Apr 15, 2013

Hantu Hunterz : Mitos Cara Melihat Hantu Diuji!

Hantu, jin, bunian dan roh. Mereka semua tergolong didalam kategori makhluk ghaib.

Manakala manusia, pada pandangan saya, terdiri dari dua kategori.

Pernahkah anda semua terfikir bagaimana rupa seekor jin? Adakah rupa mereka buruk? Cantik? Hensem? Muka senget sebelah? Bagaimana pula rupa roh? Adakah mereka kelihatan serupa seperti semasa mereka hidup? Atau mereka kelihatan seperti watak Casper?

Saya percaya majoriti pembaca pernah terfikirkan kesemua persoalan ini. Sesetengah mungkin hanya akan membayangkan wajah dan rupa bentuk makhluk tersebut seperti apa yang ditayangkan di dalam tv dan wayang. Mereka yang tergolong didalam kategori ini saya namakan sebagai Takut Tapi Suka Tengok Cerita Hantu.

Manakala ada juga sesetengah yang ingin melihat makhluk halus ini dengan mata mereka sendiri. Golongan ini pula saya gelarkan sebagai golongan yang Suka Cari Penyakit ( seperti kami di Hantu Hunterz ).

Toyol? Bukan. Ini sebenarnya bayangan je..
Semestinya di dalam setiap bangsa dan agama, kita pernah mendengar orang bercakap mengenai bagaimana cara untuk melihat hantu. Ini merupakan satu topik hangat turun temurun.

Ada yang kata kalau nak tengok hantu, kita kena pakai tulang anjing. Ada yang kena baca surah surah tertentu, ada yang kata begitu begini. Banyak cerita dan variasi mengikut adat resam masing masing. Ini semua, kita namakan sebagai mitos.

Tetapi persoalannya masih belum terjawab : Betulkah cara cara untuk melihat makhluk halus ini semua benar? Atau sekadar mitos sahaja?

Oleh sebab ini, saya berfikir untuk melakukan satu ujikaji.

Beberapa hari yang lalu saya dan beberapa sahabat rapat telah bersama sekali lagi singgah di sebuah tapak perkuburan lama di kotaraya. Bersama saya sekali lagi di dalam menjayakan OPS Cari Penyakit kali ini ialah kru Hantu Hunterz iaitu Fadzly Tajuddin, Joe Lee, Feris Othman Yunos, Tan Sian HooAfandi Mohd Rafi dan Jeeva Jepp.

Belum masuk tapak, boleh la gelak gelak..
Bila masuk lokasi nanti, semua diam. Ho ho.
Kesemua mereka yang turut serta pernah bersama saya ketika merakamkan dokumentari paranormal di Bukit Tunku beberapa minggu sebelum ini. Anda boleh melihatnya di link ini.

Turut serta pada malam itu ialah Izham bin Ismail , 22 tahun. Seorang pelajar UiTM Shah Alam, jurusan Chartered Accounting.

Izham - Masih lagi single. Wanita, silakan mengorat.
Ketika tiba di lokasi, semua kru yang pada awalnya bergelak ketawa dan gembira kemudiannya terdiam apabila memasuki kawasan perkuburan. Satu perkara menarik mengenai tanah perkuburan ini ialah ianya agak terpencil dan terbahagi kepada dua bahagian : kawasan baru dan kawasan lama.

Kawasan kubur baru
Salah satu jirat Cina di lokasi
Ratusan kubur di kawasan ini
Satu kubur yang baru digali
Seperti biasa, keselamatan setiap mereka yang terlibat di dalam setiap ekspedisi amatlah penting. Dapat saya lihat walaupun baru beberapa kali sahaja kami melakukan aktiviti paranormal ini, tetapi semangat persahabatan diantara mereka semakin erat.

Saling bantu membantu ketika mendaki
Yang di depan menyuluh untuk di belakang
Ketika sampai di kawasan kubur lama, keadaan menjadi semakin sunyi dan semakin gelap. Pokok pokok besar tumbuh di sana sini, seperti menantikan kehadiran kami kesana.



