Sep 23, 2012

Seminar Paranormal Tourism Di MSU Shah Alam

Kegiatan ghost hunting atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai memburu hantu semakin mendapat perhatian dikalangan muda mudi sejak dua menjak ini. Ada yang turut serta didalam ghost hunt ini untuk menguji ketahanan diri, keberanian dan untuk mencari ilmu didalam bidang paranormal. Walau apa pun sebabnya, tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ini semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Mungkin oleh sebab itu pihak Management and Science University (MSU) telah menganjurkan forum Paranormal Tourism pada 4 September 2012 yang lalu. Forum ini adalah untuk membincangkan isu potensi kegiatan paranormal dari segi pelancongan di Malaysia. Selain saya yang dijemput sebagai salah seorang panel, selain itu dua lagi orang hebat didalam bidang pelancongan iaitu Encik Mohd Nor Ismail, selaku Pengarah Pelancongan Putrajaya dan Selangor, Encik Aliff Asyraf seorang tourguide yang sudah sekian lama berkecimpung didalam mempromosikan produk pelancongan dan moderator pada hari itu, Encik Zainal Ariffin seorang pengacara TV dan selebriti tanah air.

Jikalau tidak salah saya, forum tersebut turut dihadiri oleh beberapa lagi pelajar dan tenaga pengajar dari PTPL Shah Alam, UiTM dan universiti lain selain pelajar daripada MSU Shah Alam. Memandangkan mereka juga mengambil jurusan yang sama.

Berikut ialah beberapa sedutan video ketika hari tersebut, belas ihsan daripada warga PutarPutar.Com. Mereka juga turut hadir ketika bersidangnya forum tersebut.



Diantara para peserta yang hadir dari pelbagai universiti lain

Para ahli panel dan moderator

Berikut ialah dua penjelasan yang saya berikan mengenai dunia paranormal dan cara cara penggunaan peralatan basic yang selalu digunakan didalam siasatan paranormal di seluruh dunia. 

Interview Part 1

Interview Part 2

Bersama Wujud Paranormal Team

Bergambar kenangan


 Seperti biasa, untuk melihat tinjauan paranormal kami anda boleh melawat blog kami dengan klik disini - Penyingkap Fakta 666 serta bagaimana peralatan peralatan tersebut digunakan didalam tinjauan paranormal.

Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga MSU Shah Alam kerana menganjurkan dan menjemput kami sebagai speaker untuk forum tersebut. Amat kami hargai. Semoga apa yang telah dikongsikan pada hari itu dapat memberikan sedikit sebanyak informasi dan pengetahuan kepada semua yang hadir.


No comments: