada punca cemburu itu disebabkan oleh kasih dan sayang ke, suami / boyfriend dia hensem ke, laki dia banyak harta ke, wanita tetap akan ada perasaan cemburu dan possessive terhadap orang yang mereka sayangi. Tapi kalau diorang cakap lelaki lain hensem, takpe pulak lah kan? Double standard sungguh.

Tapi tidak dapat dinafikan memang ramai lelaki yang tak boleh nak dipercayai. Depan isteri, pijak semut tak mati tapi belakang isteri dia lah champion of the screw. Pantang isteri datang bulan, dia 'makan luar'. Kadangkala pakai sampai dua telefon, katanya satu untuk kerja dan satu lagi personal, memang semua benda personal ada dalam tu. Kata nak keluar main golf dengan kawan kawan, padahal perempuan lain yang tolong mainkan 'kayu golf' dia, pukul 'bola terus masuk lubang 18'.

Walau apapun sebabnya, ada juga segelintir wanita yang mengambil langkah drastik untuk mengawal suami mereka dengan cara yang tidak elok dan salah disisi agama. Contohnya ialah dengan memberi suami makan nasi kangkang. Yelah, bila dah sayang semua benda diketepikan dan semua benda dibuat kerana terlalu ikutkan emosi.

PENGENALAN

Nasi kangkang atau nama 'saintifiknya' Nasi Tangas ini diklasifikasikan sebagai ilmu Guna Guna atau Ilmu Pengasih. Nasi Tangas ini selalunya disediakan oleh si isteri untuk disajikan kepada suami dengan niat untuk menundukkan / membodohkan mereka / membuat pasangan bertambah kasih dan sayang kepada mereka.

Contoh bagaimana nasi kangkang dibuat

Setelah sekian lama, resipi untuk membuat nasi kangkang ini masih lagi sama: resipi turun temurun. Ianya masih lagi diamalkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Hong Kong juga. Beberapa tahun yang lepas, seorang pembantu rumah Indonesia bernama Indra Ningsih telah dikantoikan oleh majikannya kerana menyajikan keluarga itu nasi kangkang. Anda boleh membaca repot mengenai kisah itu di sini

Selain itu, anda boleh membaca mengenai kisah salah seorang pesakit saya yang terkena penangan sihir guna guna ini dengan menekan butang klik di sini. Ianya merupakan satu contoh sihir guna guna yang baik dan relevan didalam isu kali ini.

CARA PEMBUATAN

Ya, ilmu nasi kangkang ini tergolong didalam kategori ilmu sihir. Ianya menggunakan bahan bahan buangan kotor dari tubuh badan seperti najis, darah haid, daki daki di badan dan sebagainya. Mantera yang digunakan pula ialah untuk menyeru makhluk halus / syaitan bagi menyempurnakan upacara sihir tersebut. Bukan susah nak belajar ilmu nasi kangkang ini. Sesiapa yang berminat, anda cuma perlu menyediakan wang dan cari mana mana pengamal sihir untuk mengajarnya kepada anda. No money no talk la kan.

Masakan 'istimewa' ini mudah sahaja disediakan: Sang wanita hanya perlu memakai kain sarung sambil mengangkang diatas periuk nasi yang masih lagi hangat sambil membaca mantera yang telah diajarkan kepadanya. Lagi berdesup perginya kalau sang wanita itu sedang haid, lebih kotor lebih efektif. Wap wap air nasi yang hangat itu akan mengalir di celah kemaluan wanita itu lalu jatuh kedalam nasi. Sesudah selesai membaca mantera tersebut, nasi itu akan digaul sebelum disajikan kepada suami / pasangan tercinta.

EFFECT KEPADA MANGSA

Cuma satu perkara yang tidak diketahui bagi mereka yang mengamalkan perkara ini: nasi tangas ini bukan membuatkan pasangan anda bertambah kasih dan sayang pada anda, tapi ia menjadikan mereka lebih bodoh dan cuma mengikut kata telunjuk sahaja. 

Nak handbag, dibelikan. Nak makan atau holiday sana sini, dibawakan. Pagi petang siang malam si mangsa akan teringat pada pasangannya. Duduk serba tak kena, baring pun tak kena, menonggeng terbalik semua akan teringat pada pasangannya. Kalau boleh asyik nak berkepit aje kerjanya. Al maklumlah, dah dibodohkan dek sihir.

Mahukah anda hidup dengan manusia yang telah dibodohkan seakan akan zombie? Lainlah kalau perempuan tu mahukan duit sahaja dan bukan kasih sayang..lelaki tu mati pun dia bukan peduli.

KESAN SAMPINGAN

Ilmu sihir ini juga ada kesan sampingannya terhadap mangsa. Dalam tempoh jangkamasa yang panjang, si mangsa akan mula sakit sakit badan dan menunjukkan tanda tanda diganggu makhluk halus. Ini adalah kerana makhluk yang diseru untuk mengawal mangsa itu harus 'memakan' mental dan fizikal perumah (mangsa) tersebut. 

