Dec 23, 2011

Rawatan Kecemasan Angin Ahmar / Stroke 101. DIY

"Aku terhutang budi pada kau sebab apa yang kau ajar pada aku telah berjaya menyelamatkan ayah aku daripada ajal, bro"

Itu ayat yang diucapkan oleh sahabat lama saya, Ikhwan Rosli, 24 tahun sewaktu dia memeluk saya dengan erat semalam. Rata rata orang ramai di kedai makan semalam memandang perlakuan kami seperti pelik.

"Woi kau ni, nanti orang ingat kita gay!"

"Oh, sorry bro." Katanya sambil tersengih.

Ikhwan menceritakan pengalamannya yang berlaku setahun yang lepas apabila ayahnya diserang angin ahmar (di dalam bahasa Inggeris ianya dipanggil sebagai 'stroke').

"Masa kejadian tu berlaku, aku tengah makan malam dengan keluarga dirumah. Tiba tiba ayah aku collapse dan mulutnya dah senget. Dia bercakap pun dah tak betul."

Sambil mendengar dia bercerita, saya mengisi paip saya dengan tembakau jenama Domingo's. Makin berusia, makin pelik benda yang diminati.

"Masa tu aku agak gelabah jugak la bro walaupun pernah berlaku dulu. Tapi aku terus ingat benda yang kau pernah ajar aku dulu. Lepas aku buat, dia sedarkan diri 10 minit kemudian sebelum aku hantar dia ke hospital. Keesokannya hospital bagi dia kebenaran untuk balik rumah".

Sambungnya lagi: "Yang bestnya bro, doktor Hospital Pantai tu tanya aku mana aku belajar rawatan tu. Katanya, kalau aku tak buat rawatan kecemasan tu masa peringkat awal, harapan untuk ayah aku survive memang tipis, bro."

Terdetik di hati untuk berkongsi kepada semua mengenai cara rawatan ini. Saya dulu mempelajari teknik rawatan tradisional Cina ini daripada seorang sensei. Caranya amat mudah sekali dan berguna kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang menghidap penyakit stroke / angin ahmar.

R̲a̲w̲a̲t̲a̲n̲ ̲K̲e̲c̲e̲m̲a̲s̲a̲n̲ ̲S̲t̲r̲o̲k̲e̲ ̲1̲0̲1̲

Barangan diperlukan:

Beberapa batang jarum. Seperti jarum menjahit.

Caranya:

- Pastikan pesakit berada didalam posisi duduk. Jangan dijatuhkan atau dibaringkan kerana khuatir kapilari darah di kepala pesakit pecah.

- Jangan menggerakkan pesakit kemana mana tempat lain. Misalnya, jikalau pesakit rebah di tandas, lakukannya di situ. Pergerakan badan boleh menyebabkan kapilari darah di otak pecah.

- Sterilkan jarum yang ada dengan api sebelum bermula untuk menghindarkan jangkitan kuman.

- Jarum yang telah disterilkan itu, cucuk setiap jari jemari pesakit sedalam 1mm sehingga mengeluarkan beberapa titisan darah. Jikalau tidak keluar, picit jarinya sehingga darah keluar. Cucuk seperti akupunktur.

- Jikalau berlaku perubahan bentuk mulut pada pesakit, tarik kedua - dua telinganya sehingga merah. Kemudian cucuk cuping telinganya sehingga keluar lebih kurang dua titisan darah.

- Selepas beberapa minit, pesakit akan mula sedarkan diri. Berikan dia rehat seketika dan berilah dia minum teh sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Penyakit angin ahmar / stroke merupakan antara penyebab utama kematian di negara ini. Majoriti tidak mengetahui cara - cara untuk mengendalikan pesakit apabila situasi seperti ini berlaku. Selalunya apabila ambulans sampai, banyak pergerakan akan berlaku dan masa akan dibazirkan untuk menunggu ambulans sampai sebelum rawatan dapat diberikan.

Diharap kaedah rawatan ini dapat dihebahkan kepada orang ramai agar dapat kita ingat dan praktikkan. Semoga dapat kita selamatkan orang yang tersayang dan mereka yang memerlukan bantuan.

Sepertimana Ikhwan dapat menyelamatkan ayahnya tempoh hari.

Untuk mendapatkan rawatan atau penjagaan dirumah untuk pesakit stroke atau apa jua penyakit, anda boleh layari laman Facebook syarikat kesihatan saya ELS Healthcare Services di sini ( klik http://bit.ly/veFkGe ).

Wassalam!


Sent from my BlackBerry® 9780 smartphone

8 comments:

Zamie a.k.a Az said...

Adam, kalau pakai jarum untuk ambik darah untuk orang yang ada diabetes tu boleh ke...jarum yang jenis macam pen ada spring tu...

Adam Vai said...

Kebiasaannya jarum untuk ambik darah sebegitu sudahpun disterilkan kalau tak dibuka sebelumnya. Maka boleh digunakan.

Nuar said...

salam bro..

mohon penjelasan sikit..

- Jarum yang telah disterilkan itu, cucuk setiap jari jemari pesakit sedalam 1mm sehingga mengeluarkan beberapa titisan darah. Jikalau tidak keluar, picit jarinya sehingga darah keluar. Cucuk seperti akupunktur.

cucuk seperti akupunktur tu kira lepas dah cucuk biarkn je jaruk terpacak kt situ ke? atau lepas cucuk, cabut balik jarum tu..

thx..

Adam Vai said...

Selepas dicucuk, cabutkan semula. Jika tidak, bagaimana darah hendak mengalir keluar.

Terima kasih kerana bertanya.

Hafiz n Aini said...

mohon share, saya ingin share dalam FB dengan linkkan URL saudara.

Terima Ksih

cthalimah said...

kalau dah kena stroke selama seminggu boleh lagi tak buat rawatan tu???

ieda asrieda is iA said...

smti...izin sy hebahkan

Unknown said...

Salam Tuan Adam ...
Saya mohon untuk dikongsikan ilmu yang cukup berguna ini.