Nov 12, 2012

Gambar Hantu : Fakta Atau Auta?

Kalau bercerita pasal hantu, semua orang suka mendengarnya walaupun ada yang takut. Kebanyakannya suka mendengar dan bercerita pasal hantu tapi takut nak tengok hantu. Tambah tambah lagi jikalau ada yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan entiti seperti itu, lebih sedap orang ramai mendengarnya.

Kemudian ada juga segelintir mereka yang bertuah dapat menangkap gambar entiti. Tentu lebih sedap sesuatu cerita itu apabila dapat diberikan gambar untuk mengukuhkan pengalaman mereka. Lebih berperencah, seperti makan nasi putih berlaukkan sambal sardin. Memang yummy.

Cakap sahaja pasal gambar hantu, semua orang mahu menengoknya. Beratus ratus ribu gambar hantu telah sedia ada di Internet, kita hanya perlu tekan 'Search' di Google. Ada gambar yang tulen, tetapi ada juga gambar yang tipu. Contohnya seperti gambar yang disiarkan di suratkhabar Kosmo pada 8 November 2012.


Cerita yang disiarkan di Kosmo

Imej yang didakwa
Gambar 'hantu' tersebut disiarkan didalam Kosmo dan anda boleh melihatnya semula di link ini. Menurut apa yang ditulis didalam akhbar tersebut, "Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu. Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan."

Kalau dilihat dengan lebih jelas, memang nampak seperti gambar satu entiti berjantina perempuan yang dirakamkan oleh jururawat berkenaan. Memandangkan gambar seperti ini memang jarang dan sukar diperolehi, maka ianya disiarkan di akhbar berkenaan.

Tetapi mungkin warga kerja di akhbar berkenaan terlupa untuk mengesahkan sesuatu fakta mengenai cerita mereka sebelum ianya disiarkan. Gambar di bawah merupakan salah satu gambar yang dihantar oleh seorang rakan bernama @FatinAliaHMS di Twitter.


Serupa dengan gambar di Kosmo bukan?

Gambar ini dihasilkan semula dengan aplikasi Camera360 di Anroid. Maknanya semua pengguna Android mampu menghasilkan imej seperti ini. Apabila dilihat semula gambar yang dipaparkan di Kosmo, dapat kita lihat bahawa imej tersebut diambil menggunakan telefon Android. 

Maka ianya membuatkan kita berfikir: Adakah gambar tersebut gambar tulen ataupun tidak? Anda nilaikan sendiri.

Sila periksa fakta dan data sesuatu cerita / bahan sebelum ianya disiarkan. Jangan hanya sekadar melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga semata mata ingin mengaut keuntungan dan menimbulkan sensasi. Sepatutnya perkara seperti ini harus bertujuan untuk tidak menakutkan orang ramai dengan isu paranormal, tetapi untuk mendidik mereka supaya tidak takut dengan perkara seperti ini.

Walau apapun, bagi saya fakta mengenai perkara ini telah berjaya disingkap.


1 comment:

hisham said...

saya ada kawan..pkai android phone..dia tak ada any software yg bole edit gamba utk letak gamba hantu or anything..kawan sy ni dia guna cam biasa utk snap pic kerja.. suddenly gamba hantu yg serupa dgn gambar hantu diatas muncul dlm salah 1 gambar yg dia ambil..gambar lain sume ok..adakah ada virus yg yg menyerang smartphone or entiti tersebut adalah real atau x?wallahualam....