Awal pagi. Pukul 5.41 pagi. Hujan sepoi sepoi bahasa. Aku duduk menghisap rokok Dunhill merah sambil menikmati titisan hujan yang dibawa oleh deruan angin yang membasahi kulit wajahku.
Mataku terpaku pada satu objek tidak jauh daripada ku. Lebih kurang 50 meter dari tingkap bilik ku sendiri. Sudah lebih 15 minit aku memerhatikan objek tersebut. Walaupun sudah berpuluh ribu kali aku saksikan perkara yang sama, tetapi aku tetap suka melihatnya tiap kali ianya berlaku.
"Tut tuuutttt!!" Masuk satu message BBM dihantar oleh sahabatku sekaligus menghentikan fokus ku kepada objek tersebut.
Sambil membalas pesanan BBM rakan, mataku sekali sekala tidak lekang daripada menjeling kearah objek tersebut. Aku tidak mahu terlepas daripada melihat perkara yang aku tidak pernah lihat seumur hidupku!
Aku menekan butang 'send' di keypad. Aku menoleh semula, objek tersebut masih ada lagi disana dan tidak berganjak.
Legaaa..aku menarik semula asap Dunhill. Asap biru berkepul - kepul.
Angin pagi sudah mula berhenti digantikan dengan embun pagi. Maka jelaslah penglihatanku terhadap objek tersebut. Tidak seperti tadi, samar - samar kelihatan, mengaburi pengamatanku.
Jelas dapat kulihat satu susuk tubuh yang putih dan kaburan putih sedang duduk mencangkung di hadapan satu tokong Cina. Di hadapannya terletak berbagai jenis buah seperti buah oren, epal dan nenas. Terdapat 3 batang colok yang telah dinyalakan di hadapan buah - buahan tersebut. Matanya terbuntang luas tanpa berkelip melihat makanan yang dihidangkan diatas para tokong tersebut.
Flashback.
Masa kecik, pernah aku bertanya kepada keluarga Cina yang menetap dihadapan rumah nenek ku.
"Nyonya, apa pasal letak buah sama bakar lilin (colok) depan ini rumah kecik? Kasi makan kucing ka?"
"Aiyaa adik. Ini mau kasi makan nyonya punya atok nenek maaa. Nanti dia olang balik mesti cali makan."
"Apa macam dia sudah mati mau makan? Dia gigit ka? Kasi la makan megi baru dia kenyang!"
"Mana nyonya tau. Bukan bole nampak dia makan. Ini agama Cina maa. Kita musti pecaya sama agama."
End of flashback.
Tiap kali melihatkan fenomena ini berlaku, babak perbualan nyonya ini akan sentiasa aku ingat hingga ke hari ini. Tidak akan aku lupa perbualan tersebut. Pabila sudah besar dan dikurniakan Allah SWT untuk melihat perkara seperti ini, barulah aku faham bagaimana roh ini 'makan'.
Pengamatanku, roh - roh ini akan duduk mencangkung dihadapan makanan yang dihidangkan. Mereka akan serap segala zat yang ada didalam makanan tersebut secara batin. Bagi mereka yang pertama kali melihat kejadian seperti ini, memang agak menyeramkan tetapi menarik untuk dilihat.
Mengikut kajian sains, memang terdapat cas elektrik didalam makanan. Roh roh ini akan menyerap cas elektrik didalam makanan ini kedalam mereka. Harus diingat bahawa roh terdiri daripada neutron dan elektron. Hasilnya, makanan tersebut akan hilang separuh daripada rasa asal mereka.
Mana aku tahu? Kerana aku pernah cuba makan sebiji epal yang diambil daripada tokong rumah nyonya berkenaan. Memang rasanya kosong dan tawar. Maklumlah, masa tu kecik lagi, mana tau benda benda sebegini.
Tapi agak menarik kerana kepercayaan kaum Cina juga menyuruh mereka mempercayai kewujudan makhluk alam ghaib. Wujudnya tanda pertanyaan apabila umat Islam sendiri ramai tidak mempercayai kewujudan alam ghaib itu sendiri, walhal sudah termaktub didalam Rukun Iman.
Sedang aku leka menaip entry ini, aku menoleh semula kearah objek tersebut. Roh itu telah hilang. Sebenarnya aku teringin melihat bagaimana mereka memunculkan diri dan menghilangkan diri.
Mungkin belum rezeki aku lagi untuk menyaksikan kejadian tersebut.
Wallahualam.
Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone
5 comments:
perkongsian cerita yang menarik dari adam... best!
Terima kasih. Pagi tadi saya tak dapat tidur sebab itu saya berkongsi cerita ini.
memang benar makanan tu hilang rasanya dan jadi tawar.Itu pengalaman rakan2 yang nakal suka ambil makanan kat kubur cina selepas perayaan hantu.
Haha..sekadar jenaka. Kalau mereka 'menyedut' cas2 elektrik tu, kenapa tak disediakan bateri motor ke, bateri kereta ke, lori ke. byk roh2 bleh dijamu. Tahan lama lak tu. Haha..
ulasan yang menarik dah lama saya mencari-cari jawapan untuk logik yang adam ceritakan ..
Post a Comment