Salah satu kesan sampingannya juga ialah ianya mungkin akan memakan diri mereka yang melakukannya. Contoh: Ilmu tersebut mungkin akan membuatkan mangsa benci kepada wanita lain selain pasangannya, tetapi kemungkinan ianya turut akan membuatkan si mangsa turut benci kepada wanita lain termasuk pasangannya juga. Jadi, agak berisiko juga di situ.



Tujuan aku menulis dan menerangkan perkara perkara ini secara terperinci bukanlah untuk menggalakkan pembaca yang sudi berkunjung ke blog picisan aku untuk melibatkan diri dengan ilmu sihir ini. Aku cuma ingin sekadar memberi info serta maklumat untuk pengetahuan dan manfaat bersama. 

Korang semua dah besar, dah tahu sendiri mana satu haram dan mana satu tidak. Reti membezakan mana baik dan mana buruk. Mana yang baik kita ambil dan jadikan pengajaran, mana yang buruk kita mohon dijauhkan.

Kalau anda mempunyai kisah tersendiri berhadapan dengan ilmu nasi kangkang ini, sila luangkan masa untuk berkongsi pengalaman di ruang komen. Cerita pasal nasi kangkang ye, bukan makan kangkang aje dan tak makan nasi dia. Heheh.

Manakala bagi mereka yang menghadapi masalah begini sama da sahabat atau sedare mare, boleh hubungi saya di adamvai@icloud.com untuk set appointment. In shaa Allah.

Salam!


Nov 12, 2012

Gambar Hantu : Fakta Atau Auta?

Kalau bercerita pasal hantu, semua orang suka mendengarnya walaupun ada yang takut. Kebanyakannya suka mendengar dan bercerita pasal hantu tapi takut nak tengok hantu. Tambah tambah lagi jikalau ada yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan entiti seperti itu, lebih sedap orang ramai mendengarnya.

Kemudian ada juga segelintir mereka yang bertuah dapat menangkap gambar entiti. Tentu lebih sedap sesuatu cerita itu apabila dapat diberikan gambar untuk mengukuhkan pengalaman mereka. Lebih berperencah, seperti makan nasi putih berlaukkan sambal sardin. Memang yummy.

Cakap sahaja pasal gambar hantu, semua orang mahu menengoknya. Beratus ratus ribu gambar hantu telah sedia ada di Internet, kita hanya perlu tekan 'Search' di Google. Ada gambar yang tulen, tetapi ada juga gambar yang tipu. Contohnya seperti gambar yang disiarkan di suratkhabar Kosmo pada 8 November 2012.


Cerita yang disiarkan di Kosmo

Imej yang didakwa
Gambar 'hantu' tersebut disiarkan didalam Kosmo dan anda boleh melihatnya semula di link ini. Menurut apa yang ditulis didalam akhbar tersebut, "Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu. Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan."

Kalau dilihat dengan lebih jelas, memang nampak seperti gambar satu entiti berjantina perempuan yang dirakamkan oleh jururawat berkenaan. Memandangkan gambar seperti ini memang jarang dan sukar diperolehi, maka ianya disiarkan di akhbar berkenaan.

Tetapi mungkin warga kerja di akhbar berkenaan terlupa untuk mengesahkan sesuatu fakta mengenai cerita mereka sebelum ianya disiarkan. Gambar di bawah merupakan salah satu gambar yang dihantar oleh seorang rakan bernama @FatinAliaHMS di Twitter.


Serupa dengan gambar di Kosmo bukan?

Gambar ini dihasilkan semula dengan aplikasi Camera360 di Anroid. Maknanya semua pengguna Android mampu menghasilkan imej seperti ini. Apabila dilihat semula gambar yang dipaparkan di Kosmo, dapat kita lihat bahawa imej tersebut diambil menggunakan telefon Android. 

Maka ianya membuatkan kita berfikir: Adakah gambar tersebut gambar tulen ataupun tidak? Anda nilaikan sendiri.

Sila periksa fakta dan data sesuatu cerita / bahan sebelum ianya disiarkan. Jangan hanya sekadar melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga semata mata ingin mengaut keuntungan dan menimbulkan sensasi. Sepatutnya perkara seperti ini harus bertujuan untuk tidak menakutkan orang ramai dengan isu paranormal, tetapi untuk mendidik mereka supaya tidak takut dengan perkara seperti ini.

Walau apapun, bagi saya fakta mengenai perkara ini telah berjaya disingkap.


Nov 2, 2012

Random Paranormal Snapshots in Malaysia

Entry Is Last Updated On 16/10/2013

Social media is a very powerful tool indeed. With it you can do almost anything. From socialising with new people, fight for a cause, making money and sometimes some of us do find love from this technology. Whatever it is, the uses to this tool is limitless.

One particular social media platform that i am using quite frequently nowadays (okay, the word addicted is more precise), is Twitter. It is fast, easier to manage and use, growing exponentially across the world and the best thing about it is: the ease of use when you're always on the go.

As usual, i use Twitter for my paranormal research and work.

During my short 'tenure' on Twitter, i have received some weird and ghastly pictures sent in by other Twitter users. Some are just pictures of mere lights and bug reflections while some are really weird and creepy. I just thought it would be nice if i shared some of the pictures with all of you.


Right hand corner of the picture

Left hand corner

In the background


Looks like someone in the background
Picture taken in Brunei during a 'tahlil' ceremony


Gambar dari Alor Setar, Kedah
Imej entiti didakwa toyol

Gambar diatas merupakan gambar dari Alor Setar, Kedah dan diambil oleh Nur Zahirah bte Zulkifly. Ketika itu dia memberitahu sedang mengambil gambar adik dia Nur Zaimah apabila dia tiba tiba perasan salah satu gambarnya kelihatan agak pelik. 

Entiti diatas didakwa sebagai toyol. Gambar tersebut diambil selang beberapa saat sahaja.



Gambar diatas pula diterima dari Ustaz Zaharuddin Zainal seorang perawat tradisional yang diambil di rumah salah seorang pesakitnya. Pesakit kerapkali diganggu dan cucunya mendakwa seringkali ternampak entiti ini berada di dalam rumah.



The picture shown above was submitted to me by my aunt and was taken at a residential area in Sungai Buloh, Selangor. The event organizer snapped a couple of photos before the wedding started and they caught something in the second and third pictures.

When asked, the residents there admit that there is an 'entity' roaming around at night at the area.

The recent case of 23 kids disappearing at the Villa Nabila haunted house in Johor Bahru shocked the whole nation, even though it was a hoax. Nevertheless, a government servant who was at the scene the day after took a weird picture of himself.. with a 'face' in the background.




As there were no flashlights used when this picture was taken, it sure is a mystery when you look at the picture. Picture was sent to me by one of my friend Zulhazri Abu Bakar who is a crime journalist residing in Johor Bahru.

Zulhazri who was at the scene when the news of the missing 23 kids broke out, did a comprehensive report on the issue. Read the full story by clicking here.

I would like to thank those who submitted these pictures to me. I cant remember your tweethandle but you know who you are. 

Such pictures are weird and creepy. Whether if it is a picture of an entity or not, you judge for yourself.

You can submit your pictures to me by emailing me or tweet me at my tweethandle; @adamvai

Have a great day now! :)


Nov 1, 2012

Gambar Terkini Rumah Berhantu Jalan Turi Bangsar

Jika anda peminat aktiviti paranormal di Malaysia dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa aktiviti ini, sudah semestinya anda tahu mengenai rumah berhantu lagenda di Bangsar : rumah berhantu Jalan Turi.

Jikalau anda masih samar dan kurang pasti mengenai sejarah dan khabar angin yang menyelubungi rumah ini, anda boleh membacanya di blog Penyingkap Fakta kami di link ini.

Baru - baru ini saya kerapkali melintas kawasan rumah tersebut di Bangsar. Agak terkejut juga apabila saya melihat rumah legenda tersebut sudah pun separuh dirobohkan. Tak tahulah siapa yang punya kerja, tetapi ada saya rakamkan beberapa gambar untuk tatapan anda sekalian.


Bahagian depan rumah (lepas dirobohkan)

Depan rumah (sebelum dirobohkan)

Bahagian tengah rumah
Tengah rumah (sebelum dirobohkan)

Main hall rumah

Bilik di haapan rumah

Bilik hadapan (dibelakang gambar)


Tangki air dibuang begitu sahaja

Bahagian depan rumah sudah dirobohkan

Sebelum ini program Misteri Nusantara pernah memaparkan rumah ini bersama krew paranormal kami Penyingkap Fakta 666 di dalam rancangan mereka. Anda boleh melihatnya di video dibawah ini.


Misteri Nusantara dan Penyingkap Fakta 666

Saya berasa amat bertuah kerana dapat masuk dan melakukan beberapa siasatan paranormal di dalam rumah yang mempunyai sejarah berdarah ini sebelum ianya dirobohkan. Sayang sekali ianya didalam keadaan begini. Mungkin tuan rumah / tuan tanah ini tidak mahu lagi orang ramai masuk kedalam rumah ini untuk melakukan siasatan atau pun sebarang aktiviti syirik yang menyalahi agama.

Memang ada beberapa bukti sebelum ini dimana aktiviti pemujaan dilakukan didalam rumah ini. Perkara tersebut sememangnya satu perkara biasa di lokasi keras seperti ini. Semoga mereka yang terlibat didalam aktiviti syirik itu bertaubat.

Wallahualam.