Jan 3, 2012

Terima Kasih Dan Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung yang sudi singgah blog picisan dan tidak seberapa ini. Walaupun kadangkala saya hanya menulis di dalam jangka waktu yang lama di antara setiap entry.

Namun begitu, kebelakangan ini saya kerap menerima email yang dikirim oleh pengunjung bertanyakan mengenai soal agama dan dunia alam ghaib. Akan saya cuba untuk menjawabnya satu persatu dengan sebaik mungkin. Ada juga yang membuat 'special request' agar saya mengupas beberapa isu yang menjadi persoalan dan tanda tanya kepada masyarakat ramai.

Insya Allah akan saya kupaskan isu isu tersebut di dalam entry selepas ini. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa memberikan komen serta pandangan anda di dalam blog ini.

Wassalam.


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

No comments: