Apr 23, 2013

Gambar Didakwa Syaitan Dalam Masjid

Baru baru ini saya lihat ramai yang menghebahkan sekeping gambar yang didakwa sebagai 'jin' atau 'syaitan' di dalam masjid. Tak kurang juga ada yang terlalu ekstrim hingga mengatakan ianya gambar 'malaikat maut'. Part terakhir tu yang paling kelakar sekali.

Disini saya kongsikan gambar yang dimaksudkan itu sekali lagi.








Inilah gambar 'hantu' yang dimaksudkan. Menurut apa yang aku dengar, dikatakan kita dapat melihat satu lembaga hitam besar sedang berdiri melihat seorang qariah masjid membaca Al Quran.

Seriusly.. apa benda ni? Walaupun telah diletakkan tiga batang anak panah untuk menunjukkan apa yang sepatutnya aku lihat, tapi aku tak nampak apa pun.

Mengikut pandangan aku, apa yang sedang aku lihat sekarang ialah sebatang tiang hitam di tepi mimbar. Boleh juga jadi stand untuk kipas dalam surau.

Kemudian posisi kamera yang nampak macam sengaja hendak merakamkan gambar tersebut supaya ianya nampak seperti satu lembaga hitam.

Pada pandangan aku, ini ialah sebatang tiang. Mungkin kipas. Mungkin apa apa sahaja. Asalkan ianya boleh disangkal, bagi aku ini bukan gambar paranormal.

Usah mudah percaya dengan apa sahaja yang didakwa sebagai 'hantu' atau 'paranormal'. Kaji dan singkap faktanya terlebih dahulu.

Sekian.


No comments: