Apr 24, 2012

Dihempap Ketika Tidur - Penjelasan Dan Ciri Cirinya

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah 'Dihempap Ketika Tidur'.

Gambar hiasan sahaja. Mungkin benar. Hehe

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: "Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?"

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini. 

Mari kita lihat dari sudut saintifik terlebih dahulu sebelum kita masuk dari segi spiritual.


Sudut Saintifik

Mengikut kaedah saintifik, masalah ini dinamakan Sleep Paralysis. Masalah tidur ini dibahagikan kepada dua iaitu semasa tidur dan selepas tidur ( pre-dormital dan post-dormital form ). Masalah ini merupakan salah satu masalah yang biasa dialami oleh semua orang di dunia ini dan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif yang berpanjangan.


Bayi yang di dalam REM Sleep

 Secara umumnya, bila manusia tidur otak kita akan berfungsi dengan kadar yang lebih cepat dan aktif. Ini dipanggil REM Sleep. Ini membuatkan seluruh fungsi badan kita berhenti tapi otak sahaja berfungsi dengan ligat untuk menghasilkan mimpi.

Apabila fungsi badan kita tiba tiba aktif sewaktu bermimpi, maka arahan daripada otak untuk sampai ke seluruh badan menjadi lembab mengakibatkan kita rasa susah untuk bergerak. Cuma selepas beberapa ketika barulah kita terjaga dan dapat bergerak seperti biasa semula kerana arahan daripada otak itu telah sampai ke seluruh badan.

Cuma apabila mereka yang mengalami masalah ini pada waktu itu akan panik dan menggelabah sekejap. Yelah tak boleh nak bergerak, siapa tak menggelabah kan. Tapi bila menghadapi masalah tidur ini, jangan kelam kabut and remain cool sampai anda boleh bergerak semula.

Secara ringkasnya, badan kita ni macam komputer juga. Bila dia nak reboot semula, memakan masa. Kalau kita paksa membuka browser dia akan lembab dan lagging sekejap.

 Sudut Spiritual

Sudut spiritual pula masih tidak dapat mengenalpasti mengapa fenomena 'ditindih' ini berlaku. Selalunya ia disebabkan oleh entiti entiti yang hanya mahu menyakat manusia ketika tidur, ataupun disebabkan sihir dan sebagainya.

Izinkan saya berkongsi dengan anda satu email yang saya terima daripada salah seorang pembaca blog ini. Email yang dihantar menunjukkan ciri ciri tepat simtom dihempap ketika tidur.


Susah bercakap dan bergerak kerana dihempap

"...dapat saya rasakan seperti saya susah nak bergerak, satu badan macam berat nak angkat satu jari pun payah. Selain tu saya rasa mcm ada angin kuat dlm selimut, mcm ada orang kibas2 selimut saya pakai tu. Ada juga dgr suara perempuan dan lelaki mentertawakan saya sedang diganggu. Saya nak baca apa apa surah pun tak boleh, mulut bergerak tapi suara saya tak keluar."

"...rasanya mcm lama diganggu masa tu tapi bila saya tersedar, rasa meremang bulu roma mcm ada mata pandang kearah saya dari satu sudut bilik. Dan saya ada teringat sebelum rasa dihempap tu saya ada bermimpi satu mimpi buruk. Di kaki kanan tempat saya kena pegang tu ada kesan lebam biru."

 Semua ciri ciri dihempap ada disini dan telah saya highlight untuk anda semua. Badan susah bergerak, selimut dikibas kibas, kedengaran suara, ternampak sesuatu, suara tidak keluar bila hendak bercakap, meremang bulu roma selepas terjaga, dan mengalami mimpi buruk sebelum dihempap.

 Walaupun ada persamaan diantara Sleep Paralysis dan Gangguan Tidur ini, kita tetap boleh memberi perbezaan diantara kedua dua perkara ini.