Terdapat sebatang pokok yang agak besar juga terletak ditengah tengah tanah perkuburan ini. Kerana sifat ingin tahu, aku mendekatkan diri dan merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda.





Ketika ini keseluruhan kru mula bergerak ke lokasi pertama untuk menjalankan eksperimen malam itu. Kami singgah sebentar ke lokasi dimana aku tidur semalaman seorang diri di dalam salah sebuah kubur di situ. Untuk mengetahui apa yang berlaku malam itu ketika saya berseorangan, sila klik disini.



Kru produksi tetap kami: Fadzli, Feris dan Tan
Sukarelawan pertama pada malam itu ialah Jeeva Jepp. Beliau diberikan segumpal tanah kubur untuk disapukan ke muka dan sebuah lampu picit. Dia telah ditinggalkan berseorangan malam itu selama 45 minit tanpa telefon dan jam tangan.

Nota : Jangan Tiru Aksi Sapu Tanah Kubur Ke Muka Dibawah Ini!

Menunggu kru produksi set up camera
Jeeva menyapu tanah kubur ke mukanya
Jeeva Jepp ditinggalkan
Sukarelawan kedua pula iaitu Izham turut ditinggalkan di lokasi berbeza di tanah perkuburan tersebut. Situasinya sama seperti Jeeva iaitu dia tidak mempunyai jam tangan dan telefon, cuma ditinggalkan bersama sebiji lampu picit dan kamera Night Vision.

Lokasi ditetapkan atas sebuah kubur kosong


Setelah kedua dua sukarelawan ditinggalkan, kru lain bergerak ke tempat lain untuk tidak mengganggu sesi pengambaran di kedua lokasi. Kami mengambil beberapa gambar yang mengandungi orbs.





Keputusan eksperimen kami mengenai mitos ini pada malam itu telah kami muatkan didalam channel YouTube kami disini beserta dengan ekspedisi kami sebelum ini. Khas untuk tontonan anda, kami turut memuatkan video tersebut dibawah ini.




Berdasarkan eksperimen kami pada malam itu, dapat kami rumuskan bahawa mitos itu hanya sekadar mitos dan khabar angin sahaja. Kedua dua sukarelawan kami pada malam itu tidak melihat sebarang benda pelik dan tidak mengalami sebarang gangguan dari segi paranormal.

Tujuan kami kali ini bukanlah untuk mendapatkan gambar hantu atau paranormal tetapi ingin membuktikan sama ada mitos seperti ini benar atau tidak. Kami tidak mahu masyarakat Asia kita terlalu taksub dan mudah terpengaruh dengan perkara tahyul membuta tuli.

Jikalau ada perkara mistik / paranormal yang berlaku, pastinya ada jawapan mengapa ianya terjadi. Jika tiada apa berlaku, sudah pastinya ia hanya sekadar khabar angin dan mitos belaka.

Selepas ini kami akan cuba merungkaikan dan mendapatkan jawapan kepada mitos mitos yang lain.

Jikalau anda mempunyai sebarang pendapat atau cadangan mengenai mitos mitos lain yang anda ingin kami rungkaikan, sila tinggalkan komen anda disini atau tweet saya terus di akaun Twitter kami di bawah ini atau dengan menggunakan hashtag #HantuHunterz. 

Nantikan eksperimen serta siasatan paranormal kami yang akan datang!

Kru #HantuHunterz

@adamvai
@Jeeva_Jepp
@klubbkiddkl
@phuttz
@feris_othman
@tansianhoo
@sedut999

Ikuti perkembangan aktiviti dan eksperimen paranormal kami di channel YouTube kami di sini

2 comments:

Anonymous said...

boleh cuba disini..
ghostbustermalaysia.blogspot.com

Unknown said...

Bile nk buat lgi...aku nk join la