Oct 11, 2021

Jelajah Paranormal : Digiman Ulu Bendul

Merakamkan gambar entiti paranormal yang berkualiti bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan sedikit 'luck'. Berbeza dari 15 tahun dahulu, teknologi seperti smartphone kini membolehkan sesiapa sahaja merakamkan detik seram yang dialami mereka. 

Namun begitu, kadangkala sekeping gambar mempunyai kisah di sebaliknya yang unik dan tersendiri. Bagi kru Penyingkap Fakta 666 Razali Harun, pengalamannya dalam Jelajah Paranormal di Ulu Bendul merupakan peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Kesempatan ini kami cuba kongsikan dalam nukilan entri kali ini.

Digiman Ulu Bendul.

Seingat aku sekitar jam 9:15 malam selepas penerangan ringkas berkumpulan, aku bersama Ustaz Zaharuddin Zainal a.k.a Imam Turbo dan Jet memeriksa semula segala kelengkapan untuk tinjauan malam itu seperti motion sensor, kamera dan alat pengesan suhu. Kemudian kami bertiga serta kumpulan lain mula mengatur langkah bergerak ke lokasi masing-masing seperti yang telah dirancang. 





Dalam kepekatan malam, kami fokus melangkah, Kedengaran bunyi unggas disulami ketik kamera Imam Turbo menemani setiap langkah kami. 




Sementara itu aku cuba mencari lokasi terbaik untuk aku sasarkan parabolic recorder yang sentiasa menjadi gajet utama ketika tinjauan dilakukan.





Sewaktu aku sedang setting tripod, Imam lalu hampir kepada aku. Melihatkan kerutan pada wajahnya, aku bertanya, "Kenapa Imam?"

Dia memperlihatkan hasil rakamannya kepada aku. "Bang, cuba lihat ni!" katanya.

Perlahan-lahan aku capai kamera Nikon D90 miliknya. Hasil tangkapan guru agama lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir pada malam itu memang amat menarik. Gambar dirakamkan pada malam 1 Oktober 2011 berhampiran tandas gazebo, Hutan Lipur Ulu Bendul. Entiti yang tidak dapat dikenalpasti tersebut kami namakan sebagai 'Digiman'.


'Digiman' yang dirakamkan



Close up



Lokasi gambar dirakamkan


Aku kehairanan. 

Kami berada di kaki gunung yang curam. Melihat pada gambar yang dirakamkan, makhluk itu seakan berada di curaman tersebut dengan jarak sekitar 5 meter namun kami terpaksa mendongak seakan makhluk itu bersaiz gergasi.

Selain itu, ruang pemandangan hadapan kami juga gelap seperti pekat malam dan tiada apa pun terlihat, namun di lensa kamera terpapar makhluk berwarna kuning yang besar. Beberapa kali kami mendongak untuk kepastian, namun tiada apa yang terlihat dengan mata kasar. Kami bertiga masing-masing terdiam dan kelu. Jika gambar itu diamati, makhluk itu seakan sedang berdiri dari sisi lalu menoleh ke arah kami. 

"Ah! Dia dah muncul!" bisik aku kepada yang lain. Perlahan kami mengundur sedikit. Aku beri isyarat kepada Imam Turbo supaya lakukan beberapa shoot lagi di sekitar lokasi makluk tersebut dirakamkan. Lantas aku capai motion sensor dan kami beredar lalu menghubungi kru yang lain melalui walkie talkie dengan segera. Seluruh team amat teruja dengan hasil tinjauan pada malam itu.


Ustaz Din a.k.a Imam Turbo







Contrast diubah







Inverted






Selain Digiman, di bawah merupakan gambar-gambar lain turut dirakamkan pada malam itu. Kongsikan pendapat anda tentangnya bersama kami. Terima kasih kerana membaca.










No comments: