Mar 8, 2013

Kisah Santau Ular


“Minta tolong Dam, abang pun taktau nak buat apa dah ni..” kata Firdaus kepada aku didalam telefon.

Ayat yang diungkapkan tu masih lagi terngiang – ngiang di dalam benak fikiran aku sewaktu sedang khusyuk aku memandu ke Hospital Ampang. Kesian juga aku mendengar suara dia sebegitu.

Firdaus telah aku kenal lama, bertahun juga lamanya. Sejak aku mula membabitkan diri didalam bidang rawatan alternative sehingga sekarang. Walaupun perbezaan umur aku dan dia melebihi 25 tahun, Firdaus yang aku gelarkan sebagai abang itu telah aku anggap seperti saudara sendiri. Kena pula dia memiliki keistimewaan tersendiri didalam bidang paranormal ini iaitu dari segi rawatan tradisional, satu kepala la dengan aku!
Hospital Ampang

Ketika sampai di Hospital Ampang, abang Firdaus menyambut kedatangan aku dengan perasaan sedih bercampur gembira. Mixed feelings. Sayu juga hati aku melihatnya begitu kerana abang Firdaus memang seorang yang selalu melawak, gelak ketawa dan wajahnya sentiasa terukir dengan senyuman.



“Abang ucapkan terima kasih kepada Adam kerana sudi datang menziarah. Secara jujur, abang dah buntu dan mati akal dengan situasi sekarang. Mari kita naik keatas supaya Adam boleh melihat dengan sendiri..”

Ketika sampai di Wad Rawatan Rapi (ICU) aku terhidu satu bau yang sangat pelik, tetapi tidak asing bagi aku. Aku pandang wajah abang Firdaus. Seperti membaca fikiran aku, dia memandang sejenak lalu terus membawa aku masuk kedalam satu lagi bilik rawatan istimewa yang terasing didalam wad ICU itu (aku lupa dah hapekenama wad tu).

Sebelum memasuki wad itu, abang Firdaus sekali lagi mengingatkan aku, “Mungkin apa yang Adam akan lihat selepas ini akan membuatkan Adam sedikit terkejut..” Lalu dia membuka pintu tersebut dan aku melangkah masuk kedalam.

Memang betul cakap dia, apa yang bakal aku lihat didalam wad itu akan sentiasa terpahat didalam minda aku untuk selama lamanya..




FLASHBACK



Sehari sebelum ke Hospital Ampang, aku menerima panggilan telefon dari abang Firdaus. Katanya isteri dia sudah dimasukkan kedalam wad ICU sudah 3 hari. Pada hari sebelum dia dimasukkan kedalam wad itu, isterinya sihat seperti biasa. Mereka keluar makan bersama anak lelaki mereka yang masih bersekolah rendah.

“Pada waktu Asar dia kata dia pening kepala lalu abang suruh dia berehat. Isteri abang tersenyum lalu dia masuk kedalam untuk tidur. Itulah kali terakhir abang bercakap dan melihat dia tersenyum..”

Aku fikir mungkin panjang cerita abang Firdaus ni, maka seperti biasa aku menyalakan sebatang rokok sambil mendengar..

“Ketika waktu Maghrib abang masuk kedalam bilik dan mendapati isteri abang masih lagi tidur. Abang kejutkan dia, tiba tiba dia bangun dari katil secara mengejut dan mulutnya terkumat kamit bercakap dalam satu bahasa yang abang tak pernah dengar. Seperti biasa abang pun membaca beberapa potong surah dari Al Quran lalu isteri abang terbaring semula dan tidak sedarkan diri. Abang terus telefon ambulans..”

Untuk pengetahuan ramai, abang Firdaus pernah berguru dan menuntut beberapa ilmu rawatan tradisional dari aku selepas kami berdua berkenalan.  Telah ramai pesakit telah kami berdua bantu sejak saat itu. Macam tag team gitu. Alhamdulillah.

Sambungnya lagi..

“Isteri abang terus tidak sedarkan diri selepas kejadian itu. Saya dan anak lelaki saya terus ‘camping’ di wad ICU sejak kami sampai di hospital. Ini yang saya telefon dan beritahu Adam kerana ada benda benda pelik berlaku yang keluarga dan pihak hospital tak dapat nak jelaskan..”



END OF FLASHBACK



Sebaik melangkah masuk kedalam bilik tersebut, aku terhidu satu bau yang memang kuat baunya. Seluruh bilik dipenuhi dengan bau tersebut. Baunya seperti bau didalam zoo. Atau lebih tepat, baunya seperti bau sarang binatang. Kalau anda berada didalam bilik ketika itu, itulah jawapan pertama yang akan terlintas di minda. Bayangkan, hospital yang sentiasa berbau ubat kini dipenuhi dengan bau sarang binatang.

Seluruh bilik dipenuhi dengan wayar dan mesin mesin life support. Manakala ditengah bilik pula terlihat sebujur tubuh kaku diatas katil putih. Keadaan isterinya yang sebegitu, jauh berbeza seperti bagaimana ketika dia sedang sihat.

 Nota : Gambar telah mendapat kebenaran dari keluarga Firdaus untuk dipaparkan sebagai iktibar dan pengajaran
Gambar keadaan isteri Firdaus
Tubuh badan isteri abang Firdaus yang dahulunya sihat dan berisi sudah mula menampakkan seperti ianya semakin kecut. Matanya harus ditutup oleh pihak hospital kerana biji matanya sudah menghitam dan termasuk kedalam soket mata. Seluruh giginya pula sudah tiada kerana rahang mulutnya yang sudah mengeras menyukarkan pihak hospital untuk memasukkan tiub bantuan pernafasan kedalam badannya. Maka seluruh giginya telah dipatahkan untuk memasukkan tiub tersebut.
Life support system dibelakang
Selain itu dapat juga kita lihat disini dimana bahagian bawah tubuh badannya sudah mulai susut dan tiada lagi daging. Alat bantuan pernafasan juga dipasang 24 jam serta pihak hospital menjaga isterinya disebalik cermin disebelah luar. Gambar gambar ini diambil setelah isterinya dimasukkan kedalam hospital selama 4 hari didalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bayangkan, empat hari dan keadaan isterinya sudah begini.. Nauzubillah.
Keadaan kulit badannya



Selain dari itu, satu simtom yang paling ketara sekali ialah keadaan kulit badan isterinya. Seluruh kulit di badannya sudah mulai mengering, merekah dan mengelupas satu persatu. Malah, abang Firdaus ada menyatakan bahawa ketika dia mengelap badan isterinya dengan tuala basah, bukan sahaja kulit malah sedikit daging turut tercabut sekali.
Jika dilihat dengan lebih dekat, dapat kita lihat kuku isterinya juga semakin kelihatan pelik. Daging dibelakang kukunya tertarik kebelakang dan menguning, sudah kelihatan seperti kuku tajam haiwan berbisa.
Menurut doktor pakar di hospital tersebut, mereka tidak menjumpai sebarang masalah dengan isteri abang Firdaus. Telah berulangkali mereka melakukan ujian demi ujian untuk menentukan apa masalah dan penyakitnya tetapi gagal membuktikan sebarang penyakit yang dihadapi isterinya.

Dalam perubatan moden, doktor mengesahkan dia tidak mempunyai penyakit.
Disebabkan itu pihak hospital menyarankan supaya abang Firdaus mendapatkan rawatan tradisional untuk isterinya, maka dia menghubungi aku.
Sejurus keluar dari hospital dan ketika didalam perjalanan kerumah, imej abang Firdaus serta anak kecilnya yang didalam kesedihan kerapkali bermain difikiran..
ESOKNYA
Aku kembali semula membawa beberapa barang rawatan dan dibantu oleh sahabat kru Penyingkap Fakta 666 aku bernama Mohd Azayusrin Kasri yang juga bertugas sebagai seorang polis di Bukit Aman untuk proses rawatan isteri abang Firdaus.

Aku mengingatkan abang Firdaus bahawa aku hanya membantu dan tiada gerenti bahawa isterinya akan selamat atau tidak selepas rawatan dan segalanya terserah kepada Allah SWT. Dia memahami situasi tersbut dan redha sahaja dengan segala yang bakal berlaku selepas rawatan.

Alhamdulillah dengan bantuan ahli keluarga yang lain dan berkat izin Allah SWT aku mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Sejurus selepas sesi rawatan, bau bilik ICU yang sebelum ini berbau seperti sarang haiwan liar terus berbau seperti hospital semula. Doktor doktor pakar di unit khas ICU tersebut juga dapat melihat keadaan isteri Firdaus semakin stabil sejurus selepas itu.

Aku pulang kerumah dengan gembira apabila melihat abang Firdaus kembali tersenyum semula. Tapi masih ada sedikit gusar didalam hati, aku tolak perasaan itu ketepi..

DUA HARI KEMUDIAN..

Sedang aku leka menonton Spongebob dirumah ketika jam 10 malam, aku menerima satu panggilan dari abang Firdaus. Dia memberi khabar berita buruk dimana isterinya telah meninggal dunia petang tadi di hospital.Aku turut berasa simpati diatas pemergian arwah. Aku tanya bagaimana keadaan arwah semasa dia meninggal dunia? Abang Firdaus menjawab..

"Dia pergi dengan tenang dan mudah. Keadaan fizikalnya pun sudah beransur pulih selepas rawatan. Mungkin dengan pertolongan Adam dan berkat izin Allah SWT sedikit sebanyak telah meringankan seksaan dan bebanan dia sebelum pergi".

Alhamdulillah. Aku berasa lega kerana objektif aku ialah membuang bisa dan sumpahan santau tersebut keatas arwah serta memulihkan kembali keadaannya seperti sediakala. Apa yang berlaku selepas rawatan berada di tangan Yang Maha Esa. Mungkin sudah sampai waktunya untuk pergi ke rahmatullah.

Amat susah menghadapi berbagai cabaran dan dugaan didalam dunia ini. Kehilangan insan yang disayangi secara tiba tiba seperti yang dilalui oleh abang Firdaus merupakan salah satu perkara yang amat sukar dihadapi. Aku bersyukur mereka sekeluarga mampu menerimanya dengan penuh redha.

Amatlah jarang kita mendengar mengenai ilmu santau ular seperti ini. Syukur aku mampu menanganinya dengan baik walaupun banyak dugaan dan cabaran. Korang ingat dalam dunia ni ada santau angin dan santau makan aje? Macam macam ada..

Moral : Jangan dengki pada orang. Jangan buat khianat pada orang. Jangan main santau. Tapi korang semua dah besar, pandai pandai la fikir sendiri. Kubur masing masing. 

Al - Fatihah kepada arwah..

As salam       

3 comments:

Unknown said...

Ya Allah....tak sangka ade kes mcm ni! Thanks sharing n Al Fatihah untuk Allahyarhamah....

mcm mana sy nk contact encik...sebab bapa saudara sy juga sakit2...kami dh cube darul ruqyah tapi tak sembuh juga.

KHALID said...

Nice sharing bro, sedihnya tgk org yg kene santau tu.. kenapa erk org melayu yg beragama islam plak tu suke main bende2 khurafat ni.. kenalan sy pun pernah kene.. reasonnya dengki! blk US lg bagus lah cmni

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

Unknown said...

thanks bro but , gambar tu aku rasa kena buang sbb gambar tu tunjuk aurat isteri dia. but dunno lah kalau utk org yg dah tak ada. wallahualam