Sep 20, 2012

Penangan Sihir Guna Guna

"Entah la ayah, Firdaus rasa nak jadi jahat pula lah. Nak minum arak, bunuh orang, rogol perempuan dan hisap dadah".

Berikut ialah statement yang dilafazkan oleh seorang remaja 20an yang bernama Firdaus, seperti yang diceritakan oleh ayahnya Zahir ketika saya berjumpa dengannya satu malam beberapa minggu lepas. Zahir ingin meminta perkhidmatan saya untuk anaknya yang dikatakan sudah berubah perangai selepas berjumpa seorang perempuan.

Pertemuan dengan abang Zahir



"Entah la Adam. Abang pun tak faham dengan perangai anak abang tu. Kejap dia kata dia nak jadi jahat bunuh orang, kejap nak belajar ugama, kejap nak kerja bersungguh sungguh, kejap nak berhenti kerja. Abang dah naik letih mendengarnya". kata ayahnya lagi.

Tambahnnya lagi, "Firdaus tu anak yang baik. Dia memang suka menolong orang tak kira apa pun. Menghormati mak bapak, ringan tulang, abang yang baik kepada adik adik dia. Tapi semua tu berubah lepas dia berkawan dengan seorang perempuan".

Aku hanya mendengar sambil menyalakan sebatang rokok jenama faveret aku, Benson and Hedges. Jenama ini menjadi kegemaran aku selepas bercuti i kampung halaman Mazidul di Perak beberapa bulan lepas.

"Lepas berkawan dengan perempuan tu dia dah mula lupakan keluarga, jarang balik rumah, mula kurang ajar dengan saya dan isteri padahal sebelum ini dia tak pernah bantah apa mak dia cakap. Kami sekeluarga memang tak berkenan dengan budak perempuan tu. Terdedah sana sini, rambut berkaler dan jadikan Firdaus tu macam hamba dia". 

"Habis semua wang ringgit dan duit gaji hasil dia bekerja diberikan kat perempuan tu. Dia jadi driver tukang ambik dan hantar perempuan tu kerja, kadangkala sampai dia tidur dalam kereta sepanjang malam sebab menunggu perempuan tu diluar rumahnya. Adam bayangkan, dia punya angau kat budak tu sampai kat stereng kereta pun ia tampal gambar perempuan tu" aku cuma tergelak. Ini dah betul punya rindu bayangan namanya ni. Entah entah kalau dia berak, tengok najis pun dia terbayang muka perempuan tu.

"Itu dah teruk, tapi lepas perempuan tu dapat tau yang Firdaus ni bukan anak orang kaya dan takde harta, dia tinggalkan anak saya. Lepas tu baru teruk jadi masalah anak saya ni".

Aku pandang manager aku, Isya Sulaiman yang turut berada di sebelah mendengar perbualan ini. Kami hanya tersengih macam kerang busuk.

Isya Sulaiman

"Lepas dia ditinggalkan, Firdaus ni dah jadi macam hilang arah tujuan. Tu yang kejap nak jadi baik kejap nak jadi jahat tu. Selain tu macam macam benda pelik jadi kat rumah. Kadangkala dia jadi macam dua orang, perangai bertukar, suara bertukar dan suka bercakap seorangan. Ada pernah sekali tu dia kata dia nampak perempuan tu berdiri diluar rumah, bila saya tengok memang tiada sesiapa".

"Saya pun bawalah anak saya ni pergi berjumpa beberapa ustaz dan tukang perawat untuk memulihkan dia. Ramai perawat yang telah kami sekeluarga berjumpa, banyak masa dan wang ringgit dihabiskan tapi dia masih belum pulih. 'Benda' yang dalam badan dia tu siap ugut perawat yang nak merawat dia, katanya kalau kau tolong ubatkan budak ni, aku bunuh kau!".

Mendengar ada jin kafir yang mengugut nak bunuh manusia ni yang membuatkan aku tertarik untuk ambil kes ini. Baru ada challenge sikit.

"Bila dah macam putus harapan nak ubatkan anak saya ni, ada sahabat yang recommend supaya saya cuba untuk menghubungi dan mendapatkan khidmat rawatan Adam. Saya cukup merisaukan anak sulung saya tu".

Kesian pula aku mendengarnya. Nampaknya ini satu kes seorang mangsa terkena sihir guna guna yang tak berapa serius. Maka aku suruh dia menyediakan peralatan yang diperlukan dan tetapkan masa untuk rawatan. Beberapa hari selepas itu kami jalankan proses rawatan.

Seminggu Kemudian..

Aku terima satu pesanan ringkas di BBM dari Isya, katanya abang Zahir ada telefon dia. Aku tanya abang Zahir mana satu? Bukannya aku ingat sangat sebab aku cepat pelupa, mungkin tua nanti kena penyakit Alzheimer. Dia kata abang Zahir yang anak dia kena sihir guna guna tu, khabarnya anak dia dah pulih dah. 

Alhamdulillah. Ada la rupa manusia sikit kata ayahnya. Aku hanya ikhtiar, Tuhan yang mengizinkannya.



Pesanan: Jika anda memerlukan sebarang khidmat rawatan atau consultation, boleh menghubungi saya di adamvaimetal@gmail.com atau hubungi manager saya Isya Sulaiman di talian 016 617 4948. Insya Allah kami akan membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.


1 comment:

admin said...

kat tempat saya ada orang yang mengamalkan sihir, pernah beberapa orang penduduk kampung melihat sejenis makhluk seperti manusia setinggi sejengkal dekat rumah dia. ada yag mengatakan itu ialah toyal dan ada pula yang mengatakan anak kerak, setiap malam selasa dan malam jumaat ada bau kemenyan apabila lalu dikawasan rumahnya. dia juga menggunakan minyak mati binih @ minyak dagu untuk mengkhianati orang lain. apabila orang sakit dia berpura2 untuk mengubati mangsa tersebut. dia juga boleh menghianati mangsa menggunakan santau. apakah yang harus dilakukan supaya segala perbuatan yang dia lakukan tersebut terkena pada diri dia sendiri. nama dia ialah Roslan Bin Li dan nama emak dia ialah Bidah. no tel dia 0111 9311898. saya harap pihak tuan dapat membantu supaya dia tidak melakukan kejahatan tersebut kepada orang lain lagi.