Alhamdulillah semenjak mula berkecimpung didalam bidang rawatan alternatif ini saya berpeluang untuk bertemu berbagai jenis manusia. Sebilangan terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat tanpa mengira tua atau muda, berbangsa Melayu, India, Cina, Sikh, (kadangkala ada juga kaum Nepal, Bangla dan Indonesia).
Saya percaya bahawa ilmu yang dipelajari dan diperolehi adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa dan harus digunakan untuk menolong mereka yang berada didalam kesusahan.
Saya cuma berikhtiar dan berdoa, terpulang kepada 'Big Boss' Yang Maha Berkuasa untuk memperkenankan hasil usaha rawatan tersebut.
Walaupun ada juga para sahabat rapat yang tidak mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit biasa seperti demam, batuk atau selesema. Alasannya, bayaran ubat seperti demam berharga RM50 terlalu mahal.
"Baik aku jumpa kau je, Adam. Belanja kau makan lepas minta jampikan air ubat demam. Tak sampai pun RM10."
Alasan.
Sungguhpun begitu, saya menyarankan agar pesakit berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat doktor pakar terlebih dahulu. Selalunya penyakit pelik itu dapat diselesaikan dengan kaedah rawatan moden dengan mudah.
Jangan terlalu cepat menganggap sesuatu penyakit itu akibat sihir, gangguan syaitan dan sebagainya. Kesianlah pakar pakar dan doktor tu semua belajar tinggi tinggi, bersengkang mata dan habis berpuluh ribu ringgit untuk menjadi doktor.
Andaikata doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar penyakit dengan menggunakan teknologi serba canggih yang ada, maka rawatan alternatif bolehlah dicari. Nama pun 'rawatan alternatif', kan?
Ini adalah 'Guideline' / Crash Course untuk mengenalpasti sama ada anda telah terkena perbuatan sihir atau gangguan syaitan. Memandangkan ramai yang kerap bertanyakan kepada saya soalan yang sama.
S̲e̲l̲f̲ ̲S̲c̲a̲n̲n̲i̲n̲g̲ ̲1̲0̲1̲ :
1. Malas untuk melakukan rutin harian / amal ibadat / pekerjaan.
Perasaan malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat. Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti - aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
2. Tidak mampu untuk mengawal emosi.
Hilang kemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba - tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba.
3. Sentiasa mengalami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Bermimpi sesuatu yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
4. Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Kerapkali berasa gelisah dan takut terutama apabila berseorangan (anda tidak tahu apa sebabnya dan tidak boleh dikawal). Mat saleh cakap: Nervous.
5. Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
6. Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan suami – isteri yang baik tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
7. Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, sentiasa berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna dan tiada siapa peduli pasal anda.
8. Muncul kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha. Notis: pastikan bukan lovebite ya?
9. Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah. Kadangkala akan terasa seperti panas di beberapa tempat didalam rumah.
10. Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.
11. Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
12. Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah. Ini seringkali berlaku dikalangan segelintir masyarakat kini.
13. Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, bau wangian tanpa diketahui puncanya.
14. Sakit sakit badan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya
Seperti sakit tulang belakang, tapak kaki bagai menyucuk - nyucuk, lenguh badan disana sini.
Ada banyak lagi cara cara untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu terkena sihir atau gangguan syaitan. Tetapi saya hanya berikan yang biasa dihadapi sahaja. Senang untuk diingati ramai.
Maka itulah crash course untuk Self Scanning 101. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua, insya Allah.
Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone
10 comments:
perlu ada semua item di atas ke?... atau sebahagian pun dikira boleh jadi?
Kalau ada semua diatas, kronik sangat dah tu.
Misalnya, kalau ada 4 out of 5 simptom diatas besar kemungkinan mengalami gangguan.
kalau buat rawatan dr jauh blh ker?
Boleh tetapi tidak digalakkan. Seperti ada penyakit kanser tetapi tidak mahu pergi ke hospital.
sebilangan manusia memang tak sedar akan hukuman di akhirat... tunggulah balasan dari Allah s.w.t.. memang tak akan cium bau syurga la jawapnya!! apa-apa pun info yang berguna dari adam... hehehehe
hampir kesemua simptom saya ada
terutama pada bahagian pinggang yang x baik2 walaupun dah sakit selama 6 bulan,pergi jumpa doktor pun cuma di beri ubat tahan sakit
boleh saya minta saranan dari pihak anda?email saya di osman_kahar@yahoo.com
Osman Kahar: Sebarang pertanyaan atau nasihat boleh email saya di adamvaimetal@gmail.com
Seperti yang tertera di info blog saya. Terima kasih.
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan perkongsian ini.
hampir smua tanda tu ada pada aku. tp bila jumpa org2 yg pandai mengubat smua ckp x de pape. cmne tu. aku dh x tahan la tanggung smua ni. 10 tahun aku tanggung dah. tolong aku
selalu timbul tanda lebam dan selalu menangis. kekadang rasa nak mati je sebab asyik bersedih.
ini pun tanda2 dasat ke? or mild?
Post a Comment