"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"
Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.
"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"
Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.
"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"
Anda keliru?
Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.
Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.
Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"
Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.
Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.
"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"
Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.
"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"
"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"
Saya padamkan rokok yang dihisap.
"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".
"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.
"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"
Dia terdiam seribu bahasa.
"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".
Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.
"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".
Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.
Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?
Hampeh.
Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone
36 comments:
yessss..jawapan yang cukup awesome untuk orang2 gay...
pedas2... jwpn yg sgt2 pedas..sokong..
tak sangke ade jugak manusia camtu!! kiamat makin dekat da..
alasan...
thintlerthintler
alasan je tu bro...tapi hampeh..
Assalam Adam..
bagus cara adam jawab balik kat mamat gay ni...rasa nak cepuk2 ajer muka si gay tu ngan selipar jamban...
gay memang xdpt nak tlg dah tu, elok le tukar agama.... mencemarkan Islam je... semoga Allah memberi hidayah kepada dia
hahahaha....syabas bro..!!
diorang xsedar klau bumi ini dilanda musibah nanti 2 semua disebabkan oleh diowang nih lah..tp mengaku xkcu org...padahal Allah akan turunkan bala besar pd semua krn kita terlalu leka..tanggungjwb kita utk menegur org yg mcm 2.klau x kita sendiri akan dilanda musibah..Nauzubillah'minzalikh
pedih, tapi tu je yang paling elok,
jawapan yg sangat baik dan tepat dari saudara syabas!!
mereka memang menyalahkan takdir tp tak pernah pulak nak menyalahkan diri sendirikan?
Mami: Mualaikumsalam.
Bila berhadapan dengan manusia seperti ini, aturan strategi harus berbeza dan perlu kita tangani dari sudut pandangan yang lain.
Walau bagaimanapun, saya menyeru agar kita sebagai umat Islam bersama memerangi isu gay ini.
Salam kenal...
Tak tercapai akal macamana jadi macam tu....NAuzubillah...Harap dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan....
salam,
smti..
memang patut dibalas alasan shah a.k.a gay hero kampung macam tu..
bijak...bijak...terbaeeekkkk...
Assalamualaikum..
a very good point. ive been saying the same thing to some one my friends but in a more polite way. u know living in KL gives such an impact to him as a new resident. However, my friend pray 5 times a day n i think this is the ryte moment for me to question to whom he prays for..thanks for this brilliant sharing! InsyaAllah for those gays out the will come back to fisabilillah once they read this. Amin..
this is my entry for you! check it out
http://coklateyes.blogspot.com/2011/10/saya-islam-tapi-saya-gay.html
Innanie: Terima kasih kerana menyokong perjuangan yang abang Mazidul mulakan. Tanggungjawab bersama kita pikul.
Nauzubillah...mempersoalkan hukum ALLAH?? dan mempertahankan nafsu sendiri dgn begiti mudah tanpa ada sekelumitpun iman di dada?
actually adam, kalau u nak tau, gay boy ni ramai dikalangan student universiti. sy pun tak tau apa masalah dorang.... geli lah!!!
terbaik jawapan tu. syabas. kalau sampai persoalkan hukum Allah, baik takyah mengaku Islam.
golongan ni hanyalah salah satu punca utama diturunkan bala Allah. sbb ada banyak lagi umat2 yg dihancurkan berpunca dari dosa2 lain.
* semoga perjuangan tak terhenti setakat ni. ;D
Memang betul apa yang saudara buat.Semoga mereka akan insaf.Namun gejala/penyakit atau mereka turutkan sangat nafsu ni makin menjadi-jadi.Kenapa agaknya?adakah kerana pemakanan?(banyak sangat suntik2 hormon dalam ayam dan lain2) atau kerana kita hidup senang sangat sampai takde benda lain nak buat.
abisss laaaa....masa di akhirat nanti...nabi x mengaku umat...
nak sangat balasan tuhan...akhirat nanti jangan la kau fikir kau menyesal semasa kau tengah di SEKSA...
kalau aku nampak kau di SEKSA...
aku nak ketawa kuat kuat
hurm..jawapan yg bgus.padan muka si gay..hahaha
suruh mamat tu cari bumi lain. jangan duduk bumi Allah swt..
nauzubillah..
*bagus jawapan saudara.
Terima kasih kerana menyatakan pendapat dan menyokong usaha ini.
ADA JUGA YANG SOLAT 5WAKTU MASIH GAY..SAYA ADA BEBERAPA KENALAN YANG RAJIN SOLAT TAPI MASIH GAY. EVEN ORANG YANG DAH BERKAHWIN ADA ANAK MASIH MENCARI ANAK2 IKAN COMEL SEBAGAI PEMUAS NAFSU MEREKA. DARI PELAJAR UNI AGAMA SEHINGGALAH ORANG YANG MEMAKAI KOPIAH ADA BERLATAR BELAKANGKAN SIFAT GAY..MEREKA LAGI HIPOKRIT..HANYA TUHAN SHJ YG MENGETAHUI.CUMA KITA TIDAK DAPAT KENALPASTI MEREKA ITU GAY SAHAJA..TETAPI SAYA MEMANG TIDAK PUASHATI KALAU SAMPAI KE TAHAP BUAT BLOG GAY KERANA IA UMPAMA MENGAJAR ANAK2 MUDA DAN TUA YANG STRAIGHT TUKAR JADI SONGSANG AKIBAT INGIN MENCUBA SESAMA JENIS AKHIRNYA BERTUKAR MENJADI KEGEMARAN MEREKA. INI 1PENULARAN PENYAKIT. JADI GAY DIAM2 SORANG CUKUPLAH..JANGAN MEMPROMOSIKAN BUDAYA INI.
Terbaeklah Adam..
*Nak copy+paste buat artikel baru ye.. TQ~
terbaiks...
Salam.
Saya rasa cadangan saudara untuk dia suruh keluar Islam x berapa sesuai. Adakah itu sindiran utk dia?
Mohon share ye.
Tq.
Pada pandangan saya itu adalah cara terbaik untuk menangani isu seperti ini. A little unorthodox, kerana umat Islam di Malaysia kebanyakannya paranoid dan insecured.
More pro's than cons, from the way I see it.
Thank you for taking the time to share your views.
terbaik ayat tu...makan dalam punya..kalau x taubat x tau la..nauzubillah...
if you want to keluar Islam, just please, make sure that u tak payah masuk apa2 agama lain. because there is no religion in this world which believe in God, menghalalkan perbuatan u tu. sekian tk. May God bless you!
kah kah kah.. terbaik lah entry ni.
memang terbaek..huhu
Post a Comment