Sleep Paralysis:

1. Badan susah bergerak
2. Halusinasi ( nampak bayangan, lembaga dan lain lain )
3. Badan berfungsi seperti biasa setelah beberapa ketika

Gangguan Tidur:

1. Mimpi buruk / ngeri
2. Badan susah bergerak
3. Halusinasi ( nampak bayangan, lembaga dan lain lain )
4. Terdapat pergerakan disebabkan objek lain ( katil atau selimut bergerak dan lain lain )
5. Kesan fizikal ( lebam di mana mana bahagian badan )
6. Meremang bulu roma selepas bangun tidur ( kesan daya elektromaknetik entiti berhampiran )

 Jikalau anda mengalami masalah Sleep Paralysis, amat digalakkan jika anda membiasakan diri melakukan senaman ringan sebelum tidur dan mendapat tidur yang cukup. Jika anda mengalami masalah Gangguan Tidur, sila pastikan anda mengambil wuduk dan membaca surah Al Fatihah, surah 3 Qul dan ayat Qursy. Bagi yang bukan beragama Islam, anda digalakkan untuk membasuh kaki, muka dan tangan serta membaca mantera suci agama anda.

Kaedah dan langkah langkah diatas cuma sekadar ilmu pengetahuan asas di dalam menangani masalah tersebut jika anda sedang tidur. Jika masalah masih lagi berterusan, saya mengesyorkan supaya anda mendapatkan rawatan doktor atau perawat spiritual peribadi anda.


Kalau Maria Ozawa jadi nurse, aku pun hari hari nak sakit!

Jikalau anda pernah mengalami gangguan atau masalah sewaktu tidur, sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen dibawah. Mungkin berguna untuk future reference kepada orang ramai.

Harus diingat bahawa entri ini hanyalah untuk menjawab persoalan anda mengenai isu ditindih ketika tidur dan hanya sebagai panduan / guideline untuk mengenal pasti perbezaan di antara Sleep Paralysis dan Gangguan Tidur bagi mereka yang mengalami masalah dihempap sewaktu tidur.

Bagi mereka yang sudah berumah tangga, kalau 'dihempap' di waktu malam tu dah lain maksudnya. Tak payah pertolongan, tak dapek dah den nak nolong..


5 comments:

ejaMaria said...

saya dan roomate pernah terkena gangguan tidur semasa tinggal di asrama disebuah IPTA...
biasanya kalau gangguan tidur berlaku, entiti yg menyerang jarang berkedudukan jelas berhadapan seperti gambar ilustrasi... biasanya samaada tidur dgn posisi meniarap atau mengiring dan entiti tersebut menghempap dari belakang...
dan juga entiti menyerang pada 'waktu' yg tertentu seperti yg saya alami sekiranya tidur jam 12 malam atau 12 tghari maka akan kena lah gangguan... jd kami kena tidur sebelum jam 12 atau selepas jam 1 selama tinggal di 'bilik' tersebut... ;p
rupa entiti sukar utk digambarkan... biasanya sukar dilihat mukanya... tapi figure nya besar lebh besar dari saiz lelaki dewasa, berbulu seperti org utan tapi dengan bulu hitam + lebat + panjang... kalau kedengaran suara biasanya suara mendengus shj...

blog-tips-kurus said...

paling tidak menyenangkan kalau bangun pagi dapat lebam..

Unknown said...

Saya sering mengalami masalah badan terasa berat dan susah nak menggerakkan angota badan.pernah suatu malam tu,saya cuma tertido sekejap dan lena sekejap selepas itu saya terkejut dari tido dalam keadaan masih mengantuk tapi anggota badan saya tak boleh bergerak.saya cuba mengagahkan diri untuk menggerakkan badan akhirnya selepas beberapa minit baru boleh bergerak.apakah tanda ini??!

Unknown said...

I have an autoimmune disease called Narcolepsy which causes neurological disorder whereby the sleep wake regulating system is totally screwed up, back to front and upside-down . One of the symptoms is Sleep Paralysis accompanied by Hypnagogic hallucinations (when falling asleep) or Hypnopompic hallucinations (coming out of sleep) . They are both auditory and tactile. I have had this illness since I was seven years old. I can tell you, I have experienced things that would make every horror film you have ever seen, seem like kids TV! I am also a natural lucid dreamer and am fully in control and aware of my dreams. That part of narcolepsy is more of a gift however, it would be nice to be able to switch it off once in a while.

Unknown said...

Sy Slalu kena "Ditindih semasa tidur xbole gerak xbole ckp memanggil hampir setiap malam sy kena kes ni kekadang tu satu Malam tu masa yg sama semasa tidur tu dia berulang kali sekali kedua kali..apa yg harus Sy Buat..Tapi ada Juga Setelah sy Kena tu Atau Semasa Sy ditindih sy Membaca Juga ayat2 suci..