Jul 23, 2011

Ilmu Pelaris


Salah seorang sahabat bertanya kepada saya sewaktu kami sedang duduk menikmati minuman petang.

"Bro, kau rasa kedai ni ada menggunakan pelaris tak?"

Saya hanya melihat kawasan kedai dan menggelengkan kepala. Ternyata sahabat saya ini agak fobia dengan kedai kedai makan yang menggunakan pelaris.

Hakikatnya, kebanyakan kedai makan memang menggunakan ilmu pelaris. Tetapi harus saya nyatakan disini bahawa tidak semua ilmu pelaris itu bercanggah dengan ajaran Islam. Ada juga ayat ayat di dalam Al Quran itu boleh digunakan untuk tujuan melariskan sesuatu perniagaan dan membuat makanan menjadi sedap.

Amalan menggunakan pelaris ini sudah lama dipraktikkan oleh orang zaman dahulu kala. Cuma bezanya ialah orang dahulu tidak berapa mengendahkan sama ada ilmu tersebut baik ataupun tidak. Mereka mungkin kurang berpengetahuan didalam perkara perkara sebegitu. Maka ia terpulang pada kita untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Seorang lagi rakan bertanyakan kepada saya: "Bagaimana kita nak tahu bahawa sesuatu kedai tersebut menggunakan ilmu pelaris yang tidak elok?".

Ikutlah apa yang telah diajarkan oleh Nabi dan ajaran Al Quran. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan bacalah doa makan sebelum menjamu selera. Insya Allah kita akan dilindungi oleh Nya.


Sent from my BlackBerry® Bold 3 (9780) smartphone

2 comments:

Unknown said...

My bro Adam, I started writing my blog about 3 years ago. I still remember asking my journalist to register a blog for me. At that time, I didn't know anything about blogging.

After years of writing, blogging has become a part of me, it is in my blood now.

So please keep writing so that we can share our ideas dan experiances with others.

Adam Vai said...

Terima kasih, abang Mazidul. Sebenarnya sejak menyertai krew 666 telah banyak mengajar saya mengenai hidup dan orang ramai.

Melihat abang gigih menulis blog di hadapan saya juga mendorong kembali semangat saya untuk menulis semula.

Jadi saya amat berterima kasih kepada abang Mazidul.

Bersama selamanya menyingkap fakta.