Selalu orang bertanya pada aku, "kenapa perkara buruk seperti dengki mendengki, hasut menghasut, sihir dan sebagainya selalu terjadi pada orang yang baik?". Setiap kali aku berubat, sudah tentu aku akan diajukan soalan seperti ini.
Dengki mendengki ni merangkumi pelbagai perkara, aspek topik ini memang meluas! Tetapi selalunya perkara ini terjadi dikalangan kaum Melayu itu sendiri. Sedih tetapi benar. Ada yang dengki terhadap kejayaan seseorang didalam perniagaan, dengki terhadap kebahagiaan rumahtangga dan perhubungan orang, dan berbagai bagai lagi.
Apabila perasaan hasat dengki menguasai diri, maka bermulalah episod fitnah memfitnah, boikot, dan juga sihir menyihir. Kesannya, perniagaan akan hancur, mangsa akan sakit sakit dan tidak keruan, rumahtangga porak peranda dan yang sewaktu dengannya.
Adakah puas hati mereka apabila melihat kaum sendiri disakiti? Adakah terlunas nafsu mereka melihat penderitaan yang dialami mangsa akibat sifat jahanam mereka? Tidakkan mereka terfikir bahawa suatu hari nanti perbuatan terkutuk mereka ini akan dihitung dan dihukum oleh Allah SWT?
Memang tidak diketahui mengapa manusia mempunyai sifat busuk sebegitu. Tiada sesiapa yang sempurna, tetapi tidakkan memadai kita sebagai umat Islam mendoakan yang terbaik bagi orang lain walaupun bukannya daripada kaum dan agama kita sendiri?
Agaknya memang dah begitu lumrah manusia. Renungkanlah.
Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone
3 comments:
Salam perkenalan dari saya. Just wonder, adakah ilmu santau boleh menyebabkan kanser sekaligus membawa kepada kematian?
Assalamualaikum
Memang dah kerja setan hasut orang tingkatkan phD ni...saya juga pernah kena. Porak peranda satu keluarga hanya sebab dicucuk orang yang rapat kononnya. Mana kita nak tahu dia ada phD sebab nampak warak dan baik aje...bila dah terbongkar segala rahsia, barulah mula buat tak kenal dan burukkan nama kita. Nak tutup malu sendiri...
Green Apple: Sesetengah santau yang extreme boleh menyebabkan kematian ataupun penyakit yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik.
Anyss: Harap keluarga sekarang sihat walafiat hendaknya.
Post a Comment